Showing posts with label cinta orang popular. Show all posts
Showing posts with label cinta orang popular. Show all posts

Friday, July 19, 2013

Penulis asal Nukilan Dayana bukan Dr. Dayana!!


Assalamualaikum...salam penuh keceriaan untuk semua...:)

Hari ini Jumaat yg kedua dalam bulan Ramadhan...alhamdulillah sudah sepuluh hari kita menempuhi bulan Ramadhan dan menjalani ibadah puasa. Sepuluh malam rahmat telah berlalu...sepuluh malam keampunan kini didamba. Semoga kita semua berkesempatan melalui Ramadhan ini sehingga ke penghujungnya...insyaAllah.

Hmmm...dua tiga hari ni kecoh cerita pasal perkahwinan kedua Ashraf Muslim di Thailand. Serius aku tak ambik port pun pasal perkahwinan Ashraf Muslim tu walaupun penuh newsfeed FB ngan cerita tu sehinggalah aku ternampak post kawan2 yg share luahan hati Dayana. Rasanya semua dah tau & baca Nukilan Dayana tu yg cepat tersebar luas kat FB tapi aku nak share gak kat sini sebab nukilan tu menarik...i like sejuta kali u. Sungguh..aku tertarik dengan bait2 kata yg diluahkan...sangat mendalam maknanya. Sape yg tak tau lagi ni aku copy paste dari FB yg berlambak2 org share. 



^
^
^


NUKILAN DAYANA


Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah


Tak usah bicara tentang zuriat  
Kerana
Aku bukan Allah...mudah menyebut kun fa ya kun...

Tak usah bicara tentang setia  
Kerana  
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjawab
Kerana  
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan  
Kerana  
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia  
Kerana  
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah  
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah...  
Kerana satu dunia tahu
 Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan...





Sebagai seorang wanita aku memang tersentuh dgn luahan itu...touching beb...T_T. Sentap hingga ke jantung tuuuu. First time aku baca ingatkan nukilan tu betul2 luahan hati isteri pertama Ashraf Muslim, Dayana tetapi ternyata bukan. Rupa-rupanya tipah tertipu...ehh?? Sebenarnya luahan itu hasil nukilan salah seorang warga facebook yg bernama Ana Hawana yg saje2 jer update status ala2 puisi kat FB dia...cenggitu kisahnya. 

Mati2 aku ingat tu betul2 luahan hati Dayana...huhuhu. Nasib baik la hari ni tergerak hati nak buka blog yg dah bersawang ni, dapatlah aku tau kisah sebenarnya drp blogger2 lain. Aku dapat tau pun baca dari blog Ben Ashaari & Lekat Lekit Story. Korang leh la gi skodeng blog dorang kalu nak tengok bukti2 yg lain...banyak yg dorang print screen drp FB Ana Hawana.








Inilah dia penulis sebenar dan nukilan asal yg menyentuh perasaan tu. Ayat last...May Allah bless u...Dayana yg hilang drp nukilan asal membuatkan org salah sangka. Walau siapa pun penulis asal nukilan ni tak kisah la, aku memang suka...bait2 kata yg cukup indah..tersurat & tersirat...deep!! See...hanya wanita yg memahami perasaan wanita yg lain. 

Kemelut rumahtangga mereka biarlah diorang yg menyelesaikannya. Kita?? Ya kita...hanya mampu melihat dari kejauhan & meluahkan isi hati dr sudut pandangan yg tersendiri. Kita hanya melihat bukan merasa...merasa dan menanggung hanya tuan empunya badan dan mereka yg mengalaminya je yg tahu. Memang teruji...namun jika itulah ketentuan apalah yg boleh dikata. 

Semoga barakah di bulan Ramadhan yg mulia ini membuka jalan kpd mereka utk meleraikan apa yg terkusut. Semoga kesabaran dan ketabahan mengiringi hidup Dayana dalam menempuhi dugaan ini. Mudah2an segalanya dipermudahkanNYA...amin.


# Jalan hidup mereka maybe tersurat begitu...tp jalan kisah hidupku masih belum pasti...??





Sunday, July 24, 2011

Baby Astronout was born !!

Salam penuh ceria untuk semua....



Alololo...tomey2 & cute miut nyer dia...Amacam comel kan gegurl ni??
Anak sape la ni...geram seyh!!

Haaa...kalau nak tau inilah baby girl pasangan Dr. Halina & Dr. Sheikh Muszaphar.
Tadi buka fb ternampak sorang member
wish congrates for new born kat wall Dr. Halina...
Ehhh2...rupa2 Dr. Halina dah selamat bersalin pun beberapa hari yang lepas.
Adesss...aku ketinggalan rupa nyer...
terlepas pandang lak update status Dr. Halina...
Alhamdulillah akhirnya Dr. Halina selamat melahirkan baby girl 
yang comey &  sihat seberat 3.6 kg pada 21hb Julai 2011.
Sophea Isabella nama diberi...sooo sweet !!


 Tahniah !!!



Wednesday, June 15, 2011

Honeymoon...bahagianya Salleh Yaakub & madu 4

Hello geng!!!

Malam ni aku nak ajak korang p berbulan madu di China
Jommm...kita follow Salleh Yaakub...
Bahagianya...ada sape2 nak tiru???

Mesti ramai yang gigit jari dan makan hati 
tengok gambar2 honeymoon Salleh Yaakub bersama madu2 & anak2 beliau di China ni
Korang jangan jeles okey...kalau tak mampu dari segala segi 
jangan pepandai nak follow SY...hehehe...

:: Yeahaaa!!!...we are big & happy family ::


:: Anak2 dara Salleh Yaakub ::

:: Happy family ::


:: Salleh Yaakub & isteri pertama ::

:: Salleh Yaakub & isteri kedua ::

:: Salleh Yaakub & isteri ketiga ::

:: Salleh Yaakub & isteri keempat ::

:: Big big family ::


:: Salleh Yaakub ::

:: Salleh Yaakub & madu 4 nyer...bahagia gitu kan ::

:: Ikon lelaki masa kini...ngeh3  ::

p/s : gambar2 ni aku dapat daripada forward email mamarazzi kat opis...dipaparkan secara ekslusif untuk tatapan korang semua...(^_*)


Friday, May 20, 2011

Gambar sekitar majlis pertunangan kami



Ehhh...ehhh...dah jadi milik orang rupanya...tapi bila masa lak aku bertunang ni?? Dengan sape erk?? Hmmm...takde lak orang datang merisik semenjak dua menjak ni...boyfriend pun takde gak tetiba lak bertunang...ishhh3.

Hehehe....sebenarnya 'kami' tu bukan majlis aku & someone...tapi someone & somebody...^_^. 
 
Kalu korang nak tengok gambar2 sepanjang majlis pertunangan kami tu  klik sini. Malas la nak cite lebih2...jeng3...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...