Salam ceria untuk semua...selamat berhujung minggu guys...^_^
Kalau berjanji mahu berjumpa jam 9, paling cepat sampai pun jam 9.15. Majlis kalau dalam aturcara program mulanya jam 8.30, selalunya akan bermula paling awal jam 9.00. Mesyuarat, khususnya kakitangan kerajaan pun begitu tak pernah mengikuti jadual yang telah ditetapkan. Kronik sungguh penyakit ini dan semakin parah merebak di kalangan masyarakat kita. Senario yang selalu kita jumpa...hampeh sungguh kan!! Aku bukan nak kondem bangsa sendiri tapi tengok la sendiri...it's a fact...walaupun tak semua yang bersikap macam tu.
Pepatah Melayu ada mengatakan "masa itu emas" dan pepatah Inggeris plak mengatakan "times is money". Kedua2 pepatah ini membawa maksud yang sama jea...menunjukkan bahawa masa itu amat berharga seperti emas, semakin lama semakin berharga & kita dalam kerugian jika melepaskan setiap detik berlalu begitu sahaja. Namun, berapa kerat sangat la yang tahu menghargai betapa berharga dan pentingnya masa itu. Melayu misalnya sudah sinonim dengan sifat tidak menepati masa. Salah siapa?? Bak kata Nabil...lu pikir la sendiri.
"Janji Melayu"...mesti korang selalu dengar ayat ni kan?? Hmmm...aku memang tak faham, susah sangat ke untuk menepati masa yang dijanjikan?? Bukan nyer perlu keluarkan dana atau modal berjuta pun...just be on time...simple jer kan??
Aku tak suka membuatkan orang lain menunggu dan begitulah juga aku tak suka tertunggu2. Pantang bagi aku kalau orang yang tak menepati masa ni. Kalau setakat menunggu 10 minit, 15 minit boleh la diabaikan lagi. Ditakdirkan menunggu sampai 30 minit tu pun ada kalanya boleh dimaafkan lagi. Tapi kalau lebih daripada itu...aduhaiiii...roboh tembok kesabaran yang setinggi Gunung Kinabalu sekalipun...huhuhu.
Aku akan hormatkan waktu orang lain. Lebih-lebih lagi apabila waktu aku juga dihormati oleh orang tersebut. Berganda-gandalah rasa hormat aku pada orang itu. Kalau sebaliknya sendiri mau ingat la beb. Aku kalau berjanji dengan seseorang atau dikehendaki datang ke sesuatu majlis, aku akan datang lebih awal sebelum masa yang dijanjikan...confirm sharp i'm be on time. Bukanlah nak tunjuk bagus tapi aku tahu & faham masalah yang bakal dihadapi akibat kelewatan kita. Punctuality amat penting bagi aku kerana natijahnya kita sendiri juga yang rasa. Nampak simple jer kan, apalah sangat setakat lewat sedikit...ada alasan bagai boleh diberi tapi banyak kesan buruk yang timbul akibat kelewatan itu...pikir2 la sendiri.
Bukan nak menyalahkan mana2 pihak...sekadar untuk mengingatkan diri sendiri dan kawan2 yang lain supaya menepati masa jika berjanji. Jangan biarkan orang lain menunggu kerana kita sendiri tahu betapa seksanya sebuah penantian. Jadi sama2 la kita muhasabah diri...tanamkan dalam diri sikap menepati masa agar insan lain tak hilang kepercayaan terhadap kita. Jaga diri hiasi peribadi...peace!!!
p/s : walaupun senario itu kadang boleh membuatkan aku hangin satu badan tapi aku bukanlah seorang yang kejam...SABAR lagi bagus...biarlah hati aku sakit menahan kemarahan asalkan kawan tidak berkecil hati. Lagipun takde makna nak marah2...buat diri sendiri merana jer. Apa2 pun...cubalah belajar menepati masa & ingat siapa diri kita sebenarnya...
6 comments:
sekarang kalau nak berjanji ngan mbe nak kua, siap kena tanya, pukul 2 janji melayu ea? cehh~ org macam dah terbiasa melengah2 tau
@bella...lain kali kalu janji nak kuar kul 9, ckp kul 8.30 ea...baru dtg on time...huhuhu
betul tu..kdgnya dah tepacak menunggu,,tp blum gak dtg..bla kol ble ckp lagi mc awal..Hmmm..
JOM JOIN SEGMEN GENK DAN CP
JOM TAMBAH KENALAN MISSCHA
SENARAI PESERTA GENK,CP!!KENALI AKU
@genk...iya bah...sengaja baitu kasi lewat2 kan, memang dasar...:(
klo nk berjanji ngan org skang ni.. kul 4 nk jumpa kna ckp kul 3...
@niena...tau takpe, memang kena ckp camtu la kalau tak masak nak menunggu...
Post a Comment