Showing posts with label secebis kisah masyarakat. Show all posts
Showing posts with label secebis kisah masyarakat. Show all posts

Friday, August 5, 2011

SEHELAI BAJU RAYA MENYAPU SI AIR MATA


Assalamualaikum w.b.t....

Salam penuh keceriaan di petang Jumaat yang penuh barokah ini...alhamdulillah hari ni dah 5 Ramadhan dan 5 hari juga la kita semua umat Islam menjalani ibadah puasa. Syukur kita masih diberi kesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan kali ini dan menunaikan kewajipan kita. Lagi 25 hari nak raya...ehhh...awal2 lagi dah cite pasal raya ni pe kes beb?? Bukan aku semangat nak sambut raya tau tapi nak kongsikan info berkenaan sambutan raya juga ni...:)

Pagi ni aku menerima e-mail daripada saudara Jamaludin Bahari, admin laman web kerja kerajaan.com. Memandangkan aku memang mendaftar di laman web tersebut aku sentiasa menerima e-mail update daripada mereka. Hmmm...kali ni saudara Jamal bukan berkongsi info tentang jawatan kosong kerajaan tetapi info tentang satu program yang dinamakan SEHELAI BAJU RAYA MENYAPU SI AIR MATA. Program tersebut untuk mendapatkan sumbangan daripada orang ramai untuk memberikan baju raya BARU kepada anak2 yatim di seluruh Malaysia, terutamanya di bahagian pedalaman. 

Program ini telah dilancarkan oleh SINAR HARIAN pada minggu lepas dan ternyata mendapat perhatian ramai pihak termasuk pihak kerajaan, artis, usahawan, dan orang umum. Tahun ni dengar cerita Kak Ogy akan turun padang...alhamdulillah semakin ramai yang ingin turut serta membantu. Jadi kita bila lagi?? Marilah sama2 kita menghulurkan sumbangan walaupun kecil...tambah2 di bulan yang mulia ini semoga amalan kita diipatgandakan pahalanya oleh Allah s.w.t. Sehelai baju sudah memadai...yang penting ikhlas. Mungkin dengan sumbangan yang kecil daripada kita semua dapat memberi secebis sinar kegembiraan buat mereka di pagi syawal...Kita amat bertuah jika dibandingkan dengan mereka yang kehilangan ibu bapa tempat untuk bergantung dan menumpang kasih...huhuhu.

So, aku buat entri ni untuk sama2 berkongsi info & mengajak kengkawan semua untuk menyumbang jika berkemampuan/ sudi/ ikhlas...tiada paksaan. Aku yakin dan percaya rakyat Malaysia ni pemurah & dermawan. Apa salahnya jika kita berkongsi rezeki yang diperolehi dengan insan2 yang memerlukan. Jika kawan2 berniat untuk menghantar sumbangan baju raya BARU (baju melayu @ baju kurung) boleh la layari laman web khas di bawah ini :


"Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah".


Saturday, July 2, 2011

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul...

Salam penuh ceria untuk semua...

Hmmm...dua tiga hari ni aku menghadapi masalah sikit untuk buka blog. Tak tau la nape...mungkin line tak berapa ok kot sebab tu asyik problem loading page je...huhuhu. Semasa santai2 kat blog BEN ASHARI tadi aku terbaca satu entri tentang dugaan yang dihadapi oleh sebuah keluarga yang masih baru dalam melayari hidup berumahtangga. Kisah yang sangat menyentuh hati...sayu & sebak tatkala membaca kisah ini. Ya ALLAH, beratnya ujian...semoga ALLAH mudahkan semuanya...insyaALLAH. Terlalu besar dugaan yang ditanggung oleh mereka sekeluarga. Berat mata memandang, berat lagi bahu mereka yang memikulnya. Semoga keluarga mereka diberi kekuatan & ketabahan untuk menghadapi ujian ini. Mari la kita berdoa semoga Norma cepat sembuh & dapat menjalani kehidupan yang normal disamping suami dan anaknya. Sama2 la kita hulurkan bantuan ringankan beban mereka.


               *********************************************************************************

Hari nie ada special entry sikit...Aku sendiri tak tau nak start dari mana dan nak start macamana..

Kalau korang perasan sorang blogger nie.. nama dia Moon.. dia antara kawan yang terapat dengan aku.. dan kalau korang follow blog Moon.. korang mesti tau masalah yang dia dan keluarga tengah hadapi sekarang.. Sebenarnya Moon dah puas fikir panjang samada nak buat benda ni atau tak perlu... so sebagai kawan, aku rasa takde salah pon kalau Moon nak teruskan niat dia.. yang penting dia tau niat dia ikhlas... 

