Friday, July 8, 2011

Sebab hati tak bahagia...apakah??


Assalamualaikum...w.b.t...



Bahagia itu fitrah tabie manusia. Semua orang ingin bahagia. Manusia sering mencari dan memburu kebahagiaan.  Bahkan, apa sahaja yang diusahakan dan dilakukan oleh mereka adalah untuk mencapai bahagia. Tapi bukan bahagia tinggal di hospital bahagia yer kawan2 sekalian...:P

Malangnya, keinginan manusia untuk bahagia sering tidak kesampaian. Ini disebabkan ramai manusia tidak tahu apa makna bahagia sebenarnya dan mereka juga tidak tahu bagaimanakah caranya untuk mendapatkannya. Kebahagiaan seseorang bermula daripada hati yang bahagia. Namun tak semua orang memiliki hati yang bahagia kerana adanya mazmumah di dalam hati. Sekadar berkongsi & muhasabah diri di hari Jumaat yang barakah ini marilah kita sama2 renungkan & selidik hati kita...


Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam
Tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki
Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu.

4. Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit.(rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..(derma).

** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk yang lain.

5. Tamak
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut... walau berapa banyak yang diminum tetap tak habis juga...lagipun orang tamak selalu rugi..

** Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita.(mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak-banyakkanlah bersabar bila hadapi dugaan..contohnya time kerja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja)

7. Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya.

**Allah marah kalau kita riak..takabbur dengan apa yang kita ada...

9. Cinta dunia
Tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. - bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh/solehah. ..

** Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulannya :

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya....tetapi ialah MAZMUMMAH.

**Makin tinggi mazmummah seseorang....makin ia tidak BAHAGIA.**

Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. Jadi..sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia ... buruklah padahnya...

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari....
Dia datangkan petir dan kilat....
Kita menangis dan tertanya-tanya,
Ke mana hilangnya sinar....
Rupa2nya....Allah nak hadiahkan kita pelangi indah."


Cebisan Perkongsian Drpd:  

Dr Hayati Mohd Radzi
Pegawai Kesihatan Keluarga
Jabatan Kesihatan Negeri Kedah

2 comments:

Nasz said...

ilmu baru ni..thanx sudi share..

jemput ke blog saya ye?

MOHD NASER.com

BiNtaNg HaTi said...

@nasz...sama2..semoga kita sama2 dapat manfaat drp apa yg disampaikan...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...