Showing posts with label Dariku untukmu. Show all posts
Showing posts with label Dariku untukmu. Show all posts

Tuesday, July 9, 2013

Salam Ramadhan Mubarak 1434 Hijrah


Assalamualaikum...salam penuh keceriaan utk semua...^^,

Hai..hai..haii...apa khabar kawan2 sekalian?? Harap2 sihat sejahtera dan ceria sokmo hendaknya. Lama tak merapu kat sini kannn, maklumlah tuan umah takde lappy...so, paham2 jer la kan...nak menghupdate, nak merewang blog kengkawan memang agak payah sikit la...huhuhu.

Esok seluruh umat Islam dah mula berpuasa. Satu tahun tidak terasa, Ramadhan telah kembali mengunjungi kita. Alhamdulillah...syukur atas nikmat hidup yg diberikan olehNya. Kau pertemukan kami dengan bulan suciMu..bulan yg penuh dengan barakah & bonus pahala. Sama2 la kita rebut peluang dan kesempatan yg diberikan kpd kita.






Ahlan wasahlan...marhaban Ya Ramadhan yg mulia. Salam Ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua rakan taulan. Semoga Ramdhan kali ini membawa keberkatan & memberi 1001 makna kepada kita semua. Mudah2an bulan yg mulia ini dapat kita tempuhi dgn penuh kesabaran dan istiqamah dlm melakukan ibadah kepadaNya. Esok dah puasa start puasa tau kawan2...jangan lupa niat malam ni yea, karang ada lak puasa yang2 yok esok...:)








Ya Allah,
Jadikanlah Ramadhan ini yg terbaik buatku,
Terimalah ibadah puasa dan segala amalanku,
Jauhkan aku daripada perkara yg sia-sia,
Jadikanlah malamku sebagai masa mengingatiMu,
Ampunkanlah aku,
Wahai Tuhan yg Maha Pengampun...amin.






Thursday, May 16, 2013

~SELAMAT HARI GURU~


Assalamualaikum...salam penuh keceriaan untuk semua ^_^

Selamat pagi cikgu!! 

Rindu nak bagi ucapan macam tu...rindu jugak nak dengar ucapan itu. Aku bukan seorang guru walaupun cita2 terbesar aku adalah nak jadi seorang pendidik kepada anak bangsa. Takde rezeki nak jadi cikgu ku terima segala ketentuan...huhuhu. Biarpun aku bukan seorang guru, namun aku pernah menjadi salah seorang warga pendidik suatu masa dulu. Terima kasih Sek. Keb. Chiku 02 kerana pernah memberikan peluang aku menabur bakti di sekolah tersebut untuk seketika. Peluang bersama kalian merupakan satu pengalaman yg sangat manis dan berharga dalam hidup aku. Terima kasih semua...love uols.

Guru...
Dalam ajarnya ada HARAPAN
Dalam tegurnya ada DOA
Dalam marahnya ada SAYANG
Dalam diamnya ada BIJAKSANA


untuk semua guru yg mulia, 
jasa kalian akan selalu daku kenang..tetaplah menjadi pelita anak bangsa 


SELAMAT HARI GURU
& 
TERIMA KASIH CIKGU



Wednesday, February 27, 2013

Hadiah Harijadi


Assalamualaikum...salam penuh keceriaan untuk semua...:)

Yeayyy!! aku dapat hadiah besday...excited giler kan...hahaha. Sebenarnya besday aku dah lepas lebih kurang 2 minggu yg lalu, tak sangka lak dapat hadiah kali ni. Dah bertahun2 gak la tak dapat hadiah besday ni, jadi rasa terharu lak tetiba ada org yg kirim hadiah...by pos lagi tu.


Semalam, sebelum balik tetiba ada org letak kotak yg berbalut cantik kat atas meja kerja. Teruja dapat bungkusan cantik dan tak sabar nak buka...tp terpaksa tahan keinginan sehingga balik umah...hehehe. Kiriman hadiah tu aku terima daripada si budak comey Ana a.k.a Hana Montelna (panggilan manja aku utk dia...dak montel). Thanks my dear for the lovely presents...really love it!! <3

Sampai umah apa lagi terus bersila mengadap kotak tu dalam bilik sensorang...hahaha. Rasa sayang pulak nak buka balutan yg comey tu, tp hati tak sabar nak tau isi dalamnya. So, dengan penuh berhati2 aku buka balutan yg berwarna biru bercorak teddy bear ngan cupcake nyer yg sangat comeyyy. Dah terbuka bungkusan luar...tadaaaa!! terbentang depan mata kotak hadiah pinky colour yg super duper cute...sekali lagi aku teruja uols...hahaha...nasib baik tak pengsan dgn kecomelan benda2 itu semua...hihihi. Nak tau apa ada dalam kotak comel tu?? Jeng3......



