Hye geng...salam penuh ceria untuk semua!!
Bersemangat plak aku nak join segmen hari ni selepas beberapa hari tak bersegmen...hehehe. Ada masa & peluang lagi ni...sape berminat meh join SINI.
Bersemangat plak aku nak join segmen hari ni selepas beberapa hari tak bersegmen...hehehe. Ada masa & peluang lagi ni...sape berminat meh join SINI.
Nama aku Bintang Hati...amacam comey kan nama aku?? tapi tu nama pena je...nama betul?? alaaaa...dekat2 ngan nama bulan bintang juga...hehehe. Aku suka sangat2 ngan nama tu dan harapanku semoga aku jua kan menjadi bintang yang sentiasa bersinar di hati kalian semua...weee~
Sejarah penubuhan...??
Blog ni aku namakan "My Sweet Corner"...nak tau nape?? Hmmm...sebab time nak create blog hari tu aku tercari-cari nama yang senang untuk diingati...tetiba keluar nama burger corner tapi aku bukan nak jual burger kan...so, aku tukar la kepada bunyi yang sweet sikit. Maka, jadilah my sweet corner. Bunyi cam best jer...jadi aku letak je lah...hehehe. Tagline yang aku gunakan plak 'it's my life...my soul...& my everything'...Kira cam kena la kan sebab blog ni pun satu ruangan untuk aku meluahkan apa yang aku rasa & alami.
Blog ni wujud pada bulan Janurai 2011. Masih baru lagi kan...tak cukup umur lagi nih...hehehe. Blog aku? Ini blog peribadi jer takde nak jual2 barang okey. Simple! time aku nak tulis..aku nak merepek..aku buat lah entry..kalau tak, haaa.. hambek kau..bersawang lah! InsyaAllah...kalau tiada aral melintang aku akan sentiasa update. Banyak coretan berkisar pasal kehidupan aku..jiwa aku..kerja aku..sharing moment aku..and ikut suka hati aku..! Apa2 artikel atau sesuatu yang bagus untuk dikongsikan bersama...aku tempekkan juga kat blog ni. Sharing is caring kan...^_^
Malaysian Idol...??
Ehhh, bukan...blogger idola ku?? Haaaa...salah sorang tu sudah semestinya la penganjur segmen ni BEN ASHARI. Beliaulah yang menjadi sumber inspirasiku & pembakar semnagat untuk berblogging. Seorang blogger yang aktif, berwawasan, kreatif, bersedia menerima idea dan pandangan orang lain secara terbuka. Walaupun dah dianggap blogger otai dalam dunia blogging ni tapi tetap tak sombong...peramah & suka menolong blogger2 baru...kira mesra alam gitu kan...i like...:)
Kenapa kena singgah???
Takde sebab yang istimewa...aku masih belajar & banyak lagi perkara yang aku tak tau pasal dunia blogging ni. Kalau korang rasa nak singgah...dipersilakan dengan segala hormatnya. Tak nak pun tak kisah...tiada paksaan...:)
Takde sebab yang istimewa...aku masih belajar & banyak lagi perkara yang aku tak tau pasal dunia blogging ni. Kalau korang rasa nak singgah...dipersilakan dengan segala hormatnya. Tak nak pun tak kisah...tiada paksaan...:)
So, kepada sesiapa yang datang kat blog aku...just tinggalkan tapak kaki korang kat shoutbox aku atau komen entri aku..jangan risau..aku akan jejak kasih kembali & singgah punya blog korang!!
>>> Peace <<<
>>> Happy Blogging <<<
>>> Peace <<<
>>> Happy Blogging <<<
No comments:
Post a Comment