Assalamualaikum & selamat tengahari semua...:)
Hari ni topik pasal bola Malaysia vs Singapura masih hangat diperkatakan. Macam2 kenyataan & ulasan yang kita dengar..aku pun banyak dengar ulasan bab tu dalam pelbagai versi. Para blogger pun rata2 dok update pasal perlawanan semalam...status FB usah cakap la kan...wall penuh ngan update pasal bola jer...:)
Dalam dok sibuk2 membicarakan isu bola...ofis ni dilanda kesuraman lak pagi ni...sayu & pilu bermain di jiwa aku, kau dan dia...alam pun seakan mengerti dengan menumpahkan airmatanya menangisi perpisahan ini...ececehhh bersastera la plak ko. Tapi aku tak tipu tau...pagi2 lagi hujan turun dengan lebatnya. Ini bukan ceritera cinta tiga segi yea...ini kisah detik-detik terakhir bersama mu...huhuhu. Semalam aku dah cite ada acara makan2 kat ofis kan?? Hari ni pun ada majlis perpisahan meraikan salah seorang rakan sepejabat. Kalau semalam tuan empunya diri yang meraikan kami...hari ni pihak jabatan plak yang meraikannya. Semoga ukhuwah yang terjalin antara kita tetap utuh untuk selamanya...
Selamat jalan Kak Bibie...walau perkenalan kita hanya sekejap cuma tapi aku cukup gembira kerana berpeluang mengenalimu. Kau seorang kakak yang baik, peramah serta murah hati...menerima aku & the geng seadanya ...sedangkan kami tau kewujudan kami di sini tak dipandang sebelah mata pun oleh insan2 yang lain. Kenapalah orang yang baik selalunya cepat meninggalkan kita...orang yang berlagak & bodoh sombong ni juga lah yang tak reti2 nak berambus...opppsss!! terlebey suda...Apa pun all the best pada Kak Bibie semoga happy di tempat baru & jangan lupakan kami di sini. Lepas ni dah tak bleh rasa masakan akak lagi...marvellous serta terbaekk dari dapur...wawawa!!!
Bertemu dan berpisah adat manusia biasa
Hilang di mata tapi di hati tidak lupa
2 comments:
biasalah
dalam kehidupan tiada apa yg kekal kecuali Allah
:-)
selamat berpuasa
http://hanspunyablog.blogspot.com/2011/07/kontest-menang-duit-raya.html
@hans...selamat menyambut bulan ramadhan & menjalani ibadah puasa juga yea...:)
Post a Comment