Gambar sekadar hiasan drp pakcik google...:P




Aku dapat iphone uols....

Takde la aku tipu jer...dalam mimpi la kan dapat iphone...hahaha!!



Dalam kotak comel tu terdapat sehelai tudung, sepasang kerongsang, sekotak coklat dan sekeping kad ucapan love2 lagi...owhh!! so sweet of you la dear. Tq so much di atas ingatan dan doa itu yer dik. Pandai plak dia pilih...my pebret color gitu, cam matching plak ngan baju kurungku  yg baru siap dijahit. Kerongsang tu pun berwarna hijau...simple tp cute...tau2 aje dak montel ni ngan citarasa akak dia yg simple ni...huhuhu.
 

Dannnn...coklat adalah kesukaanku jua tapi masih berbalut elok dalam kotaknya...tak sampai hati lak nak buka bungkusan yg cute tu. Alahaiii...aku ni memang alah ckit ngan segala macam benda yg kiut miut nih...kalu boleh semua nak kumpul & simpan jadi kenang2an...hehehe. Sayangnya aku tak dapat nak tayang semua hadiah tu kat sini, maklumlah kamera dah rosak...henpon pun tak canggih, takde kamera bagai tu semua...:P

Pada tanggal 14 Februari yg lalu banyak aku terima ucapan daripada rakan taulan, sahabat handai dari jauh mahupun dekat. Tq so much di atas ucapan dan doa yg kalian titipkan. Semoga Allah jua merahmati kalian...amin.





Friday, August 31, 2012

Selamat pengantin baru & salam kemerdekaan ke-55


Salam penuh keceriaan untuk semua...:)

Yeayyy!! Cuti2 Malaysia...mesti banyak plan kan sempena cuti ni?? Lama sudah tidak mencoret. Kepadatan dan kelapangan jadual hidup masih lagi sama. Tidak tahu apa yang disibukkan...haishh!! Cuti panjang sempena sambutan Aidilfitri baru2 ni semangat berkobar2 konon nyer nak update story morry tapi cam biasa ler semangat jer lebey buatnya tidak. Sudahnya tinggal angan2 Mat Jenin jer la...habuk pun tarak...hehehe. Tapi...dalam tempoh menyepi, banyak benda yang berlaku namun harus hadapi segalanya dengan tenang dan sabar..:).

Dah seminggu lebih kita beraya...sekarang ni pun masih dalam mood raya lagi kan2? Masuk opis pun cam lemau jer, mood memang kelaut...tak puas bercuti kat kampung lagi...huhuhu. Di bandar pulak semakin meriah dengan undangan rumah terbuka sana sini...tak kurang juga undangan kenduri kendara. Hmmm...hujung minggu ni saja aku dah dapat 3 undangan majlis perkahwinan. InsyaAllah...yang dekat tu dapat la menghadirkan diri, yang jauh tu mohon maaf la yea kerana tidak dapat hadir maklumlah baru lepas bercuti panjang. Hari ini berlangsungnya majlis perkahwinan salah seorang teman di Kelate...selamat pengantin baru Dira & suami. Semoga segalanya berjalan lancar, walau tidak hadir di majlis bersejarah korang namun doa aku sentiasa mengiringi kalian semua semoga jodoh dan kebahagiaan itu berkekalan sehingga akhir hayat...amin.




MERDEKA !

MERDEKA !

MERDEKA !


