Showing posts with label ceritera cinta. Show all posts
Showing posts with label ceritera cinta. Show all posts

Monday, October 24, 2011

~Bagaimana Menyayangi Seseorang~

‎



1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu hubungan
berdasarkan perasaan, ia hanya akan gagal karena perasaan senantiasa berubah dari masa ke masa.

2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sebenarnya seorang yang istimewa dan biarkan dianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia karena sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya karena dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sekali kali mencuba untuk mempermainkan keluhuran cintanya.

4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan membuat alasan supaya dia menerima cinta anda karena kelak, yang akan anda dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.

5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia karena dia telah cukup sempurna semenjak anda mulai terpikat padanya.

6. Percaya akan dirinya. Senantiasa berbaik sangka padanya, jika kita juga menginginkan begitu darinya . Pastikan anda akan senantiasa memperlakukan diri anda pada tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apalagi dia.

7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, niscaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa alasan. Dia bukan hanya akan menangis kecewa dan kemudian meneruskan hidupnya seperti biasa, ketahuilah bahwa jiwanya akan mati secara perlahan.

10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, mendapatkan hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda peroleh setelah anda berjaya menyayanginya hingga akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah karena dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha dengan segala upaya untuk memenangkan cintanya, maka dengan itu haruslah anda juga berusaha untuk terus mencintai dirinya apapun keadaannya.





 p/s : perkongsian artikel daripada rakan sekerja...tq Nad...^_^



Tuesday, July 12, 2011

Anda dilamun cinta??...check sini...

Assalamualaikum teman2 sekalian…

Cinta...satu pengalaman yang dikatakan cukup indah dan kehilangan cinta dikatakan cukup pedih dan menyakitkan. Hmmm….bagi aku yang tidak pernah mengalaminya tak boleh la komen lebih2 mengenai perasaan bercinta atau putus cinta ni…hehehe. Sambil lepak2 tengahari ni apa kata korang baca ni jap…mana la tau kot2 sama dengan apa yang korang rasa & alami sekarang...^_^

Jommm…check it out!!!




Cara untuk mengetahui kamu mencintai seseorang...

12:
Kamu bercakap dengan dia hingga lewat malam dan bila kamu tidur, kamu masih teringat padanya.

11:
Kamu berjalan dengan perlahan sekali bila bersama dengannya.

10:
Kamu rasa serba tak kena bila berjauhan dengannya.

9:
Kamu akan tersenyum bila kamu mendengar suaranya.

8:
Bila kamu memandangnya, kamu tidak nampak orang lain di sekeliling. Kamu hanya nampak dia...

6:
Dia adalah segalanya yang kamu ingin fikirkan.

5:
Kamu perasan kamu sentiasa senyum apabila kamu memandangnya.

4:
Kamu akan melakukan apa sahaja untuk membolehkan kamu berjumpa dengannya.

3:
Semasa kamu sedang membaca ini, dalam fikiran kamu terbayang wajah dia sahaja.

2:
Kamu begitu asyik memikirkan tentang dirinya sehingga kamu tidak perasan bahawa nombor tujuh hilang/tiada.

1:
Kamu akan balik ke atas untuk memastikan adalah betul tiada no. 7 dan kamu akan tergelak sendiri....hahaha....^_^


sumber >>> FB


Monday, April 11, 2011

Erti sebuah kejujuran


 
Kita sering inginkan kejujuran dalam perhubungan, sedangkan kita sendiri tidak mampu untuk bersikap jujur dengan insan yang kita sayangi, itupun jika kita sayangi dia seperti mana dia menyayangi kita. Benar…bukan mudah untuk kita bersikap jujur kerana ada ketikanya kejujuran itu seperti sembilu yang sedang menunggu masa untuk menghiris kecil hati dan perasaan kita. Tapi…adakah penipuan akan berterusan tersembunyi kemas dalam genggaman?? Benarkah penipuan yang kita lakukan tidak akan terbongkar dan akan sentiasa tersimpan?? 

Tiada insan yang sempurna dalam alam ciptaanNya, biarpun kita ingin menjadi yang terbaik, yang sempurna di pandangan insan tersayang. Namun jangan sesekali kita mempermainkan kepercayaan yang dia letakkan pada diri kita. Kepercayaan yang diberikan seringkali dipermainkan seolah-olah kepercayaan itu adalah satu permainan yang menyeronokkan. 

Kejujuran adalah sesuatu yang sukar untuk kita sematkan dalam perhubungan yang kita bina biarpun hubungan itu telah lama terjalin. Sukar untuk kita bersikap jujur, berkata jujur kerana kita lebih memikirkan mengenai perasaan yang bakal mereka rasakan apabila kita bersikap jujur. Namun harus diingati, kerana penipuan yang kita lakukan apabila terbongkar akan lebih menyakitkan daripada kejujuran yang kita berikan padanya. Bersikap jujurlah mengenai perasaanmu. 



Katakan benci jika benar dia kau benci. 
Katakan sayang jika benar dia kau sayang. 
Katakan rindu jika benar dia kau rindui.
Katakan hanya persahabatan yang dapat kau berikan 
jika dia mengharapkan cinta. 
Katakan hanya sayang yang dapat kau berikan  
jika dia mengharapkan cinta. 
Katakan cinta jika benar kau inginkan dia dalam hidupmu. 



Jangan sesekali menipu hati dan perasaan dalam dirimu seiring dengan hati dan perasaan dalam dirinya.

"Terimalah mereka yang menyayangi dirimu, kerana kau akan merasai nikmat disayangi, kerana dalam diam tanpa kau sedari, kau akan menyayangi dirinya lebih dari segalanya. Jangan sesekali mengharap, pada mereka yang kau sayangi, kerana sekiranya mereka tidak ikhlas menerima dirimu, kelak kau akan merasai keperitan dalam perhubungan, seolah-olah tiada kebahagiaan dalam perhubungan." 

Orang yang kita sayang akan meninggalkan kita untuk orang yang menyayangi mereka, tetapi orang yang menyayangi kita akan tetap setia menunggu sehingga pintu hati kita terbuka untuk menerima sayang dan cinta dari pihaknya. Sayang dan cinta harus wujud dari dua pihak, barulah sinar kebahagiaan dalam perhubungan akan mekar dan bercambah tanpa kita sedari.


Jangan Tinggalkan Orang Yang Kita Sayang
Untuk Orang Yang Kita Suka,
Kerana Orang Yang Kita Suka
Akan Tinggalkan Kita Untuk Orang Yang Mereka Sayang...
Jangan Cuba Dapatkan Apa Yang Kita Sayang,
Tapi SayangLah Apa Yang Kita Dapat......




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...