Showing posts with label corat coret. Show all posts
Showing posts with label corat coret. Show all posts
Wednesday, July 24, 2013
Dilema balik kampung
Selamat tengahari...salam 15 Ramadhan 1434 Hijrah kpd semua. Sekejap je masa berlalu kan...dah masuk 15 hari kita berpuasa. Dah separuh Ramadhan kita tempuhi...semoga hari2 yg seterusnya dpt dilalui sehingga ke penghujungnya. Hari ni semua ceria je kannn?? Maklumlah pagi2 lagi mood raya dah mai...hahaha...seronok kot dengar lagu2 raya dah berkumandang di corong2 radio. Cam feeling tu lain sikit kannn...ke aku jer yg terlebey excited nih?? Aku dengar dlm keta time otw nak gi keje pagi tadi di radio Hot FM...rasa cam feeling2 balik kampung giteww...hehehe. Hati dah tak menahan nak balik kampung ni...adesss!!
Sebut bab kampung ni memang excited giler nak balik kampung awal tahun ni. Nak la rasa berpuasa kat kampung lelama sikit kononnya tapi tak tau la dapat ke idak ni...huhuhu. Payah pulak nak buat keputusan balik beraya tahun ni...mengalahkan laki bini yg bergaduh nak berebut balik beraya plak gaye nyer...hahaha. Ok! aku tak kawen lagi so takde nak gaduh2 balik umah sape tahun ni...cuma tak sependapat jer ngan my lil bro pasal tarikh utk balik kampung. Hajat di hati aku nak balik awal dalam 3hb macam tu tapi dia nak balik sehari sebelum raya katanye...nangesss...T_T
Selalu dia yg beria2 nak balik awal, tak sempat lagi si kakaknya ni mohon cuti dah bagi tahu siap2 nak balik sekian2 haribulan...tahun ni lain plak karenahnya si bongsu ini. Kejap cakap camtu, jap kata camni...aku pun pening mana satu nak ikut. Tertangguh lagi ni haaa nak mohon cuti...bos pun dah terbang outstation ke Terengganu semalam...wawawa!!
Keputusan muktamad belum termeterai lagi ni. Mudah2an semoga dia terbuka hati nak balik awal ikut perancangan aku. Tuhan tolong lembutkan hati dia...ehhh?? Masukkan elemen ombak rindu sikit dalam bab pujuk memujuk ni kalu tak jalan jugak ku pasrah la. Adat menumpang cenggini la kekdahnya...nak long ranger naik bas sah2 tiket bas dah sold out sebelum puasa lagi, so tak yah nak berangan majuk bawa diri balik naik bas...huhuhu.
Setiap tahun sejak aku merantau dok kat kotaraya ni kami memang balik bersama-sama. Konvoi ramai2 ngan sepupu sepapat dan kawan2. Sangat terasa jadi perantau sebenar tambah2 pulak dengar lagu balik kampung dan dendang perantau sepanjang perjalanan...syahdu kot!! Sebenarnya tak kisah pun balik awal ke lambat janji selamat sampai ke kampung halaman. Cuma teringin nak berpuasa dan berbuka dengan mak ayah dan family...ingin mengembalikan kemeriahan dan kenangan yg dulu. Nak bungkus tapai pulut ngan mak, nak buka daun palas ramai2 untuk buat ketupat. Rindu saat2 itu. Ok, tak nak ingat lebih2 dah nanti makin touching plak.
Selamat berpuasa untuk hari ini...babaiiii...:))
Friday, March 15, 2013
Daftar Haji~~
Assalamualaikum...salam penuh keceriaan untuk semua...:)
Alhamdulillah...minggu ni banyak urusan tertangguh yg dapat aku clearkan...sempat curi2 masa utk selesaikan apa yg patut. Lunch time jer mesti ada agenda nak buat...hehehe. Fuhhh!! Lega rasanya bila semua urusan tergendala dah clear.
Dannn...salah satunya aku dah berjaya daftar haji uols...yeayyy!! Akhirnya, tertunai jua hasrat yg sekian lama tertangguh. Sebenarnya lama dah nak buat tapi tu la asyik bertangguh jer keje nyer...ada jer alasannya...haishhh!! Jangan amalkan tau keje bertangguh ni...huhuhu.
Aku dah buka akaun sejak 2010 lagi...tapi tengok la berapa banyak masa yg aku ambik baru nak gi daftar...iskhh2...apa nak jadi la ngan ini budak. Tu pun semangat balik sebab dok sembang2 ngan pak sedara masa balik bercuti tempoh hari, balik2 dok remind suruh pi daftar segera. Kebetulan pulak ada geng opis buat rombongan cik kiah gi Tabung Haji reramai dua hari lepas, boleh la aku tumpang sekaki. Kalau tak lama lgi kot masa yg aku ambik....hahaha.
Tak memakan masa yg lama pun nak daftar tu...aku buat tak sampai 5 minit pun...tadaaa!! dah siap. Aku puji servis kat Tabung Haji di Putrajaya...staf yg ramah & sentiasa tersenyum...terbaekkk!! Bila dah selesai pendaftaran, staf Tabung Haji akan hulurkan surat cinta warna pink. Pastu konpem korang terkejut beruk menatap surat cinta tersebut...hahaha.
Haaaaa?? Biar betul ni?? Tapi itulah kenyataannya...sila percaya okey!! Tahun giliran aku dijangka menunaikan ibadah haji pada tahun 2059 (siap highlight lg ko). Waaaa!! lambat lagi tuuuu...congak2 dalam kepala time tu umur aku dah lebih 70 tahun...huhuhu. Nampaknya lagi 46 tahun terpaksa menunggu giliran. Nahhh! amekaw...tangguh2 lagi kannn...sape suruh. Tapi tu sekadar tahun rujukan jer...kalau korang rasa dah bersedia dan nak pergi lebih awal boleh buat rayuan...dan sudah semestinya bergantung kepada kuota dan kekosongan yg ada.
So, pada kengkawan semua yg belum berdaftar tu disarankan korang pergi la daftar dengan segera...jangan tangguh2 lagi. Kalau lagi lambat kita daftar, lagi lama la tarikh nak gi haji tu. Proses nak daftar tu tak susah pun...yg penting ada akaun tabung haji dengan jumlah simpanan RM1300. Selain daftar menerusi Tabung Haji...boleh juga mendaftar menggunakan akaun KWSP atau pun daftar secara online pun boleh. Pilih jer la mana2 saluran yg korang rasa senang...:)
Doa dan harapan aku semoga Allah panjangkan umurku supaya dapat menjadi tetamunya lebih awal dan mudah-mudahan pada masa itu, aku masih kuat untuk mengerjakan ibadahnya. Semoga urusan kita nak menunaikan Rukun Islam yg kelima dipermudahkan oleh Allah s.w.t....amin....:)
Friday, August 31, 2012
Selamat pengantin baru & salam kemerdekaan ke-55
Salam penuh keceriaan untuk semua...:)
Yeayyy!! Cuti2 Malaysia...mesti banyak plan kan sempena cuti ni?? Lama sudah tidak mencoret. Kepadatan dan kelapangan jadual hidup masih lagi sama. Tidak tahu apa yang disibukkan...haishh!! Cuti panjang sempena sambutan Aidilfitri baru2 ni semangat berkobar2 konon nyer nak update story morry tapi cam biasa ler semangat jer lebey buatnya tidak. Sudahnya tinggal angan2 Mat Jenin jer la...habuk pun tarak...hehehe. Tapi...dalam tempoh menyepi, banyak benda yang berlaku namun harus hadapi segalanya dengan tenang dan sabar..:).
Dah seminggu lebih kita beraya...sekarang ni pun masih dalam mood raya lagi kan2? Masuk opis pun cam lemau jer, mood memang kelaut...tak puas bercuti kat kampung lagi...huhuhu. Di bandar pulak semakin meriah dengan undangan rumah terbuka sana sini...tak kurang juga undangan kenduri kendara. Hmmm...hujung minggu ni saja aku dah dapat 3 undangan majlis perkahwinan. InsyaAllah...yang dekat tu dapat la menghadirkan diri, yang jauh tu mohon maaf la yea kerana tidak dapat hadir maklumlah baru lepas bercuti panjang. Hari ini berlangsungnya majlis perkahwinan salah seorang teman di Kelate...selamat pengantin baru Dira & suami. Semoga segalanya berjalan lancar, walau tidak hadir di majlis bersejarah korang namun doa aku sentiasa mengiringi kalian semua semoga jodoh dan kebahagiaan itu berkekalan sehingga akhir hayat...amin.
MERDEKA !
MERDEKA !
MERDEKA !
