Monday, July 25, 2011

Aku terima mesej & panggilan misteri...siapakah dia??

Salam penuh keceriaan untuk semua...:)

Wahhh!! mood happy go lucky di saat ini...kembang setaman jer rase...nak tau nape?? Sekejap tadi aku terima message & panggilan misteri daripada seseorang...siapakah?? Incik pakwe?? Nak tau kisah selanjutnya korang kena baca sampai noktah yang terakhir tau...jangan skip2...jeng3

Tet! Tet!

Sedang leka aku melayan drama kat tv tetiba henset berbunyi tanda ada mesej baru masuk...dengan sepantas kilat aku mencapai telefon & membaca mesej...

Salam...

Aku terkesima sekejap...mesej ringkas daripada no. yang tak dikenali...dalam hati tertanya2 siapakah gerangan pengirim itu tapi aku tetap cool membalas mesej tersebut...

W'salam...sape ni??

Sekali balasan yang ku terima...

Nak cal bleh??

Ayarkk!! makin aku pelik bin hairan nih...tapi aku tetap maintain cool, laju jer aku balas...sekali lagi aku bertanya dengan penuh kesopanan & kesusilaan...

Hmmm...sape ni?? Anybody yg sy kenal ke??

Lepas tekan punat send dan2 tu juga henset aku berdering dengan nyaringnya menyanyikan lagu rindu...tak aku tipu jer, henset aku ni tepon cikai cap ayam jer mana ada dering2 lagu segala tu...deringan biasa jer...hehehe. Mula2 tu aku pandang jer henset tu dengan pandangan kosong & tak berperasaan. Hmmm...ni mesti bebudak nakal yang sengaja nak sakat aku kot. Setelah agak lama akhirnya aku mengalah dengan deringan yang bertalu2 itu. Dengan slumber & suara lemak merdu aku menjawab panggilan misteri itu.

Dan tatkala salam telah disambut...pemanggil di seberang sana dengan penuh ceria menyapa aku dengan pertanyaan adakah rindu padanya...kenapa asyik sebut2 namanya?? Adessss!! semakin aku tak paham siapakah "dia" ini...huahua. No. phone pun aku tak kenal, nama dia pun aku tak tau camne nak sebut2 & rindu plak kan...huhuhu. Aku betul2 tak cam suara pemanggil tuh...lelaki ke pompuan budak ni...confuse jap di situ. Sekali dengar cam lelaki, dua kali dengar cam pompuan...seyes aku memang tak pasti pemilik empunya suara itu sebab tu la first time aku dengar...wawawa!!

Sedang aku masih tercari2 jawapan dalam kekeliruan itu...akhirnya 'dia' memperkenalkan diri sebagai Nurul Hidayah...Owhh!! pompuan rupanya, terjawab satu persoalan. Erkk...sape dia yer?? Otak aku cuba memproses maklumat yang baru diterima tapi aku masih juga blurr2 sotong...ngeh3. Masih lagi kabur2 tentang identiti sebenar pemanggil misteri itu. Dannn...apabila dia menyebut sebaris nama yang seterusnya G-pah, Fairuz, Wan Norhasliza, Kak Ima & Abby...terus minda ku mengimbau kenangan lebih 10 tahun yang lalu. OMG!!!...Kak Idaaa!!! aku menjerit kesukaan...rasa nak terlompat2 kat ruang tamu ni...nasib baik la aku sensorang jer ni geng2 yang lain dah masuk sangkar...hehehe. Kalau tak mesti dorang pun pelik ngan perangai aku yang tetiba time nih...keh3.

Sungguh aku tak percaya dapat berhubung kembali kembali dengan geng2 lama masa di Matrik KPM dulu. Baru2 ni memang aku ada buat entri pasal pertemuan yang tak diduga dengan salah seorang daripada geng2 matrik dulu. Pertemuan itu telah menemukan aku dengan kengkawan yang lain...Kak Ida memperolehi no. phone aku melalui G-pah. Waaaa!! Happy & terharunya aku saat ini...macam dalam mimpi jer...sungguh aku tak percaya kerana sudah sekian lama aku jejak kasih diorang tapi tak dapat dikesan. Akhirnya korang aku temui seorang demi seorang...walaupun masih ada insan2 yang perlu dijejaki...

InsyaAllah...ada jodoh & peluang kita akan berkumpul semula di suatu masa nanti...tak sabar nak jumpa korang semua...sweet memori 1999 di IKIP & Pangsapuri Sumber Perindu bagai tertayang di layar fikiran aku saat ini...kenangan terindah tu beb!! Banyak suka duka yang kita harungi di sana...yang pastinya takkan pernah luput diingatanku...

Nampaknya tido dalam senyum aku malam ni...hehehe. Aku ingatkan incik pakwe mana yang nak mengorat aku tadi...ahakss!! Rupa2 nyer geng lama yang telah terputus hubungan sejak sekian lama. Thanks Kak Ida kerana berusaha juga mencari kami...seronok sangat bersembang tadi mengimbas memori silam zaman muda2 dulu...^_^

Begitulah al-kisahnya...the end. Okey la kengkawanku sekalian...aku nak cau suda ni...sleeping beauty time...have a nice day to u all & gudnite!!




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...