"SELAMAT HARI KEBANGSAAN YANG KE-55 TAHUN" 



Selamat ulangtahun kemerdekaan wahai Malaysiaku yang tercinta...semoga keamanan dan kesejahteraan yang dikecapi akan berkekalan & dapat dinikmati oleh generasi yang akan datang. Alhamdulillah...negara kita telah mencapai kemerdekaan selama 55 tahun. Semoga negara kita MALAYSIA terus aman, makmur dan diberkati oleh Allah SWT. Sama-samalah kita hayatilah erti kemerdekaan yang sebenar2nya dan hargailah sebuah kemerdekaan yang dikecapi. Salam kemerdekaan untuk semua...^_^






Saturday, August 18, 2012

Salam lebaran buat semua...:)


Salam penuh keceriaan untuk semua...:))

Sebulan sudah kita berpuasa, hari ini Ramadhan terakhir untuk kita semua tempuhi...sayu rasa hati untuk meninggalkan Ramadhan ini. Kata orang, kehadirannya dinanti, pemergiannya ditangisi, ketiadaannya dirindui. Begitu hebatnya Ramadhan. Namun tiba masanya ia akan berlalu jua...semoga di tahun2 akan datang kita semua masih berpeluang bertemu Ramadhan yang penuh barakah ini...insyaAllah. 


Sempena Syawal yang bakal tiba esok hari aku ingin mengambil peluang mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua teman2 serta seluruh muslimin dan muslimat. Di kesempatan ini ku menyusun sepuluh jari memohon kemaafan atas segala salah dan silap. Semoga aidilfitri yang diraikan membawa seribu satu erti kepada kita semua.


                        Walau langkah tak bertemu,
                        Tangan tak berjabat,
                        Ucap tak terdengar,
                        Mata tak bertatap,
                        Tapi izinkan hati memohon
                        Maaf Zahir & Batin……
 







Semoga berbahagia dan bergembira di samping keluarga tersayang
 
Bagi yang memandu, berhati-hati di jalan raya…
 
Salam lebaran buat semua...:)





 

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Salam penuh keceriaan & salam ramadhan untuk semua...:)




pic from wall fb




Setahun telah berlalu...kini Ramadhan yang penuh barakah tiba lagi. Alhamdulillah...syukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih diberi kesempatan bertemu dengan bulan yang mulia ini. Di kesempatan ini aku nak ambik peluang untuk ucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak 2012/1433H kepada rakan2 sekalian...salah & silap harap dimaafkan...:)


Esok dah puasa tau kawan2...so, jangan lupa niat plak malam ni yea...jommm sama2 kita niat puasa sebelum tido, karang terlupa plak...hehehe.





Saturday, December 31, 2011

2011 penuh kenangan....selamat datang 2012 !!

Salam penuh keceriaan untuk semua...:)

Wassup guys?? Agak lama menyepikan diri daripada dunia blogging, aku tak tau nak mulakan dari mana. Blur2 sotong plak jadi nyer...haishh!! Apapun syukur di atas nikmat dan anugerah Maha Pengasih kerana diri ini masih berpeluang bernafas di muka bumi ini dan menemui anda di ruangan ini. Coretan ini merupakan catatanku yang terakhir untuk tahun 2011. 

Yesszzaa!! Tinggal beberapa detik lagi kita akan melangkah ke tahun 2012 yang bakal hadir bersama cabaran yang baru. Sesungguhnya tahun 2011 meninggalkan aku dengan 1001 peristiwa suka, duka, pahit dan manis. Ku percaya apa pun yang telah kita hadapi dan tempuhi sepanjang tahun 2011 akan menjadi kenangan dan catatan sejarah dalam kehidupan kita semua. 

2011...Yuppp!! So many things have happened and I have learned a few things about myself, life and people around me. Satu pengalaman dan pengajaran yang sangat berharga dalam hidupku. Masa tidak akan berundur lagi. Setiap hari dan masa yang sudah kita langkaui itu, jika baik jadikan pedoman...jika sebaliknya jadikanlah sempadan. Selamat tinggal 2011...selamat datang 2012!! Selamat tinggal kenangan...selamat datang harapan. May 2012 brings the best for all of us!! InsyaAllah....^_^

Mengakhiri coretan ini aku tinggalkan korang dengan ceritera cinta bulan2 sepanjang tahun yang dipetik daripada wall rakan FB...hehehe.


Kehadapan JANUARY,
Apa khabar FEBRUARY...?
Tolong beritahu MARCH yang APRIL cakap
MAY akan datang sebelum JUNE,
Saya dengar JULY akan berkahwin
dalam bulan AUGUST,
Bagaimana dengan SEPTEMBER...?
Kirimkan salam saya pada
OCTOBER dan jangan lupa
beritahu NOVEMBER bahawa
kawan2 saya yg membaca warkah ini
akan menghadapi DECEMBER yang indah lagi...!
Selamat menyambut hari2 terakhir
di bulan December tahun 2011
dan SELAMAT TAHUN BARU 2012..!!