"SELAMAT HARI KEBANGSAAN YANG KE-55 TAHUN"
Selamat ulangtahun kemerdekaan wahai Malaysiaku yang tercinta...semoga keamanan dan kesejahteraan yang dikecapi akan berkekalan & dapat dinikmati oleh generasi yang akan datang. Alhamdulillah...negara kita telah mencapai kemerdekaan selama 55 tahun. Semoga negara kita MALAYSIA terus aman, makmur dan diberkati oleh Allah SWT. Sama-samalah kita hayatilah erti kemerdekaan yang sebenar2nya dan hargailah sebuah kemerdekaan yang dikecapi. Salam kemerdekaan untuk semua...^_^
Friday, July 20, 2012
Kenangan setahun yang lalu...
Salam penuh keceriaan untuk semua...:)
Alahaiiii la labu...lama sungguh tak update rupa nyer...baru perasan bila ditegur oleh Firdaus kat entry yang lepas, tu pun sebab masuk komen kat e-mel...hehehe. Jarang dah aku jenguk blog sekarang ni...online online jugak tapi takde mood plak nak buka blog apatah lagi nak update walaupun banyak benda nak cite...jenguk fb jer kejap pastu offline. Tak boleh nak buat pe la kannn kalu mood pun takde...ngeee~~
Malam ni tetiba je mood rajin nak meng'update' blog...sebenarnya nak share gambar2 masa ngedate kat taman bunga tempoh hari...oppsss!! Aiseyymann...nampak gaya nyer kena postpone ke lain entry la...memberku belum transfer lagi gambar2 tu semua...terbantut semangatku ini....haishhh!!
Memandangkan gambar2 terbaru belum ready untuk di post kat sini maka korang layan dulu la gambar2 lama. Gambar2 tentang bunga gak tapi kenangan setahun yang lalu...hahaha. Aku ada buat entry pasal Pesta Floria 2011 tu tapi tak publish la plak, cuma post kat fb je...camne boleh terjadi begini...adesss!! Publish sekarang pun kira ok la kan daripada takde...sekurang2nya terupdate gak blog aku ni kannn. So, korang cuci2 mata la ngan gambar2 ni dulu ok....:))
Gambar2 di dalam pavillion
Gambar2 sekitar booth jualan
Gambar2 di sekitar taman
Adios...jumpa lagi di next entry....:))
Thursday, May 31, 2012
Akhirnya ter'update' jua...
Salam penuh kerinduan untuk semua...:)
Opocottt!! Tanjat gegurl....wink**
Ehh2...dah bertukar wajah la dashboard ni, jadi lain dah rupa nyer. Hmmm...sejak bila bertukar wajah ni?? Automatik bertukar ehh?? Owhh!! daku terkesima untuk seketika...hahaha. Nampak benar dah lama aku tak jenguk blog ni kannnn. Terkial2 jugak la nak mencari kat mana nak post entri baru...haru sungguh. Nampak gaya nyer kena study balik la ni...haishhh!!
Menyepi?
Merajuk?
Kecewa?
Membawa diri?
Adeiii...macam2 sangkaan korang semua. Rasa nak gelak guling2 pun ada...wakaka. Harap maaf la yer...salah tekaan korang semua tu. Takde maknanya aku nak menyepi, merajuk, membawa diri bagai ni. Aku masih setia di sini cuma tiada kesempatan untuk update...bz giler beb. Apa pun terima kasih semua yang sudi tanye khabar, ingat jugak
korang kat aku yea...tanda sayang la tu kan kan kannnn?? Maaf jugak
kerana tak sempat nak jenguk & singgah blog kengkawan yang
lain...ada masa nanti aku blog walking sampai lebam okey...:)
Hmmm...niat dihati memang hari2 nak meng'update' blog ini dengan 1001 kisah dongeng tapi apakan daya...penat seharian mengadap komputer di opis dari pagi sampai ke malam membuatkan aku dah tak lalu nak mengadap my lappy kat umah...penat beb!! Tambahan pulak aku sering tak sihat...tak tau la nape asyik demam je akhir2 ni. Demam terkejut kot...hehehe. Mana tak nyer...asyik terima kejutan demi kejutan je mau tak tanjat gegurl giteww. Ni pun baru kebah dari demam tapi selsema masih tak hilang2 lagi...huhuhu. Maybe sebab stress & tak cukup rehat kot...tak pun sebab aku skip ubat. Syyhhh!! jangan kecoh2 pasal ubat tau, nanti aku kena marah ngan tuan doktor yang tak diiktiraf...ngeee~~
Actually, hidup aku agak tunggang terbalik sikit sejak kebelakangan ni, maklumlah publication Banci Ekonomi 2011 dah nak keluar...lebih parah lagi tarikh untuk publish tu telah diawalkan...huwaa!! Haru biru seluruh team kami bila dengar berita ni lepas meeting minggu lepas...sesak dada den bak kata bos aku. Suka suki jer dorang ubah tarikh tu...tapi apa boleh buat kan bertindak mengikut arahan. Dah la unit aku ada 5 orang staf je, lepas tu salah sorang anggota team kami dipinjam untuk membantu PKS pulak...lagi la tak cukup kakitangan nak buat semua keje...huhuhu.
Aku dah jadi lupa bila weekend sebab hari2 keje...tu pun rasa tak cukup 24 jam sehari...tapiiii...situasi ini tak lama lagi akan berakhir. Hanya tinggal sebulan lagi untuk kami semua harungi kesibukan ini. Lepas ni keadaan akan kembali normal. Rasa tak sabar nak melepasi 'zon busy' ini. Paling best pesanan yang tak lekang daripada bibir KPP kami adalah jaga kesihatan, jangan stress2 buat keje cam biasa...terbaekk dowh. Walaupun hakikatnya semua orang stress tahap gaban dan bawa virus bergilir2 kat opis tu...ahakkss!! Namun demi tugas dan tanggungjawab kami gagahi jua.
Hmmm...niat dihati memang hari2 nak meng'update' blog ini dengan 1001 kisah dongeng tapi apakan daya...penat seharian mengadap komputer di opis dari pagi sampai ke malam membuatkan aku dah tak lalu nak mengadap my lappy kat umah...penat beb!! Tambahan pulak aku sering tak sihat...tak tau la nape asyik demam je akhir2 ni. Demam terkejut kot...hehehe. Mana tak nyer...asyik terima kejutan demi kejutan je mau tak tanjat gegurl giteww. Ni pun baru kebah dari demam tapi selsema masih tak hilang2 lagi...huhuhu. Maybe sebab stress & tak cukup rehat kot...tak pun sebab aku skip ubat. Syyhhh!! jangan kecoh2 pasal ubat tau, nanti aku kena marah ngan tuan doktor yang tak diiktiraf...ngeee~~
Actually, hidup aku agak tunggang terbalik sikit sejak kebelakangan ni, maklumlah publication Banci Ekonomi 2011 dah nak keluar...lebih parah lagi tarikh untuk publish tu telah diawalkan...huwaa!! Haru biru seluruh team kami bila dengar berita ni lepas meeting minggu lepas...sesak dada den bak kata bos aku. Suka suki jer dorang ubah tarikh tu...tapi apa boleh buat kan bertindak mengikut arahan. Dah la unit aku ada 5 orang staf je, lepas tu salah sorang anggota team kami dipinjam untuk membantu PKS pulak...lagi la tak cukup kakitangan nak buat semua keje...huhuhu.
Aku dah jadi lupa bila weekend sebab hari2 keje...tu pun rasa tak cukup 24 jam sehari...tapiiii...situasi ini tak lama lagi akan berakhir. Hanya tinggal sebulan lagi untuk kami semua harungi kesibukan ini. Lepas ni keadaan akan kembali normal. Rasa tak sabar nak melepasi 'zon busy' ini. Paling best pesanan yang tak lekang daripada bibir KPP kami adalah jaga kesihatan, jangan stress2 buat keje cam biasa...terbaekk dowh. Walaupun hakikatnya semua orang stress tahap gaban dan bawa virus bergilir2 kat opis tu...ahakkss!! Namun demi tugas dan tanggungjawab kami gagahi jua.
Psssttt!! Malam ni aku jadi budak baik tau sebab ambik ubat ikut aturan & waktu...hahaha. Korang jangan ingat aku takut ubat tau...cuma tak larat ngan kesan ubat selsema tu konpom mengantuk punye. Karang tertido kat opis haru biru jadi nyer...huahuahua. Okey guys, permisi dulu...gudnite & sweet dream...muahhh!!
Sunday, April 15, 2012
Ada apa dengan janji??
