Salam penuh kecerian untuk semua...
Keputusan perlawanan bola sepak antara pasukan Malaysia vs Singapura kita dah tau...walau kalah tapi kita patut merasa bangga dengan pasukan harimau kita, mereka telah mencuba & mempamerkan persembahan yang terbaik. Aku nak ulas panjang lebar pun aku tak arif sangat bab2 bola sepak ni...yang aku tahu bola itu bulat...ngeee~
Apa pun aku tetap sokong pasukan harimau, syabas & tahniah kepada team Malaysia...teruskan perjuangan...Malaysia Boleh!!!
Sebenarnya aku nak cerita pasal kemenangan Malaysia jugak ni...pasal Majlis tilawah yang berlangsung sejak 16 Julai lalu bertema ‘Persefahaman Asas Perpaduan Ummah’ yang menyaksikan 81 peserta (50 qari dan 31 qariah) dari 50 negara mengambil bahagian telah berakhir malam ini. Alhamdulillah akhirnya Qari & Qariah dari Malaysia dinobatkan juara kategori masing2 pada Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-53 yang telah berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang telah berakhir beberapa jam yang lalu. Tahniah untuk kedua2 Qari & Qariah kita serta pemenang2 yang lain malam ini. Keputusan penuh Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2011 adalah seperti berikut :
BAHAGIAN QARI :
Johan
Amirrahman Abbas
Malaysia (89.26%)
Naib Johan
Muhmmad Saudi
Filipina (88.67%)
Tempat ke tiga
Mahmud Al Basit
Mesir (87.8%)
BAHAGIAN QARIAH :
Johan
Hajjah Suraya Abu Hassan
Malaysia (88.33%)
Naib Johan
Hajjah Norkhalidah dari
Indonesia (88.30%)
Tempat ke tiga
Nor Azizah Solihin dari
Singapura (86%)
No comments:
Post a Comment