♥♥♥  Salam Sayang daripada Bintang Hati  ♥♥♥



Tuesday, November 22, 2011

Syabas & Tahniah Harimau Muda...We are the champion!!!

Salam penuh keceriaan untuk semua...:)


Hai selamat pagi Malaysia!!

Sekalung tahniah untuk seluruh pasukan bola sepak negara. Yesszzaaa!!! Syabas skuad Harimau Muda!! Tahniah Malaysia!! Akhirnya takdir menyebelahi kita untuk merangkul emas bagi mengekalkan kejuaraan berturut2 setelah mengharungi perlawanan selama 120 minit. Kemenangan melalui penentuan sepakan penalti akhirnya menamatkan debaran. Tiada apa yang lebih bermakna daripada menikmati kejayaan ini. Syukur alhamdulillah...terima kasih di atas semangat juang yang tinggi semua ahli pasukan...sokongan tak berbelah bagi daripada penyokong dan rakyat Malaysia. Kalian adalah wira dan kebanggaan kami rakyat Malaysia...we are the champion...yeahhh!!






Apa perasaan korang menyaksikan perlawanan semalam???


Fuhhh!!...dap dip dup...penuh debaran kan...nak gugur jantung dibuatnya. Memang tak senang duduk kan...hahaha. Macam2 aksi boleh dilihat...jerit2 depan tv...tepuk2 tangan sampai pedih tapak tangan...tumbuk2 bantal sambil peluk2 manja...melompat2 kegembiraan...kan kan kan?? Aku and the geng kat umah semalam pun tak tentu arah dibuatnya...bukan ramai pun kami bertiga jer tapi riuh rendah mengalahkan 30 orang...hehehe. Bukan apa... semangat beb!! Alhamdulillah...suara aku masih normal...masih lemak merdu untuk didengari...ekekeke.

Aku rasa happy sesangat...teruja...gembira...seronok...terharu...macam2 rasa ada pendek kata secukup rasa la. Korang pun sama kan...turut menikmati detik indah itu dengan perasaan bercampur baur kan...siap ada yang nangis2 lagi tu...elelele tak nak ngaku konon. Pelbagai emosi diluahkan...sana sini semua cerita pasal bola. Wall FB penuh dengan ucapan syabas & tahniah. Entri blogger2 pun semua pasal bola. Meriah2...


Go go go...Harimau Malaya!!

Majulah sukan untuk negara....Malaysia Boleh!!!

Friday, November 4, 2011

Salam Aidiladha

Salam penuh keceriaan untuk semua...:)

Menunggu detik untuk berangkat pulang
Saat yang dinanti-nantikan
Ku tinggalkan seketika rintik hujan kota
Debu debuan kota
Kebisingan & kesibukan kota
Bebanan kerja di kota
Aku ingin pulang ke pangkuan keluarga
Kembali ke desa tercinta
Melerai rindu bersarang di dada
Kepada teman rakan & taulan
Yang memandu pulang ke desa
Berhati-hati di jalan raya
Kerana kepulangan kita dinanti
Semoga perjalanan kita dirahmati
Selamat sampai ke destinasi
Sempena hari yang mulia ini
Ku susun jari sepuluh
Memohon maaf ampun dipinta
Salam Aidiladha buat semua
Semoga berbahagia di hari yang mulia ini...^_^ 


~SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA~



Thursday, November 3, 2011

Header daripada si kembar


Salam penuh keceriaan untuk semua...:)

Tragedi Oktober telah berlalu...kini November datang lagi. Pejam celik pejam celik dah masuk bulan November rupa nyer. Pasni bulan Disember...pastu masuk tahun baru pulak...cepatnya masa berlalu. Hari berganti minggu...minggu berganti bulan..bulan berganti tahun. Tetiba terasa rindu akan detik2 yang telah dilewati. Adesss...touching pulak memalam ni bertemankan lagu Menghitung Hari ni. Hmmm...menghitung hari detik demi detik...sesungguhnya tak sabar menunggu hari esok. Haishhh!! tak sabar nak balik kampung ni. Yeaayyy...esok malam balik kampung...:)

Hai guys, korang perasan tak yang blog my sweet corner ni dah ada header?? Haaa...tak perasan?? Napok bebeno kome2 dan mike2 semua ni tak masuk blog aku kan...huhuhu. Tak kisah la korang tak masuk ke..singgah sini ke..tapi aku nak kabo jugak...header ni adalah pemberian si kembar aku tu...Alia a.k.a Achik. Bagi mereka yang mengikuti blog ni mesti dah tau aku ada kembar kan...kalau yang belum tahu boleh baca kisah aku dan kembar2 ini kat entri ini dan juga di sini.