Sebuah janji...ada apa dengan janji?? Maybe bagi sesetengah orang janji itu hanya perkara remeh temeh tapi bagi aku ia jadi satu isu yang besar. Entah mengapa aku jadi sensitif bila bab janji ni...pantang bagi aku kalau dah berjanji tapi tak ditepati. Aku tak kisah pun jika seseorang tak dapat nak tunaikan janji tapi at least bagitau la awal2...bukan nak paksa or marah pun jika tak dapat nak tunaikan janji tu. Aku yakin korang semua pun tahu kesan & akibat daripada tak menepati janji ni.
Aku pun faham kadang2 apa yang kita rancangkan tak semestinya kita dapat laksanakan, maybe akan wujud halangan. Aku akui kadang2 kita tak mampu nak tunaikan janji atas sebab2 yang tak dapat dielakkan. So, berterus terang itu lebih baik daripada membiarkan seseorang menunggu tanpa kepastian. Ibarat menunggu buah yang tak gugur. Memberi alasan lagi baik daripada diam seribu bahasa...sekurang2nya aku boleh tukar plan lain. Banyak urusan tergendala dek kerana sebuah janji. Owhhh!! Aku betul2 terkilan dan kesal dengan kejadian hari ini...huhuhu
Saturday, March 31, 2012
Merentasi 'zon busy'
Salam penuh keceriaan untuk semua...:)
Aucakkk?? Salam rindu buat semua pembaca yang lama aku tinggalkan, yang lama tak aku fikirkan. Errrkkk!! bajet cam ramai bebeno pembaca yang berkunjung konon...hahaha. Apa pun harapanku semoga korang semua dalam keadaan baik2 saje. Aku?? Alhamdulillah sihat adanya, jangan risau okey aku tetap comel lote cam dulu jugak...keh3...jangan pengsan dulu yer tapi terimalah kenyataan ituuuu...:))
Errmmm...agak lama aku menyepi daripada dunia blogging...buat seketika aku terlupa ngan kewujudan blog ini...haishhh!! Kali terakhir aku menulis kat sini sebulan yang lepas kot. Lama juga tempoh aku bertapa tu tapi tak kisah la kan?? Yang penting saat ini aku kembali meluangkan masa dan fikiran di sini. Terasa janggal plak untuk memulakan bicara di ruangan ini. Agak kematu juga la jari jemari ku ini...almaklumlah dah lama benar jari jemari ini tidak menari2 di atas keyboard untuk menitipkan bicara cinta...opppsss!!
Actually, rasa bersalah pun ada juga kerana tak menunaikan kata, janjinya nak update...tapi dah berdate-date tak up-up pun. Adesss!! so soriiii guys...ke'bizi'an yang melanda diri. Cuti panjang tempoh hari pun tak sempat nak jenguk blog dek sibuk ngan kenduri kendara kat kampung. Hehehe...alasan lagi kannnn. Namun percayalahhhh bak kata Siti Nurhaliza itu...ini bukan alasan semata2 tau, yang sebenar2 nyer aku memang dilanda kesibukkan kebelakangan ini. Dengan itu diumumkan bahawasanya aku mempunyai masa yang sangat2 terhad untuk bersosial di alam maya ini buat sementara waktu sehingga keadaan kembali pulih...so harapnya terjawablah segala persoalan akan kehilanganku itu...ekekeke.
Rupa2 nyer ada juga yang terperasan kehilanganku di sini...ngeee. Bukan merajuk atau membawa diri cuma kekangan masa yang tak mengizinkan dan tuntutan tugas yang memerlukan tumpuan untuk diselesaikan dengan segera. Untuk pengetahuan semua, aku betul2 berada dalam 'zon busy' sekarang ini sehingga end of April. Itu due date yang diberikan untuk finalize data jer...lum lagi nak keluarkan publication. Bukan satu dua yang nak kena semak tapi beribu ribu lemon kau. Aduhhh...betul2 stresss beb. Macam-macam perasaan yang bercampur-baur...ada penat, ada pening, ada tekanan (dah tentu la kannn), ada debaran, ada risau, ada muak, ada bosan dan bla bla bla... Pendek kata, macam-macam bentuk perasaanlah...tu belum lagi panjang kata...kalau ada tak tau nak kata la kannnn...
Tengok, hari minggu pun aku terpaksa datang date kat opis ni...betapa rajin nyer aku sejak kebelakangan ini kannn?? Apa boleh buat banyak lagi kerja2 yang belum disettlekan. Tambahan pula tarikh penyerahan kerja2 semakan ni telah diawalkan daripada yang sepatutnya, wajib disiapkan pada 20hb April pulak dah tapi masih ada 7000 lebih lagi data nak kena semak ni. Huwaaa!! camne nih...tolong aku wessss. Dah nak muntah hijau aku menengok nombor2 ni semua, namun terpaksa ku siapkan jugak...chaiyyokkk2!!
Tapi, dalam kesibukkan & kebuntuan itu, aku bersyukur kerana mempunyai dua orang bos yang sangat2 memahami dan sporting morting gitu u. Tq boss di atas tunjuk ajar kalian berdua...tunjuk ajarku sifu kan...hehehe. Walaupun berada dalam tekanan kami masih mampu berkerjasama dalam suasana yang enjoy...hahaha...hanya kami jer yang tau situasi yang sebenarnya. Apa pun you're the best...terbaekkk la boss. Tabik spring toink toink lagi ni...hahaha.
Aku berharap dalam situasi yang tidak menentu sekarang ini...aku akan menjadi seorang yang sabar dan tabah, miliki fizikal & mental yang kuat, punyai timbang rasa, yang punya disiplin, dan punya tanggungjawab. Dalam waktu yang sama, aku juga berharap aku diberikan kesihatan yang baik supaya aku dapat melaksanakan tanggungjawabku dengan dengan lancar...mudah mudahan segalanya dipermudahkan oleh Allah...amin...:)
Okeylah guys...aku tamatkan dulu catatanku sampai di sini. Nak sambung buat kerja lak ni...curi masa jap update entry sambil merehatkan mata daripada merenung nombor2 ini. Doaku bersama kalian yang sentiasa berhati mulia & bersih. Semoga kita bertemu lagi di waktu yang mendatang. Sehingga berjumpa lagi...peace...^_^
p/s : kalau lambat update tu tandanya aku sengaja memberi peluang dan ruang untuk kalian semua merindui ku...weeee~~
Wednesday, February 29, 2012
Tahniah untukmu teman
Salam penuh keceriaan untuk semua...:)
Today is February 29. First of all, happy belated birthday for those who were born on this day.
Empat tahun sekali wooo nak celebrate birthday dorang tu...huhuhu...penantian penuh kesabaran untuk menanti hari & tarikh istimewa ini. Bukan sekejap nak tunggu selama 4 tahun tu kannn?? Aku sendiri pun tak pasti samada masih berpeluang untuk menemui 29hb akan datang...di manakah aku saat itu? Ibu bapa dan family aku bagaimana? Hmmm...banyak pulak persoalan yang muncul di benak fikiran tapi kita lupakan dulu semua persoalan itu buat sementara waktu.
Hari ini 29hb dalam kenangan buat aku & teman2. Hari ini merupakan hari terakhir bagi salah seorang officemate aku berkhidmat di DOS tersebut. Setelah lebih setahun kami bersama...bergurau senda, bergelak ketawa, bertepuk tampar, mengharungi suka duka bersama...akhirnya tiba jua hari untuk kami berpisah...huhuhu. Sayu gak rasa hati namun aku turut tumpang gembira dan bahagia untukmu teman. Najwa...budak kecik yang comel yang selalu kena tepuk tampar ngan aku...lepas ni dah tak boleh nak tepuk2 dak tecik tu lagi bila lalu kat belakang korang. Sorry yer Dik Wawa yang comel sebab selalu jadi mangsa tepuk2 manja dari kakak mu ini...hehehe. Dah tak boleh nak bergosip2 lagi kan...pasti aku akan merindui saat2 kita bersama...huhuhu.
Tengahari tadi kami sempat meluangkan masa makan tengahari bersama2. Walaupun sekadar makan KFC & McD je tapi cukup meriah dan happening. Dengan masa yang terhad dan suasana yang sesak tapi masih enjoy ngan makanan masing2 dan satu hal yang sinonim dengan geng ni adalah sangat giler bergambar kan korang ni...hahaha. Pantang ada peluang asyik nak berfotogedik jer keje nyer...aduiii. Kannn dah lewat masuk opis petang tadi...hehehe.
