Hmmm...dah agak lama tak jenguk blog ni dan agak lama juga aku tak update blog pada waktu malam. Balik kampung tempoh hari, my beloved lappy ni ada problem sikit...so, terpaksa ditinggalkan kat kampung untuk dibetulkan apa yang patut. Time tu juga la dia nak buat onar pun...sengaja nak boikot aku la ni...huhuhu. Apa pun rindu sesangat ngan my lover ni.
And now...aku kat kampung lagi. Yeaayyyy!!! Balik kali ni pun tak dirancang, on the spot je follow my cousin. Walau apa pun situasi, balik kampung memang best.
Haishh!! dah lama rasa nyer tak jenguk my sweet corner ni...Cuti hari tu bukan main bersemangat & berkobar2 lagi nak meng'update' blog (konon2 la...hangat2 tahi ayam jek la). Sekali bila dah balik kampung banyak plak aktiviti nak buat...huhuhu.
Sebenarnya bukan ada ape2 aktiviti pun tapi entah la bila dok kat kampung tu cam banyak plak benda nak buat. Tambah2 plak umah meriah ngan adik beradik & anak2 sedara. Ishhh...tak menang tangan melayan karenah dorang. Seronok berkumpul ramai2 cam nak raya lak rase...hehehe.
Balik bercuti di kampung memang best tapi yang tak bestnya hari2 terakhir berada di kampung aku diserang demam la plak. Aduiii...sampai ke post ni dibuat pun tak baik2 lagi ni...huhuhu. Harap keadaan akan kembali normal...tak larat la beb!!
Pejam celik...pejam celik...diam tak diam dah hampir 2 bulan rupanya aku di perantauan ni. Sekejap jer masa ni berlalu, kini aku menjadi salah seorang warga yang menjalani rutin harian di kotaraya besar ni. Actually, aku tak pernah menetap kat kotaraya ni cuma selalu gak datang sebelum ni untuk hadiri kursus. Hmmm…aku tak suka dengan kehidupan di bandar besar camni, mungkin dah sebati ngan kampung kot. Timbul tanda tanya gak di hati ini…mampukah aku menjalani kehidupan di sini?? Sampai bila aku boleh bertahan?? Hmmmm….???
Seperti orang lain jugak, mungkin rasa janggal berada di daerah yang terlalu asing…terasa pressure dengan persekitaran yang kurang biasa bagi kita. Apa pun hidup mesti diteruskan. Aku berharap aku akan tetap kuat dan tabah untuk menghadapi semua ini seperti yang pernah aku lakukan sebelum ini. InsyaAllah senyum dan tawa sentiasa menghiasi diri ini walau gelodak melanda di jiwa.
Cabaran hidup di kotaraya ni sungguh mencabar…memerlukan kekuatan fizikal dan mental. Sepanjang tempoh ni banyak situasi yang aku alami. Alhamdulillah...so far so good. Semoga aku akan terus diberi kekuatan olehNya supaya sabar & tabah untuk menjalani kehidupan ini. Betapa rindu nyer aku pada suasana kedamaian & kehidupan di kampung. Tetiba hati jadi sayu lak teringatkan kampung halaman...huhuhu!!!