Amacam cantik tak hasil kerastangan Si Achik ni?? Berbakat dan kreatif juga si kecik ni rupanya...hehehe. Sekejap jer Achik buat header ni tak sampai setengah jam tu...tak sempat aku habiskan goreng keropok lekor, dia dah siapkan header ni. Kalau nak harapkan aku yang buat mau nyer berhari2 tu tak pun berbulan2 kot, pastu bukan jadi header...ntah apa2 la jadinya. Lagipun aku memang tak reti bab2 camni...tangan tak berseni la katakan. Aku suka ngan header ni...simple tapi comeyyy...sweet jer ada bintang kejora kat situ kan kan kan. Terima kasih daun keladi Achik...lain kali boleh la buat lagi...cayang Achik...muahhh3...^_*



Tuesday, October 11, 2011

Rindu kamu...sayang kamu

Salam penuh keceriaan untuk semua...:)

Hye...wassup geng?? Rindu kamu..kamu..kamu & kamu semua...^_^

Semenjak dua menjak ni aktiviti blogging aku memang slow...nak buka blog sendiri pun tak sempat, apatah lagi nak rewang2 kat blog orang lain...huhuhu. 

Sibuk. Masa terbatas.

Amboiii...kemain lagi kan...bz mengalahkan menteri...hehehe. Memang bz pun. Actually, aku baru pindah umah...so banyak benda nak kena buat...angkut barang, kemas umah & settlekan apa yang perlu. 

Sibuk ngan kerja pun satu hal. Berlambak2 tugasan yang nak kena siapkan. Kebetulan baru2 ni my lady boss dapat berpindah balik ke negeri kelahirannya, banyak plak aku nak kena cover. My lady boss yang baru dah ada tapi sehingga hari ni aku tak sempat berkolaborasi lagi denggannya. Hari pertama masuk unit aku, dia dah outstation...ada taklimat di Melaka. Minggu ni plak my lady boss nun jauh di Sabah. Adesss!! tak sempat lagi kami nak beramah mesra.

Sibuk...kekangan masa...nak hupdate pun tak sempat. Namun...sesungguhnya aku rindu. Rindu nak baca celoteh2 korang, tengok gambar2 korang, jenjalan skodeng2 blog korang, jerit2 tinggalkan tapak kaki kat shoutbox korang, komen2 entri korang...aduhhh...rindu serindu rindu nyer...

Terima kasih kepada kamu, kamu & kamu sekalian yang sudi bertandang ke sini. Don't worry be happy guys...aku akan berkunjung balas ke blog kalian. Kalau bukan hari ini, mungkin esok atau lusa aku akan menjengah...tungguuuuu ok. Apa yang penting tinggalkan jejak...InsyaAllah i follow...:)

Mmmuuaaahhhh!! 

Sayang korang...jumpa di sana...ehhh, jumpa di next entry...hehehe.




Thursday, September 1, 2011

Muslimah loving...lakaran untukku daripada rakan blogger





Salam penuh keceriaan untuk semua...:)

Masih lagi dalam mood merdeka raya...
saje nak share entry ni jap ngan korang semua...
Actually, sebelum raya lagi aku nak share entry ni ngan kengkawan semua 
tetapi busy ngan persiapan raya dan melayan karenah anak2 buah 
maka tak sempat la aku nak mengonlinekan diri.

Haaaa...ni adalah lakaran potret aku daripada seorang
rakan blogger iaitu Acik Apis. 
Kalau korang nak kenal ni la wajah Cik Bintang Hati dalam versi potret...
comey & ayu kan...mood terlebey perasan sudah...keh3. 
Jangan korang muntah darah plak membaca nyer yea...:)
Amacam?? Ada yang terjatuh chenta ke nengok potret yang cun melecun nih...muahaha. 

Acik Apis ni memang kreatif & berbakat tau. 
Semua hasil karya dia semua comey2, kiut miut, cun melecun, cantik tertarik memang daboom la. 