Apapun good luck & all the best untuk Wawa...pertama sebab berjaya menyambung pengajiannya di peringkat master. Kedua, sebab bakal menamatkan zaman bujang pada 11hb Mac nanti. Belajar rajin2 tau dan selamat menempuh alam rumahtangga...semoga berbahagia sokmo dan berkekalan hingga ke akhir hayat. Terkilan gak tak dapat hadir majlis kahwin Wawa kat Kelate nanti...sorry banyak2 ada majlis gak yang berlangsung kat umah time tu. Walaupun tak dapat hadir tapi doa tetap ku titipkan untuk kalian berdua. Tahniah sekali lagi...selamat pengantin baru Wa semoga jadi isteri yang solehah...:)
Wednesday, February 15, 2012
HEPY BESDAY TO ME~~
Salam penuh keceriaan untuk semua...:)
Kepenatan, keletihan, kelesuan, kemengantukkan, kemalasan...pendek kata pelbagai rasa yang secukup rasalah yang ku rasai saat ini. Adesss!! berapa banyak rasa daaa...don't worry be happy aku takkan merapu panjang2 malam ni cuma sekadar entry pendek ucapan terima kasih kepada semua teman2 yang aku hargai sekalian.
Tanggal 14 February tiba lagi, bermakna genaplah setahun lagi umurku. Alhamdulillah... syukur ke hadrat Ilahi kerana hari ini aku masih diberi peluang untuk menghirup udara di muka bumi ini. Terima kasih Ya Allah kerana memanjangkan umur hamba Mu ini. Telah banyak dosa dan kesilapan yang telah aku lakukan sepanjang hidup ini namun Kau masih memberikan ku peluang menghuni dunia ini...huhuhu. Semoga usia yang meningkat ini seiringan dengan segala kebaikan...amin.
Wahhh!! pelbagai ucapan aku terima sejak dari semalam menerusi mesej, panggilan telefon, pm fb, wall post facebook, tagged, netlog dan emel ucapan "selamat hari lahir". Ni pun aku baru habis membalas segala ucapan teman2 di wall fb. Terima kasih tak terhingga atas semua ucapan kalian, aku sangat2 menghargai ucapan dan perhatian korang semua. Aku sangat2 tersentuh dengan ucapan yang diiringan dengan doa untukku.
"Sanah helwah...semoga hanya kebaikan yang mengiringimu..."
"Selamat hari lahir sahabat...semoga panjang umur & murah rezeki..."
"Happy birthday...may Allah bless u always"
"Epy besday...semoga panjang umur & ceria selalu..."
Serius ucapan2 tersebut sangat terkesan di lubuk sanubariku. Sesungguhnya kata2 'semoga' selepas ucapan itu sangat2 bermakna dan paling berharga buatku. Itulah hadiah yang paling berharga dan terindah buatku. Ianya memberi seribu makna bagiku. Semoga apa yang diucapkan tu menjadi doa untukku. Amin Ya Rabbal Alamin. Aku juga turut mendoakan yang sama untuk semua...❤
Hahaha...dalam banyak2 ucapan yang aku terima, terselit jugak la doa daripada kengkawan semoga aku dapat jodoh tahun ni. Aduhaiii...ngeri gak aku dibuatnya walaupun kembang jugalah kelopak2 bunga dalam taman hati ini...weee. Normal la...aku pun manusia biasa punya hati dan perasaan ada naluri ingin hidup berpasangan, ingin disayangi & menyayangi...ingin dicintai & mencintai...cuma jodohku belum tiba saat ini. Kepada mereka yang bertanya aku tiada jawapan untuk persoalan itu buat masa ini. Tapi bagi yang mendoakan jodohku, jutaan terima kasih yang mampu aku ucapan...InsyaAllah ada jodoh aku akan menghantar undangan untuk kalian semua...peace!!
Alamakkk!! dah berjela2 panjang nyer entri ni, first tadi cakap pendek jer kan...terlebeyy suda...hahaha. Syok plak menaip tetiba...ahakkss. Ok2 nak stop dah ni, mata pun dah layu. Btw millions thanks to all of u guys...sangat gembira dan terharu dengan perhatian dan penghargaan kawan2 sekalian. Terima kasih sekali lagi atas ucapan dan doa2 kalian sempena ulangtahun kelahiranku ini. Friendship forever & love u all...Ù •●❤(✿ ◕‿♥) ♥♥♥~~
Wednesday, February 8, 2012
Cerita Cuti Cuti Malaysia
Salam penuh keceriaan untuk semua...:)
Haishhh!! Apa nak jadi ler ni, asal buka blog jer mood asyik ke laut...baru jer start nak menaip mood ke laut wehhh...adeiii. Saat ini aku dilanda kebosanan tahap cipan suda ni...seminggu jugak la aku kena tinggal dek dorang ni. Boring siot cam patung bernyawa jer kat umah ni. Housemate aku tu kalau dah balik kampung tak hengat nak balik sini dah...kalau tak genap seminggu memang tak sah, sabor je la aku kat uamh ni sensorang...huhuhu.
Empat hari cuti memang membosankan tambah2 lak kena tinggal sensorang kat umah ni. Kalau ada teman tu ok la jugak kannnn, at least boleh la borak2 gosip2 mengimbau nostalgia lama...hehehe. Ni tak asyik tgk dinding...tgk tv...naik cemuh dah aihhh. Hmmm...cuti hujung minggu dua hari tu takde la aku tengok dinding & tv je...aku mengemas umah...hambek ko habis satu umah aku kemas. Mau terkejut dinasour geng umah aku nanti tengok suasana dah berubah wajah...weeeee. Penat tapi puas hati tengok keadaan rumah yang kemas dan bersih...sorry geng aku dah buang apa yang tak patut kat umah kita tu...:)
Cuti sempena Maulidur Rasul & Thaipusam pulak aku menghabiskan masa kat rumah abangku di Bangi. Yesszzaa!! Hilang bosan dok kat sana sebab bz melayan karenah anak buah yang sorang tu. Hmmm...tetiba rindu lak ngan my hero lil otomen tu...dua hari ni asyik dok berkepit ngan dia jer. Macam2 karenah dan ragam tapi cukup menghiburkan hati ngan kaletahnya yang nakal tu. Petang tadi bawa dia jenjalan kat Taman Botani Putrajaya, memandangkan hari ni kakak ipar lupa nak beli roti jadi acara memberi makan ikan tak dapat ditunaikan...cian lak tengok muka seposen lil otomen tak dapat bagi makan ikan...hahaha. Tapi lepas tu dia lak yang dera kami, ajak jenjalan kat taman tu siap nak daki bukit panjat tangga lagi. Hadoiii...mengah gak la nak daki tangga tu satu persatu...dia rileks jer siap lari2 lagi...semput aku wehhh, dah lama tak buat aktiviti2 lasak ni.
By the way, best gak kalau korang nak beriadah kat Taman Botani tu...macam2 aktiviti boleh buat. Suasana pun tenang aman damai...memang sesuai la ngan jiwa aku yang suka kehijauan & kedamaian ni...ececehh. Biasanya aku tak explore pun taman tu just temankan anak buah dok baling2 roti pada ikan2 kat kolam tu jer tapi hari ni jauh sikit berjalan...hahaha. Dah lama dok Putrajaya tapi aku sendiri pun tak pernah jalan2 kat sini...sadis betul kan padahal dekat jer ngan umah...adess.
Hari ni ramai pengunjung yang datang tak seperti hujung minggu biasa, maybe ambik kesempatan cuti2 Malaysia ni bawa family bersiar2 kot. Macam2 aktiviti dorang buat...ada yang piknik, ada yang berfotografi, ada yang jalan2 menikmati keindahan alam, ada yang dating & macam2 lagi la. Tapi siyes best buang masa kat situ kalau nak dibandingkan lepaking di mall...kalau ada masa tu boleh la datang berkunjung, konpom korang tak menyesal punye...:)
![]() |
| Ni ler my hero dak encem...lil otomen...:) |
Tuesday, January 31, 2012
Sebulan telah berlalu
Salam penuh kerinduan untuk semua...:)
Wassup guys!! Rindu korang semua...huhuhu. Diam tak diam kita sudah pun berada di penghujung bulan Januari. Cepatnya masa berlalu meninggalkan kita, seperti baru semalam menyambut ketibaan tahun baru 2012 kannn?? Permulaan tahun baru yang amat sibuk bagi diriku sehinggakan tiada ruang untuk menitipkan secebis coretan di blog ini. Ingatkan boleh la berehat panjang selepas kontrak ku di DOSM tamat pada 31 Disember 2011 tempoh hari, namun impian itu terpaksa dilupakan.