-Norma-

Adik ipar Moon menderita menghidap cancer... memula aku dapat tau.. aku pon macam terkejut jugak.. sebab adik ipar moon nie baru jugak kahwin.. lepas tu mengandung.. dan Alhamdulilah selamat melahirkan bayi lelaki yang comel dan sihat.. kita panggil je dia Norma ye.. so, selepas Norma melahirkan anak pertama dia tetiba jatuh sakit.. aku ingat lagi masa tu Moon kata ingatkan penyakit misteri.. siapa tak sedih? orang lain selepas melahirkan anak, gembira menyambut kehadiran orang baru.. lagi-lagi anak pertama.. buat yang ada pengalaman manisnya memeluk anak pertama mesti faham bahagianya rasa tu.. 

-Norma bersama Rafiq-

tapi Norma tidak menerima nasib sebegitu.. selepas je bersalin Norma stay di rumah Moon.. nasib ada kakak ipar dan abang ipar yang penyayang, prihatin dan mengambil berat.. Moon lah yang menguruskan anak Norma yang bernama Rafiq. bila pegi hospital, buat check up semua.. barulah tau yang Norma sebenarnya menghidap cancer.. sebak mengenangkan nasib Rafiq yang baru lahir tapi tak sempat merasa belaian seorang ibu.. tak sempat merasa susu ibu.. ok aku sebak. hmmmmm..

Suami Norma, Talib ke hulu ke hilir menguruskan isteri yang terlantar sakit.. aku tak boleh bayangkan bila Moon selalu datang melawat Norma sambil bawak Rafiq... Norma hanya mampu pandang tak mampu membelai bayi kecil itu.. tabahnya Talib suami Norma.. hanya Tuhan yang tau apa ada di hati Talib.. apa ada di hati Norma saat melihat Rafiq.. 

-siapa sangka selepas setahun perkahwinan, dikurniakan cahaya mata dan bermula sebuah penderitaan-

-Talib sentiasa ada disisi isteri-

Dugaan bertimpa-timpa.. sampai Talib pon aku tengok dah susut sangat badan dia.. condition Norma plak tak menentu.. kadang lepas operation dia ok.. kadang dia tak ok.. hati mana lah yang sanggup tengok penderitaan ditanggung mereka..

-Talib bersama Rafiq-

-tangan Norma yang lebam-

-gambar terkini baby Rafiq-

Moon dan suaminya Sutan ni aku kenal dah lama.. diorang baik dan lembut.. aku tau Moon malu, Talib malu nak mintak tolong aku buatkan entry nie.. tapi berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.. dalam serba salah tu aku rasa tak pelah Moon, kita usaha je..

kepada sesiapa di luar sana yang rasa ingin sama-sama mengurangkan beban Talib.. korang boleh buat sumbangan ikhlas.

cimb


01070068677528


Noormawati Mohd Rasif


aku rasa ramai yang nak membantu, cuma tak tau cara.. ini tiada paksaan langsung.. tak kira lah kalau kita mampu nak derma RM5 sekalipon, janji ikhlas..kalau ada sikit-sikit sumbangan ikhlas dari korang utk Norma, InsyaAllah duit tu akan keluarga dia gunakan untuk kos rawatan Norma yang menelan belanja ribuan ringgit.. baru-baru nie kos untuk injection je dah menelan belanja 10K.. sumbangan tu juga akan digunakan utk bayaran ambulans.. kos untuk beli susu untuk Norma minum.. dan mungkin selepas ni keluarga Moon akan ikhtiar perubatan-perubatan lain yang dah tentu memerlukan belanja.
 
Moon malu nak buat benda ni actually.. nampak macam meminta-minta..tapi yang penting niat demi untuk membantu Talib dan anak dia Rafiq, maka Moon dan Sutan terpaksa tolak perasaan malu ke tepi..lagipon aku rasa tak salah kot.. bukan paksaan.. kot-kot korang ada rasa nak bersedekah boleh lah bantu-bantu ringankan beban orang yang dalam kesusahan..

hanya Tuhan yang dapat membalas jasa murni atas sumbangan ikhlas korang.. Sama-sama kita doakan semoga keluarga Talib dilindungi Allah dan semoga Norma cepat sembuh supaya dia berpeluang melihat Rafiq membesar di depan mata dan dapat mencurah kasih sayang buat suaminya Talib... Amin....

TOTALLY COPY & PASTE dari KasihAleeya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...