Showing posts with label lawak muka bumi. Show all posts
Showing posts with label lawak muka bumi. Show all posts

Sunday, October 16, 2011

KISAH 'BILIK TERAKHIR' DI PENJARA PUDU

Peringatan : Ini adalah kisah serammmm!!! Jangan baca sensorang....

Kisah ni betul2 terjadi.....takut seh....patut la penjara tu cam menyeramkan.....huhhh!!!!!! Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja...

Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil 'Bilik Terakhir'. Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup. Dinamakan 'BILIK TERAKHIR' adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terkahir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya di bilik gantung. Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap,menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka.

Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut. Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula. Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.

Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan 'Bilik Terakhir' itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut. Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu. Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu? Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu.

Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau- ninjau di dalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila apabila sampai je ke dalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata, 'Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa' 'Ahmaaaaaad Albab yang punyaaaaaa' Ha Ha Ha Ha Ha..... 'Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab yang punyaaaaaa...!!!' 




Hehehehehee......time kaseh coz dengan kusyuknya korang baca....kisah ni aku dah lupa ambik kat mana tapi ada tersimpan dalam note FB aku...:)




Tuesday, June 28, 2011

Pssstttt...nak tahu rahsia tak??


Haiii kengkawanku yang hensem bergaya & cantik jelita....selamat petang semua....:)

Rasa2 korang apa yg aku rasa saat ini??...dan apa pulak yang korang rasa yer?? Hmmm...tak kisah ler apa yang aku rasa dan korang rasa...petang ni aku ada benda nak share ngan korang...ada something yang aku nak bagitau korang semua...nak tahu tak?? kalau nak tau jommmm baca kat bawah....nanti korang akan tahu rahsia tu...jangan lupa baca sampai habis tau....selamat berjaya!!!!

1- Eermmm...nak cakap sikit neh kat korang.. baca NO 5
2- Mmmm..camne ekkk nak cakap? Baca je la NO 8
3- Nak tau erkk? ermmm...baca NO 9
4- Huhh..daripada pening baik baca jap NO 15
5- Camne ekkk nak cakap...baca NO 17 je k..
6- Kite nak cakap sekarang tapi lebih baik baca NO 16
7- Kite akan cakap tapi baca dulu NO 2
8- Yang kite nak cakap neh simple jek..tapi baca dulu NO 4 k?
9- Tak payah la berdebar2 camtu...cuma baca jap NO 18
10- Belum lagi la...baca NO 19 ye..
11- Dah penat erkk? rilek ler...baca jap NO 13
12- Sebenarnya kite nak cakap kalau...(ahh baca no 3 la)
13- Tinggal sikit jek lagi baca NO 20
14- Arrghh...penat nih..baca NO 1
15- Adush...dah pening dah ni.. baca la NO 6
16- Lorh...masih tak paham lagi ker? Baca NO 12
17- Adesss...nak cakap neh..baca NO 7
18- Kite tak tau kalau awak paham..tolong baca NO 10
19. Baca NO 11 dengan tenang ye..nanti awak akan tau..
20- Okey2...sekarang kita cakap..baca NO 14...tapi slow2 jek k...



hahahahaha....amacam dapat jawapan tak...ape rahsia tu???....jangan marah yer kengkawan...terapi di petang hari untuk menghilangkan mengantuk....peace...(^_^)/

Monday, June 27, 2011

MAK APAN HILANG!!!

Salam penuh ceria untuk semua...:)

Hari ni aku nak kongsi satu cerita...pasti tersengih jer bila korang baca ni...enjoy it!!!

Pagi tadi di opis, dalam pukul 9, sedang gua cover line klik fesbuk sikit sikit, Apan mundar mandir belakang gua dengan muka kusut masai. Dari tadi gua tengok Apan hilang punca di sekitar sektor operasi. Muka macam ada masalah.

“Lu kenapa ni Apan?” - Gua tanya demi meminta kepastian. Gua dengan Apan ni kira ngam juga la. Budak Kedah, umur muda sikit dari gua dan tak berapa hensem. Kalau tatap muka dia lama lama boleh naik menyampah juga. Dia baru setahun kerja dengan kompeni gua. Sebelum masuk sini, Apan banyak hendel bisnes sendiri dan selalu rugi.

“Mak gua hilang la..” - Apan berbisik perlahan.
Gua punya ler terperanjat! “Mak lu hilang? Bila hilang?” - dada gua tiba tiba mengepam keluar masuk laju laju. Berdebar tak payah cakap la, kencang macam kuda.

“Petang semalam..dah cari merata tapi tak jumpa”.
Apan berlalu meninggalkan gua menuju ke bahagian budak budak human resource. Gua tak tahu apa benda yang dia sedang fikir dalam kepala. Gua nak tanya lebih lebih risau kena pukul pula.Apa yang gua tahu sikit sikit, mak dia memang duduk rumah tak kerja, ayah dia kerja penolong kanan lagi dua tiga tahun nak pencen.

Kira kira lima belas minit kemudian, dari jauh gua nampak Apan berjalan semula masuk ke sektor operasi. Kali ni muka dia tak kusut macam tadi dah, sebaliknya ceria macam muka Lan kumpulan the typewriter.
“Mak gua dah jumpa..” - kelegaan jelas terpampang di bibir Apan.

Gua cepat cepat bersyukur: “Alhamdulillah...Jumpa kat mana?”,
Dan dengan penuh keceriaan, jujur, ikhlas, tawadduk serta wajah disinari warna warni rama rama yang tiada belas kasihan pada gua, Apan membalas padu:
“Dalam sinki penteri.”

Gua terus tendang kompiter sampai bersepah atas lantai.
MUG la Apan..MUG..!!, pronounciation macam jahanam! Sia sia gua berdebar. Pagi pagi sudah bikin hati membara.

HAHAHAHAHA!!!!!!!

p/s : sumber daripada e-mail...:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...