Alhamdulillah, syukur rezeki ku masih ada...khidmatku masih diperlukan di sini. Kontrak kerja ku disambung lagi selama setahun di jabatan yang sama, seksyen yang sama, unit yang sama dan bos yang sama. Terima kasih daun keladi kepada kalian semua di BPP kerana masih sudi menerima kehadiran ku di sini. Sepanjang tempoh sebulan ini memang strunggle giler menyiapkan kerja2 di pejabat yang perlu diselesaikan mengikut tarikh yang ditetapkan. Hari2 terpaksa balik lewat. Hari minggu pula terpaksa lupakan niat nak jenjalan cari pasal, ronda2 cuci mata dan takde peluang nak sleeping beauty kat umah kerana aku & the geng berkampung kat opis...huhuhu.
Stress...pening...serabut...nak muntah...segala macam perasaan ada bercampur baur, hanya kami yang mengalami jer tau situasi itu...adoyyaiii!! Dek kerana kesibukkan dengan kerja2 tersebut ditambah pulak dengan kesihatan diri yang tidak memuaskan...demam + selsema + batuk...full package tuuuu. Hadoiii... memang betul2 menyiksakan. Oleh sebab itu mood serta emosi aku sedikit terganggu. Maaf di atas layanan tak seberapa yang mungkin mengguriskan hati sesetengah pihak. Aku tahu ada yang jauh hati dengan aku dalam tempoh ini. So sorry guys...bukan niat ku untuk menambah luka di hati kalian. Mungkin situasi di saat itu yang membuatkan aku acuh tak acuh dalam memberikan layanan yang mesra. Thanks Along...my cousin yang berkerja di Pusrawi KLIA kerana sudi pos laju ubat2an tersebut terus ke office ku...huhuhu. Cayang Long ketat2...>.<
So, cuti sempena sambutan Tahun Baru Cina baru2 ini aku mengambil peluang keemasan itu untuk pulang bercuti di kampung. Hasrat di hati agar aku dapat cuti dan berehat dengan serehat rehatnya di kampung terchenta. Sekali lagi angan2 ku musnah...adesss!! Cuti yang lebih seminggu itu penuh dengan jemputan kenduri kendara. Penat tiba di kampung belum lagi hilang aku nak kena jalan jauh plak haihhh. Dari Kelate ke Kulim menuju pula ke Penang dan terus menghala ke Sungai Petani...begitulah jauh nyer perjalanan yang aku tempuhi. Sakit pinggang2 woooo...!!
Selesai majlis cari menantu di utara...kembali meneruskan kemeriahan kenduri kendara ngan majlis kahwin sepupu ku di Kelate la pulak. Meriah sangat2...opkoz la rumah aku yang menjadi port sedara mara berkampung sebelum majlis bermula. Memang gempak habis...cam kat umah aku lak yang buat kenduri. Seronok sesangat sebab bukan selalu kami dapat berkumpul ramai2 seperti itu. Kecoh dengan pelbagai gelagat dan karenah...yang tua dengan cara mereka, yang muda ngan agenda dorang, kanak2 ribena lak ngan keletah riang ria nyer...macam2 ragam ada...ahaksss!! Aku dan family selaku tuan umah memang tak menang tangan melayan mereka semua...hehehe.
Dannnnn...aku jugak menerima banyak jemputan dari kengkawan tapi sekali lagi maaf kerana tidak dapat hadir memeriahkan majlis korang atas sebab2 yang tak dapat dielakkan. Apapun tahniah di atas perkahwinan kalian, doaku sentiasa mengiringi kalian semua semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat & dikurniakan cahayamata yang comey sebagai penyeri rumahtangga kalian...^_^
Dannnnn...aku jugak menerima banyak jemputan dari kengkawan tapi sekali lagi maaf kerana tidak dapat hadir memeriahkan majlis korang atas sebab2 yang tak dapat dielakkan. Apapun tahniah di atas perkahwinan kalian, doaku sentiasa mengiringi kalian semua semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat & dikurniakan cahayamata yang comey sebagai penyeri rumahtangga kalian...^_^
Dalam kegembiraan dan kemeriahan itu terselit kedukaan. Tanpa diduga musibah menimpa. Mak saudara ku yang bongsu yang menetap di Kedah terlibat dengan kemalangan. Syukur umurnya masih panjang. Mak Su yang lebih mesra dengan panggilan Su Na di kalangan kami semua mengalami kecederaan retak dan patah tulang tangan kanan & menerima jahitan di dagu serta di lutut sahaja. Anak2 nyer yang berdua itu juga selamat dan cuma mengalami kecederaan ringan. Sekarang ini Su Na masih berada di rumah family ku di kampung dan dijaga oleh kedua ibu bapa ku untuk mendapatkan rawatan lanjut. Semoga Su Na cepat sembuh daripada kecederaannya...amin.
Dalam tak sedar sudah genap setahun My Sweet Corner wujud di alam maya ini. Banyak juga cerita kisah suka duka yang aku kongsikan di sini. Harapan ku agar aku terus diberi kesempatan untuk menarikan jari jemari ku untuk menaip bait2 kata di ruangan yang tak seberapa ini. Terima kasih kepada teman2 dan anda semua yang menyokong dan memberikan semangat untuk ku terus mencoret di sini. Walau tak pernah bersua namun kita menjadi akrab di dunia maya. Thanks again...tanpa anda siapalah aku...korang adalah matahariku...love u all....♥♥♥
Sunday, January 1, 2012
First day of 2012
Salam penuh keceriaan untuk semua...:)
01.01.2012....It is the first day of 2012!! Yeahhh!! Hari baru dengan semangat yang baru namun aku yang kurang bersemangat pulak. Aku berteman sepi...kini aku sendiri...tetiba rasa nak nyanyi lagu Erra Fazira plak. Aduhhh...mood kebosanan tahap gaban suda ni. Aku sendirian lagi...boring yang amat lepaking sensorang di rumah...huhuhu. Housemate aku Si Zura tu cam tak reti2 nak balik plak dah aihhh, dari cuti krismas bersambung terus cuti tahun baru tu...sakan plak budak tu balik bercuti kat kampung. Si Zila pulak baru jer datang keje 2 hari dah balik kampung lagi. Sangat2 jeles okey...korang syok2 bercuti kat kampung aku sorang2 di sini...huwaaa!!
Actually, sepatutnya aku join trip ke Teluk Batik & Pulau Pangkor selama 3 hari 2 malam tapi terpaksa dibatalkan dek masalah kesihatan ku yang tak mengizinkan. Demam + selsema + batuk....fuhhh!! full package tu. Hadoiii...memang amat menyeksakan tapi masih lagi mampu bertahan. Aku jarang jatuh sakit tapi bila dah sakit tu sendiri mau ingat la beb...konpom melarat punyer. Alangkah bagus nyer time2 sakit ni aku menghabiskan masa berehat di kampung...tapi sayang seribu kali sayang tiket untuk balik Kelate semua sold out...miss my home sweet home...huhuhu.
Sudahnya tinggal ler aku sendirian bertemankan sepi kat umah ni. Bosan online...aku tengok tv pastu tv plak yang tengok aku...adesss!! Hilang arah jadi nyer sensorang camni...mati kutu dibuatnya. Hmmm...mata dah mula layu, kemengantukkan sudah melanda diri...hebat betul penangan ubat selsema & batuk ni....huhuhu.
Ayam tak patuk,
Itik tak sudu,
Mata dah mengantuk,
Ku mohon berundur dulu.
Thursday, November 10, 2011
Ku ditinggalkan sendiri lagi
Salam penuh keceriaan untuk semua...:)
Wassup geng!! Apa khabar semua orang2 kampung?? Harap2 semua dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Setelah beberapa hari pulang ke kampung halaman terchenta kini aku sudah kembali ke kota. Badan masih terasa lesu...cuti selama empat hari tetapi tiga hari berada di jalan raya...hadoiii memang penat giler.
Balik tempoh hari stuck dalam jem sehingga terpaksa menempuh perjalanan yang panjang...hampir 12 jam ko baru sampai umah. Biasanya perjalanan pulang ke Kelantan hanya mengambil masa 5-6 jam sahaja. Kunjung mengunjung...ziarah menziarahi sanak saudara...sepupu sepapat yang jauh dan dekat di hari raya, sekali lagi terpaksa menempuh jem. Sabor je la makan jem tanpa roti di bawah panas terik mentari & ditimpa hujan yang turun mencurah.
Cuti yang sekejap memang tak puas dok di kampung tetapi tetap enjoy dengan kemeriahan sambutan Aidiladha kali ini. Hari ni dah masuk kerja tapi mood sedikit lari...asyik sangap jer kat opis namun tugas2 yang diamanahkan tetap diselesaikan dengan penuh dedikasi...chewaahhh!
