Monday, July 18, 2011

Terima kasih semua...


Selamat tengahari & salam penuh ceria untuk semua....

Hari Isnin kembali lagi, pastinya disambut dengan penuh kemalasan bagi mereka yang berkerja kan..kan..kan?? Sama la cam aku ni banyak tul duri palas kalau tiba hari Isnin...mood Monday Blues gitu...huhuhu. Ehhh...rasa cam dah lama betul tak update blog padahal baru dua tiga hari je kan...ada sesape yang rindu kat kita tak?? Bajet orang rindu la konon...jangan nak perasan okeyh...:P

Weekend baru2 ni tak sempat nak meng'update' blog...hmmm...nak kata busy takde la busy pun tapi banyak gak aktiviti yang aku buat pada hujung minggu tu. Kebetulan ada seorang member datang lepak kat umah minggu ni. Best gak ada teman memandangkan housemate semua pulang ke kampung masing2. Jadi takde lah boring tahap gaban sensorang kat umah tu. Ada geng apalagi kami pun merayap la cuci2 mata...bukan jauh pun sekitar Putrajaya tu jer p jenjalan kat Floria 2011. Tu la pasal tak dapat online & meng'update' blog...hehehe.

Woww...tak sangka dan tak ku duga, walaupun takde entri baru tetapi ada juga kengkawan yang sudi singgah, komen, tinggalkan jejak & jadi follower blog ni...wahh3, dari hari ke hari pengikut semakin bertambah. Alhamdulillah dah genap 100 orang rupa nyer. Terima kasih pada korang semua...tanpa kalian siapalah aku. Dalam ramai2 tu baru aku perasan blogger otai pemilik Bangku Kosong tu jadi follower blog aku nih...follower ke 95 tu, cam tak percaya wehhh. Iya la kan blogger hebat cam HH tu nak follow blog aku yang entah apa2 ni kan. Thanks to uncle Hasrul Hassan kerana sudi bagi support pada blog ini...^_^.




Sokongan anda semua amat bermakna bagi aku & sangat2 lah dihargai....terima kasih pada semua...u all the best!!!



3 comments:

La Jieja said...

tahniah!!! keep blogging

BiNtaNg HaTi said...

thanks dear...:)

Anonymous said...

I think this is one of the most important information for me. And i am glad reading your article. But should remark on few general things, The website style is perfect, the articles is really nice

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...