Tak percaya?? Korang pi la godek2 & usha kat SINI.
Dek kerana terpikat hasil karya dia untuk rakan2 blogger lain yang lawa2 tu...
aku dengan muka tak malu menghantar request kat email Si Apis tu...hehehe. 
Tak sangka plak cepat jer dia tunaikan permintaan aku tu...
tup2 dah terima email lakaran sudah siap. 
Sebijik gaya ngan foto yang ku kirimkan...thanks yea Acik Apis.

Kepada teman2 yang teringin nak request lakaran potret
yang comey cam aku nih, boleh la hantar gambar kat
apis_v2@yahoo.com atau bagi link gambar korang kat Apis.
Free je tau...tiada caj tersembunyi yang dikenakan...:)

Okey la...nak out dulu...nak sambung beraya kat umah pak sedara yang baru pulang ke rumahnya semalam. Acara makan2 lagi hari ni...bakar rusa ko...mesti sedap sehingga menjilat jari ni...hehehe. Sapa nak ikut moh ramai2 kita pi serbu...^_^




Sunday, August 28, 2011

Salam lebaran dariku untuk semua


Assalamualaikum...buat tatapan semua teman2ku...:-)



Salam Allah salam muktamat,
Salam Rasul penuh syafaat,
Salam sahabat salam keramat,
Salam umat mohon selamat.

Kian berlabuh tirai Ramadhan,
Lambaian Syawal kian dinanti,
Luhur hati ikhlas kemafaan,
Semoga kesalahan dimaafi.

Di Ramadhan suci yang berlalu ini,
Di ambang Syawal yang mengganti diri,
Tangan dihulur maaf memaafi,
Agar silaturahim kekal abadi.

Ada ketika mata silap memandang..telinga salah mendengar..lidah terlanjur berkata..fikiran khilaf mentafsir..hati silap menduga..walau langkah tak bertemu..tangan tak berjabat..ucap tak terdengar..mata tak bertatap...di kesempatan ini izinkanku memohon maaf atas segalanya...salam aidilfitri minal aidil walfaizin dariku untuk semua teman2...(^_^)

Semoga segala ibadah kita di bln Ramadhan ini mendapat berkat dariNya. Andai Syawal ini menjanjikan kegembiraan bersyukurlah. Sekiranya ia membawa kedukaan, bertaqwalah. Semoga kita diimpahi keimanan & keberkatan dariNya...amin.

~~SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...MAAF ZAHIR & BATIN~~



Monday, August 22, 2011

Wahhh...bestnya dapat special mengatar daripada si kembar...:)


Assalamualaikum & selamat malam...

Hahaha...malam ni senak perut2 aku dok gelak guling2 dengan telatah & gelagat geng2 housemate ni. Meriah betul...gege gegok oghe kelate kato...hehehe. Malam ni sebenarnya salah sorang housemate aku ni jalankan projek buat popia raya...so, aku yang baik hati ni ringan2 kan tangan memberi bantuan. Tapi yang tak tahan tu macam2 ragam & aksi daripada dorang malam ni...ada yang dok gulung popia, ada yang dok gunting, ada yang dok menggoreng, ada yang dok tengok jer sambil2 makan kuih juadah berbuka tadi...yang dok tengok jer tu yang tak leh blah betul siap dok gelak2 lagi tu dengan cerita dongeng nyer...hahaha. Riuh rendah ngan gurau senda anak2 dara ni...seronok plak ramai2 buat kuih camni...:)

Ohhh yer...popia ni simple jer tak bubuh serunding pun...just gulung2 pastu gunting & goreng. Selepas siap digoreng tabur ngan serbuk nestum yang telah dimesin ngan gula. Simple... senang...tapi sedap dimakan. Kalau dah start makan memang susah nak behenti...rasa nak mengunyah terus...kalau tak disimpan alamatnya tinggal balang jer la kuih kawan tu dikerjakan bebudak ni...hahaha.

Sebelum masuk tido aku jenguk2 blog jap tapi tak sempat nak blogwalking...tetiba tengok adik kembarku Si Angah tu dok jerit2 kat shoutbox suruh pi jenguk mengatar yang dia buat special untukku. Dengan sepantas kilat aku terus pi terjah sana. Wahhhh...best nyer...soooo cute, comey & gorgeous...Along suka sangat2 siap pakai spek mata hitam lagi tu...hehehe. Tq so much dear...cayang Angah ketat2...muahhh!! Malam ni bleh la Along mimpi gi holiday di Paris...nanti kita jumpa Along belanja Angan & Achik yea...(^_^)/...