Balik tempoh hari stuck dalam jem sehingga terpaksa menempuh perjalanan yang panjang...hampir 12 jam ko baru sampai umah. Biasanya perjalanan pulang ke Kelantan hanya mengambil masa 5-6 jam sahaja. Kunjung mengunjung...ziarah menziarahi sanak saudara...sepupu sepapat yang jauh dan dekat di hari raya, sekali lagi terpaksa menempuh jem. Sabor je la makan jem tanpa roti di bawah panas terik mentari & ditimpa hujan yang turun mencurah.
Cuti yang sekejap memang tak puas dok di kampung tetapi tetap enjoy dengan kemeriahan sambutan Aidiladha kali ini. Hari ni dah masuk kerja tapi mood sedikit lari...asyik sangap jer kat opis namun tugas2 yang diamanahkan tetap diselesaikan dengan penuh dedikasi...chewaahhh!
Hmmm...malam semakin merangkak syahdu menuju ke tengah malam tetapi mata ini seakan sukar untuk dipejamkan. Walaupun fikiran dan badan terasa keletihan namun payah pula mata ini mau dilelapkan. Sesungguhnya keboringan tahap dewa cinta sedang melanda diriku di saat ini.
Sunyi...
Sepi...
Bosan...
Rindu...
Semua rasa itu bercampur baur menjadi satu. Waaaaa...kini aku sendiri lagi. Mengapa aku ditinggalkan lagi untuk kesekian kalinya?? Betapa kejamnya kalian. Owhh...bukan ditinggalkan kekasih okey...no no no!! Sebenarnya tika dan saat ini aku tinggal bersendirian di rumah. Housemate aku yang dua orang tu masih seronok cuti2 malaysia kat kampung. Nampak gayanya aku memang berseorangan sepanjang minggu nih. Hampeh sungguh dorang ni ambik cuti tak hengat...sampai hati tinggalkan aku sorang2...huhuhu.
Sudah la kat umah sensorang...kat opis pun aku ditinggalkan sorang2 gak. My Mr. Boss pun cuti direct sepanjang minggu ni kerana sibuk dengan persiapan menyambut ahli baru dalam keluarganya. Maklumlah bakal menerima menantu sulung pertama pada 11.11.2011. Kad undangan sudah diterima namun aku tak dapat hadir ke majlis perkahwinan tu sebab ada hal yang tak dapat dielakkan. Sori boss...apapun tahniah kerana menerima ahli baru dalam keluarga.
My Lady Boss pulak cuti sehingga esok je tetapi minggu ni memang tak masuk opis sebab kena pergi kursus la pulak. Unit aku tu dah la empat orang jer ahli...teman yang sorang lagi pun masih bercuti...first time balik umah mertua katanya.
My Lady Boss pulak cuti sehingga esok je tetapi minggu ni memang tak masuk opis sebab kena pergi kursus la pulak. Unit aku tu dah la empat orang jer ahli...teman yang sorang lagi pun masih bercuti...first time balik umah mertua katanya.
Hmmm...sah2 la tinggal aku sendiri lagi. Alangkah indahnya jika saat ini aku juga masih di desa tercinta. Hishh...tak bestnya rasa...huhuhu. Sabor2...bagi can dorang dulu cuti puas2. Lepas ni turn aku plak cuti pi jenjalan cari pasal...ngeh3.
Ok guys...mohon beradu dulu. Mencuba untuk menidurkan diri...semoga lenaku diulit mimpi malam ini. Selamat beristirehat & selamat malam semua.
Sunday, October 30, 2011
Penyu menangis lagi...
Salam penuh keceriaan untuk semua...:)
HAHAHAHA...bagi aku gelak dulu yer sebelum sambung entri. Aku tau malam ni mesti ada yang senyum lebar sampai ke telinga kan?? Dannn...mesti ada gak yang masam mencuka kan?? Ni semua dek penangan final Piala Malaysia sebentar tadi. Rata2 semua teruja untuk saksikan perlawanan Sang Rusa vs Sang penyu...hobin jang hobin & peteh ganu peteh. Hahahaha...aku sebenarnya nak tergelak besar malam ni bukan sebab ganu kalah tetapi dek gelagat housemate aku yang dua orang nih. Aku bukan penyokong kedua2 pasukan tersebut tapi dalam hati aku sokong team nogori malam ni...hehehe. Sejak dari awal permainan aku agak nogori menang malam ni...ternyata ramalanku benar belaka...ececehh.
Aku pun excited juga sebenarnya nak tengok bola malam ni...tapi aku join tengok separuh masa pertama jer...pastu aku angkat kaki masuk bilik layan fb...hehehe. Bukan sebab pasukan yang aku sokong tak dapat masuk final tetapi housemate aku yang berdua ni semua oghang ganu...jadi rasa nyer korang leh bayangkan la betapa excited nyer mereka itu. Mula2 aku layan jer game tu...rilek jer. Time sang rusa menyerang aku memang rasa happy giler tapi takde la sampai terjerit2...senyum je tak perlu kata apa2...pastu dok tahan gelak dalam hati tengok ekspresi muka member berdua tu. Nak gelak guling2 beb rasa nyer...sabo je la...hahaha.
Hajat di hati memang nak layan game sampai habis...namun hajat tu tetiba terbantut. Tak tahan dengar dorang dok beri arahan kepada pemain2 dan menjadi pengulas sukan yang tak bertauliah tu...terus hilang mood. Pergghhh!! lagak cam jurulatih la plak dorang ni...padahal bukan nyer deme tu dengar apa yang dikabo tu...keh3. Haishhh!! potong stim sungguh la dorang ni.
Masuk bilik on lappy layan fb, balas komen kat wall...pastu dok chat pasal bola gak ngan sorang member geng perak. Dari dalam bilik aku dapat dengar dengan jelas lagi sorakan...pekikan...ulasan dorang tu. Cam nak runtuh jer umah saat Terengganu jaringkan gol...bagi can je la kat dorang kan meraikan gol pertama...dalam hati aku berkata2...satgi kena la demo tuh. Tapi aku bukan anti ganu yea...kang tak pasal2 kena serang ngan oghang ganu...aku cuma seronok ngan gelagat member berdua ni haaa...
Masuk bilik on lappy layan fb, balas komen kat wall...pastu dok chat pasal bola gak ngan sorang member geng perak. Dari dalam bilik aku dapat dengar dengan jelas lagi sorakan...pekikan...ulasan dorang tu. Cam nak runtuh jer umah saat Terengganu jaringkan gol...bagi can je la kat dorang kan meraikan gol pertama...dalam hati aku berkata2...satgi kena la demo tuh. Tapi aku bukan anti ganu yea...kang tak pasal2 kena serang ngan oghang ganu...aku cuma seronok ngan gelagat member berdua ni haaa...
Aku ikuti jugak perkembangan melalui update status member2 fb. Tiba saat nismilan menyamakan kedudukan...yesszzzaaa!! i like...hahaha...tetiba senyap umah cam dilanggar garuda. Aku keluar jap pi ambik air masak & sempat jenguk dorang yang penuh rasa kecewa...ingat nak bahan jer dorang tu tapi kesian la plak nak tengok penyu menangis...huahuahua.
![]() |
| alahaiiii...penyu menangis lagi malam ini...sob sob sob... |
Lebih parah lagi gol kedua nismilan telah menambahkan frust menungging dorang berdua. Mula2 aku heran gak la nape dorang senyap jer kat luar tu tapi umah sebelah lak dok terjerit2...rupa2 nyer penyu hampir tewas di tangan rusa. Hadoiiii...punya la sadis aku tengok muka masing2...lum habis game lagi dorang dah tukar chanel lain...pastu terus off tv masuk bilik...hahaha. Jangan la gundah gulana kengkawan tahun depan ada lagi. Apapun tahniah kepada juara Piala Malaysia tahun ini...hobin jang hobin...jangan marah yer penyokong Terengganu especially my housemate Zila & Zura...semoga lena diulit mimpi malam ni...:)
p/s : credit picture to oris isme <<< tido dalam senyum jang malam ni yo...hehehe
Friday, September 30, 2011
Kenangan majlis sambutan hari raya di BPP
Salam penuh keceriaan untuk semua...:)
Syawal dah melabuhkan tirainya tapi rasa2 nyer minggu ni masih rancak lagi menerima undangan rumah terbuka di sana sini. Meriah sungguh mereka ini beraya...hehehe. Kalau dah terima undangan tu pergi je la yer...rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari...dok gitu kengkawan?? Rehat yang panjang hari ni sesaje jer aku nak kongsi cerita sambutan raya kat jabatan aku minggu lepas...cerita dah basi pun tapi baru sempat nak update. Almaklumlah semenjak dua menjak ni kebizian melanda...tak sempat aku nak mengonlinekan diri...huhuhu.
