Showing posts with label ilham pujangga. Show all posts
Showing posts with label ilham pujangga. Show all posts

Wednesday, April 27, 2011

Sekadar renungan



Apalah ada pada nama,
Kalau tak seindah maknanya…
Apalah ada pada rupa,
Kalau tidak secantik budi pekertinya…
Apalah ada pada jiwa,
Kalau tidak semurni hatinya…
Apalah ada pada insan,
Kalau miskin segala-galanya…

Ilmu itu…
Kehidupan hati dari kebutaan,
Sinar penglihatan dari kezaliman,
Dan tenaga badan daripada kelemahan.

Ilmu yang dikaji melalui deria…
Cuma mampu bertapak dihati.
Ilmu yang dikaji melalui hati…
Akan meresap ke dalam jiwa.

Sempurna ilmu kerana akal,
Sempurna agama kerana tawakkal,
Sempurna akal kerana niat,
Sempurna kehormatan kerana wibawa…

Merangkak dan akhirnya mencapai cita-cita
adalah lebih baik daripada berlari
tetapi putus asa di tengah jalan…

Kesedaran walau sesaat
Lebih berharga daripada
penyesalan sepanjang hayat…

Sunday, February 20, 2011

INGAT KU DALAM DOA MU


Kadang Kala Kita Merasa
Dekat Sangat Pada Seseorang
Tetapi Tak Tercapai Tangan Kita
Untuk Mengenggam Tangannya...

Kadang Kala Hati Kita Merasa
Rindu Sangat Pada Seseorang
Tetapi Hati Kita Selalu Berkata-kata
Aku Takut Untuk Meluahkannya...

Kadang Kala Hati Kita
Teringin Sangat Untuk Bersamanya
Tetapi Hati Kita Sering Berkata-kata
Aku Takut Untuk Mendekatinya...

Kadang Kala Kita Ingin Berseorangan
Tetapi Hati Kita Takut Dalam Kesunyian...

Kadang Kala Hati Kita Ingin Mengambil Berat
Pada Orang Yang Kita Sayang
Tetapi Hati Kita Sering Berkata-kata
Aku Takut Untuk Di Salah Ertikan...

Rupa-rupanya...Kita Memang Berjauhan
Yang Tak Mungkin Tercapai Tangan Ku
Untuk Ku Mengenggam Tangan Mu...

Kini Ku Kirimkan Hati Ku
Sebagai Pengganti Diri
Agar Ia Sentiasa Dekat Pada Mu...

Agar Persahabatan Yang Terjalin Ini
Kekal Untuk Selamanya...
Walaupun Diri Ku Tidak Muncul
Di Hadapan Mu...

**** INGATI DAKU DALAM DOA MU ****


sumber >>> tagged

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...