Nak tengok mengatar yang sangat2 special tu jangan la korang malu2 rimau jenguk kat blog kembarku itu...dah tengok tu jangan jeles plak okey!! Gudnite...sleep tight & sweet dream all...adiosss.


 

Sunday, July 31, 2011

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan


Salam penuh ceria di hujung minggu pada kengkawan semua...:)



Kian berlabuh tirai Syaaban,
Lambaian Ramadhan kian dinanti,
Luhur hati ikhlas amalan,
Moga segala ibadat Allah berkati.

Ya Allah 
Jadikan permulaan hari ini
dengan penuh kebaikan 
pertengahannya membawa kejayaan &
bahagian akhirnya suatu keberuntungan

Ya Allah
Jadikan awalnya rahmat
pertengahannya nikmat dan
penghujungnya penuh berkat
Amin...

Syukur...Allah mengizinkan kita mengecapi nikmat Iman & Islam...
Syukur...Allah mengurniakan kita satu bulan yang penuh dengan barokah...
Syukur...Allah jadikan padanya satu malam yang lebih baik dari seribu bulan...
Syukur...Allah naungi kita dengan rahmat dan hidayahNya...
Syukur...Allah pertemukan lagi kita dengan bulan yang mulia ini...
" Ramadhan Al-Mubarak"

~ Alhamdulillah ~


Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan...
Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak & selamat menjalani ibadah puasa kepada semua teman2ku sekalian...:)




Wednesday, July 27, 2011

Wowww!! Aku ada kembar beb...

Hai selamat malam guys!!

Waaaa...terharu nyer...huhuhu. Entri ni special dedicate to my twins. Wahhh!! aku ada kembar ko...jangan jeles...ngeh3. Sebelum ni aku ada join segmen mari mencari kembar anjuran Cik Najihah. Alhamdulillah...tak sangka u akhirnya berjumpa juga dengan kembar2 ku. Bukan sorang tau tapi dua orang adik kembar pompuan yang comey lote & cute miut...hehehe. Kami berkongsi tarikh lahir yang sama iaitu 14 Februari. Antara kami bertiga aku yang paling tua...kira aku kakak sulung la kan (along)...Ain Syazana yang tengah (angah) dan Alia adik yang paling bongsu (achik). Amacam?? best kan...semua ada along, angah & achik...^_*

Woww!! rase cam best plak perasaan ada kembar ni...kami bukan kembar seibu & sebapa...bukan kembar seiras...bukan juga kembar siam...tetapi hanya kembar blogger yang berkongsi tarikh lahir yang sama tetapi seronok sesangat...hehehe...Korang nak kenal ngan adik2 kembar ku yang comey2 tu?? Meh kita berkenalan ngan mereka...p la korang usha2 dorang...nak lebih2 korang kena mintak izin ngan kak long dia dulu tau...muahaha...


AIN SYAZANA

ALIA 



p/s : to my dear twins...nice to know you all...keep in touch okay & take care....mmmuuaahhhh!!! love u all...:)

Sunday, June 19, 2011

Ayah...terima kasih atas segalanya...

 
 
Ayah....
Disebalik raut wajah garangmu, terselit satu Semangat.
Disebalik ketegasanmu, terselit satu Amanah.
Disebalik kata-katamu, terselit satu Nasihat.
Terima Kasih Ayah....
Bersyukur padamu, hingga menjadikan aku Manusia hari ini.

Monday, May 16, 2011

SELAMAT HARI GURU


"SELAMAT HARI GURU"
&
TERIMA KASIH CIKGU

Jutaan terima kasih kepada semua guru2 yang telah bersusah payah & tak mengenal jemu 
mengajar dan mendidik anak bangsa mu ini...
Betapa teguh dan cekalnya jiwa mu bersabar dengan pelbagai karenah & kenakalan anak2 didik mu. 
Terima kasih cikgu di atas segalanya.
Segala jasamu akan tetap ku kenang.
Sesungguhnya engkaulah pelita hati dan penyuluh jiwa ku...^_^


Sunday, May 8, 2011

Kau Ratu Hatiku


Ibu
Mama
Mummy
Ummi
Mak

Apa pun panggilan untukmu
Wanita itu adalah seorang insan yang teristimewa
Keranamu lahirnya ku di dunia ini
Segala kasih sayang dan pengorbananmu
Sangat tulus dan suci

"SELAMAT HARI IBU"

Ibu...ibu...engkaulah ratuhatiku
Luv u Ma






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...