Pengalaman kali pertama menyambut raya dengan rakan2 sepejabat yang ramai memang seronok & meriah. Macam2 aksi dan gelagat dari dorang yang menggamatkan suasana. Memang pecah perut dan tak kering gusi dibuatnya...hahaha. Setiap unit terlibat dalam membuat persiapan...ada yang tukang dekorasi tempat, ada yang menyediakan makanan, ada yang mengangkut kerusi meja, ada yang menyambut tetamu dan macam2 lagi la. Alhamdulillah...semua memberikan kerjasama yang baik dan majlis berjalan dengan lancar. Sesungguhnya suasana seumpama ini boleh mengeratkan hubungan antara satu sama lain.
Haaa...ni geng sate...dalam dok sibuk2 tu sempat lagi berposing. Pantang nampak kamera tuuu. Aku pun ada geng juga...geng lemang ko...hehehe. Tak pernah2 aku potong lemang beb...kat umah aku time raya ada ketupat palas jer...:)
Dalam majlis ni juga ada persembahan istimewa live daripada geng2 otai. Wahhh...tak sangka geng2 veteran ni berbakat besar...siap leh main gitar & keyboard lagi...cayalah!!
Makanan hari tu pun best...banyak sangat, tak tau nak makan yang mana satu. Macam2 ada... nasi tomato, sate, nasi himpit kuah kacang, lemang, rendang, puding, kek, kuih muih, buah-buahan & pelbagai juadah lagi la. Tak larat perut nak terima semua...aku pulun nasi tomato tu pun dah tersadai cam ular sawa...muahaha.
Ehhh...orang dok sibuk cerita pasal wedding of the year Memey & Norman...aku dok cerita pasal sambutan raya plak...ishhh2. Hmmm...macam2 versi cite kisah kawin dorang dua tiga hari ni. Biaq p la depa nak ditaja ke apa...lagipun dorang dah selamat dijabkabulkan kan. Doakanlah semoga rumahtangga dorang berkekalan...yang dok kutuk dorang tu bukan nyer korang dapat rantai mutiara pun daripada Rafflesia tu...buat tambah dosa je la kan. Diam2 sudah...peace no war...^_^
p/s : ada lagi gambar yang nak aku upload tu tapi tetiba lak tak lepas...nanti aku update kemudian k.
Syawal dah melabuhkan tirainya tapi rasa2 nyer minggu ni masih rancak lagi menerima undangan rumah terbuka di sana sini. Meriah sungguh mereka ini beraya...hehehe. Kalau dah terima undangan tu pergi je la yer...rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari...dok gitu kengkawan?? Rehat yang panjang hari ni sesaje jer aku nak kongsi cerita sambutan raya kat jabatan aku minggu lepas...cerita dah basi pun tapi baru sempat nak update. Almaklumlah semenjak dua menjak ni kebizian melanda...tak sempat aku nak mengonlinekan diri...huhuhu.
Pengalaman kali pertama menyambut raya dengan rakan2 sepejabat yang ramai memang seronok & meriah. Macam2 aksi dan gelagat dari dorang yang menggamatkan suasana. Memang pecah perut dan tak kering gusi dibuatnya...hahaha. Setiap unit terlibat dalam membuat persiapan...ada yang tukang dekorasi tempat, ada yang menyediakan makanan, ada yang mengangkut kerusi meja, ada yang menyambut tetamu dan macam2 lagi la. Alhamdulillah...semua memberikan kerjasama yang baik dan majlis berjalan dengan lancar. Sesungguhnya suasana seumpama ini boleh mengeratkan hubungan antara satu sama lain.
Haaa...ni geng sate...dalam dok sibuk2 tu sempat lagi berposing. Pantang nampak kamera tuuu. Aku pun ada geng juga...geng lemang ko...hehehe. Tak pernah2 aku potong lemang beb...kat umah aku time raya ada ketupat palas jer...:)
Dalam majlis ni juga ada persembahan istimewa live daripada geng2 otai. Wahhh...tak sangka geng2 veteran ni berbakat besar...siap leh main gitar & keyboard lagi...cayalah!!
Makanan hari tu pun best...banyak sangat, tak tau nak makan yang mana satu. Macam2 ada... nasi tomato, sate, nasi himpit kuah kacang, lemang, rendang, puding, kek, kuih muih, buah-buahan & pelbagai juadah lagi la. Tak larat perut nak terima semua...aku pulun nasi tomato tu pun dah tersadai cam ular sawa...muahaha.
Ehhh...orang dok sibuk cerita pasal wedding of the year Memey & Norman...aku dok cerita pasal sambutan raya plak...ishhh2. Hmmm...macam2 versi cite kisah kawin dorang dua tiga hari ni. Biaq p la depa nak ditaja ke apa...lagipun dorang dah selamat dijabkabulkan kan. Doakanlah semoga rumahtangga dorang berkekalan...yang dok kutuk dorang tu bukan nyer korang dapat rantai mutiara pun daripada Rafflesia tu...buat tambah dosa je la kan. Diam2 sudah...peace no war...^_^
p/s : ada lagi gambar yang nak aku upload tu tapi tetiba lak tak lepas...nanti aku update kemudian k.
Thursday, September 22, 2011
Entri segera...
Salam penuh keceriaan untuk semua...:)
Hai hai hai...i'm back...Bintang Hati in d' house!! Ececehhh...bajet cam Linda Onn la plak kan...hehehe. Hmmm...lama gak aku tak update blog ni kan. Blogwalking pun tak sempat. Kebizian melanda sejak akhir2 ini dengan beberapa perkara dan masalah tak diundang yang kunjung tiba...jadi perlukan sedikit ruang untuk bertenang. Terima kasih kepada teman2 yang bertanya khabar dan memberikan semangat. Don't worry be happy ok...i'm fine...everything is under control. Thank you guys...you are my sunshine...:)
Wednesday, August 31, 2011
Riang ria merdeka raya...reunion geng form 5
Salam penuh ceria & salam merdeka raya untuk semua...:)
Hai geng...amboiii meriah sakan raya naaa...makan kuih raya ke tu?? Aku pun dok online sambil makan tart nenas my pebret nih. Phewww...baru berkesempatan nak online ...almaklumlah kat umah ni sekarang ada empat buah laptop tapi berukband ada dua je, paham2 sendiri la kan...hehehe. Alhamdulillah...dah masuk hari kedua kita meraikan hari raya aidilfitri dan hari ni juga kita turut meraikan hari kemerdekaan negara yang ke-54. Salam merdeka raya untuk semua...2 in 1 gitu...ingat syampu jer ke ada 2 in 1?? Raya pun ada tau...hahaha.
Memang terasa keseronokkan dan kemeriahan berganda tahun ni. Walaupun dua orang abang aku tak dapat pulang ke kampung menyambut raya bersama2 kerana tugas tetapi kemeriahan sambutan raya tahun ni tetap dapat dirasai. Suasana umah tetap meriah ngan hiruk pikuk telatah & gelagat anak2 sedara yang tiba lebih awal daripada mak bapa dorang. Tahun ni juga merupakan tahun pertama aku beraya sebagai blogger...terasa semakin meriah kerana bertambah lagi kawan2 aku walaupun sekadar kenal di alam maya...:)
Tambah aku teruja tahun ni kerana geng2 form 5 dulu merancang buat reunion kat umah salah sorang member kami. Maka, petang tadi berlangsung la episod kasih bertaut kembali dan acara makan2 antara aku & geng bas sekolah...ngeee. Memang syok giler dapat berjumpa semula kawan2 lama setelah lebih kurang 13 tahun tak berjumpa...lama tu beb!! Dulu muka budak2 sekolah...sekarang semua dah berkerjaya dan masing2 dah ada family, ada yang dah kelek anak 2,3 orang pun. Mujur masih ada lagi dua tiga kerat kawan2 yang masih single mingle cam aku ni...kira ada geng juga la kan...hehehe. Tapi sabor je la sebab kami tetap jadi bahan dorang tu...adesss!!
Memang puas hati dapat bertemu kembali walau tak ramai yang hadir, maklumlah masing2 dah ada kehidupan & komitmen sendiri. Ada yang giliran beraya di umah mertua tahun ni...ada yang lepas raya baru dapat cuti tapi salam lebaran tak lupa dititipkan buat kawan2 semua. Peluang macam ni bukan selalu dapat dinikmati...memang susah nak berkumpul ramai2 macam ni. Actually, dah lama plan nak buat reunion ni tapi selalu tak menjadi. Alhamdulillah kali ni impian menjadi kenyataan.
First time bersua muka, ada yang dah tak cam muka kengkawan...masing2 muka blur2 sotong...agak nyer cuba mengimbas kembali imej wajah masing2 13 tahun lepas...hahaha. Aku yang kiut miut ni pun ada gak yang tak kenal...ada ke patut. Haishhh!! Nak kena penyekeh itu budak...keh3. Budak2 kelas lain sah2 dah tak cam...bukan lupa tapi tak ingat jer...hehehe. Hmmm...memang patut pun tak cam sebab masing2 nampak berbeza dulu ngan sekarang. Dulu2 masih budak hingusan, sekarang dah jadi mak bapak budak...terserlah kematangan gitu. Mana tidak nyer habis form 5 semua lost contact...nak berhubung pun susah. Tau je la kan dulu2 mana ada henset, facebook, twitter bagai nih. Sekian lama tak berjumpa, tup2 bersua muka mau nyer tak lupa ingatan seminit dua kan...
Mood happy go lucky tak hilang lagi ni...seronok sesangat. Semoga lepas ni kami masih berpeluang berjumpa dan menganjurkan reunion yang lebih gempak lagi...insyaAllah. Korang yang makan kuih tu makan2 juga tapi jangan teroverdose plak yea...kang tak pasal2 berkampung di dalam bilik kecil...hahaha. Kat umah ni pun gamat gak pagi tadi sebab kakak, abang ipar, adik2 dan anak sedara dengan muka cemerut tunggu giliran masuk bilik kecil...aku & ibunda sahaja yang terkecuali...hahaha. Apa yang dorang pulun semalam pun tak tau la. Selamat menyambut merdeka raya semua yea...adiosss!!
Friday, August 26, 2011
Horayyy...jommm balik kampung !!
Salam penuh keceriaan untuk semua...:)
Hohoho balik kampung...
Hohoho balik kampung...
Hohoho balik kampung...
Hati riang...hehehe...
Mood happy giler2 nak balik kampung. Last update dari Putrajaya...jap lagi dah nak bertolak balik ke Kelate. Hari ni aku keje half day sahaja...alhamdulillah dapat kelepasan daripada big boss kerana segala report telah disiapkan & kerja2 yang diamanahkan telah dibereskan sebelum balik bercuti hari raya. Lengang...sunyi dan sepi opis hari ni selepas waktu rehat tengahari, masing2 dah balik kampung...yang tinggal 2,3 orang jer...hehehe.Saat ini aku sedang menunggu adik2 ku datang menjemput untuk pulang ke kampung halaman. Doakan semoga perjalanan kami lancar dan selamat sampai ke kampung halaman dengan selamat. Kepada kawan2 yang pulang ke kampung masing2 tu pesanan ikhlas dariku...selamat jalan & berhati2 di jalan raya, ingatlah orang tersayang yang menunggu kalian semua. Salam permisi...babai semua...^_^
Saturday, August 20, 2011
Hmmmm...tak tau nak letak tajuk apa...:)
Salam penuh keceriaan untuk semua...
Hai hai hai...wassup geng...rindu serindu rindunya ngan korang semua...:)
Rasa letih giler hari ni tapi sebab tak tahan menanggung rindu ngan blog ni, tak kira aku nak update jugak malam ni. Entry sebelum ni 9hb...hari ni 19hb. Fuhhh...lama giler tak update & jenguk blog ni. Agak lama juga aku menyepi dari dunia maya ni...naik bersawang dah blog ni...huhuhu.
Kepada teman2 yang bertanya...terima kasih kerana sudi juga mengambil berat & bertanya khabar tentang diri ini walau kita tidak pernah bersua muka. Rupanya ada juga yang perasan aku takde dalam dunia maya ni. Tapi berbanyak maaf sebab tak sempat nak balas PM korang kat mukabuku tu. Aku bukan menghilangkan diri okey...masih ada di bumi Malaysia ini. Aku bukan merajuk atau membawa diri...tidak sama sekali. Setiaku masih di sini...ececehh.
Sejak kebelakangan ini kesibukan melanda diriku...kat opis memang takde can nak online. Dari pagi sampai ke petang mengadap keje keje dan keje...mau termuntah hijau dah rasanya...huhuhu. Time rehat pun tak sempat nak online sebab aku menjoinkan diri dalam program taddarus Al-Quran kat opis tu. Best gak join program camni...alhamdulillah boleh la menambahkan pahala ibadat aku di bulan yang mulia ini. Teringat lak kenangan mengaji ramai2 masa zaman muda2 dulu...tok guru mengaji tu sikit punya garang beb...imam masjid tu...bakal pak mertuaku yang tak jadi...opppssss...:)
Hmmm...balik umah memang dah tak larat...dengan berdirinya setiap hari dalam bas...bersesak2 pulak ngan makhluk2 asing...ehhh bukan, warga asing la...dengan jalan jem lagi kaki aku pun dah naik jem sama...huhuhu. Keluar opis jam 5 petang hampir kul 7 baru sampai umah...memang penat giler. Sejak hari pertama puasa lagi aku and the geng tak pernah dapat duduk dalam bas time balik kerja. Entah dari mana datangnya semua makhuk2 asing yang conquer seat kat dalam bas tu pun aku tak tau la...dugaan betul la...sabor je la. Nyaris2 gak 2, 3 kali hidung kami yang tak berapa nak mancung ni nak mencium lantai bas tatkala drebar bas membuat aksi ala2 pemandu F1. Hampeh betul...
Monday, August 1, 2011
143...I Love You!!
Salam penuh keceriaan & selamat malam all...:)
I love you...tetiba lak aku jatuh cinta malam ni...huahuahua. Mmuuaahh!! cayang korang semua. Happy lak tengok nombor follower aku malam ni. Terima kasih pada semua dan tahniah kepada follower bertuah yang menjadi pengikut aku yang ke 143 tu...meh la ramai2 p skodeng dak comey ni...:)
Pink Diva
Bila tengok angka follower tu tetiba aku teringat kisah seorang member ni...dan2 rasa nak tergelak sampai tergolek2 saat ini. Ada kisah di sebalik angka 143 tu. Kisahnya camni...ada la sorang member baik aku ni...dia sering berkongsi cerita & meminta pendapat aku dalam bab2 cinta nih. Kiranya aku ni doktor cinta dia la konon...padahal aku sendiri pun tak pernah bercinta...kuang3. Camne tuh?? Sepatutnya dia yang ajar aku bahasa cintan cintun ni kan...almaklumlah orang banyak pengalaman suka duka bercinta la katakan...hahaha.
Suatu hari tu aku ngan dia dok chatting YM...banyak la cite yang kami sembangkan dari masalah remeh temeh sampai la masalah ekonomi negara...maklumlah dah lama tak jumpa kan. Sorang di Timur...sorang di Utara...jadi telefon dan alam maya inilah yang menjadi penghubung antara kami. Dalam dok rancak2 bersembang tu tetiba terpacul kenyataan daripadanya...
Aku rasa confius la wehh...pakwe aku ni dop romantik la, tak pernah ucap pun perkataan i love u ke...aku cinta pada mu ke...dia tu sayang kat aku ke tak ni??
So, aku selaku doktor cinta tak bertauliah ni terus mengeluarkan nasihat2 yang bernas lagi power la kat dia kan...muahaha..
Alaaa...biasa la lelaki...kalau bukan mat bunga bukan dia reti nak bagi ayat berbunga2 bak cinta melankolia tu...kalau tak diucapkan tak semestinya dia tak cinta & sayang ko wessss...
Haaa...lebih kurang camtu la ayat penyedap hati yang aku bagi kat dia...pastu dia habaq mai lagi...
Tapi kan...aku pelik la nape selalu dia ucap 143 kat aku?? Selalu dia cakap 143 sebelum letak gagang tepon bila habis bercakap ngan aku...pelik la pakwe aku nih....
Adessss...time tu gak aku bantai gelak sakan sambil peluk2 my Mr. Teddy...rase nak sekeh jer kepala minah tu...huhuhu. Boleh2 plak dia yang otai dalam bab cintan cintun ni tak tau makna 143 tu apa...lepas aku cite kat dia makna 143 tu stand for i love you...barulah dia tau & kami bantai gelak pastu...tapi itu semua tinggal kenangan...mereka berdua takde jodoh dan member aku pun kembali single sekarang ni...bila mengimbas kisah tu kami selalu tergelak...hahaha. Tu la kan...lain kali nak bercinta tu belajar dulu bahasa cinta...harap jer ko otai konon tapi hampeh gak...bercinta bagai nak rak 143 pun tak tau...keh3.
Selamat berpuasa kepada semua yea...jangan ponteng2 tau...peace!!
p/s : marah makcik tu kalu tau aku kutuk dia pasal hal ni...tapi ada aku kesah...sebab dia tak tau pun link blog aku ni...muahaha!!
Subscribe to:
Posts (Atom)



