Friday, August 5, 2011

SEHELAI BAJU RAYA MENYAPU SI AIR MATA


Assalamualaikum w.b.t....

Salam penuh keceriaan di petang Jumaat yang penuh barokah ini...alhamdulillah hari ni dah 5 Ramadhan dan 5 hari juga la kita semua umat Islam menjalani ibadah puasa. Syukur kita masih diberi kesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan kali ini dan menunaikan kewajipan kita. Lagi 25 hari nak raya...ehhh...awal2 lagi dah cite pasal raya ni pe kes beb?? Bukan aku semangat nak sambut raya tau tapi nak kongsikan info berkenaan sambutan raya juga ni...:)

Pagi ni aku menerima e-mail daripada saudara Jamaludin Bahari, admin laman web kerja kerajaan.com. Memandangkan aku memang mendaftar di laman web tersebut aku sentiasa menerima e-mail update daripada mereka. Hmmm...kali ni saudara Jamal bukan berkongsi info tentang jawatan kosong kerajaan tetapi info tentang satu program yang dinamakan SEHELAI BAJU RAYA MENYAPU SI AIR MATA. Program tersebut untuk mendapatkan sumbangan daripada orang ramai untuk memberikan baju raya BARU kepada anak2 yatim di seluruh Malaysia, terutamanya di bahagian pedalaman. 

Program ini telah dilancarkan oleh SINAR HARIAN pada minggu lepas dan ternyata mendapat perhatian ramai pihak termasuk pihak kerajaan, artis, usahawan, dan orang umum. Tahun ni dengar cerita Kak Ogy akan turun padang...alhamdulillah semakin ramai yang ingin turut serta membantu. Jadi kita bila lagi?? Marilah sama2 kita menghulurkan sumbangan walaupun kecil...tambah2 di bulan yang mulia ini semoga amalan kita diipatgandakan pahalanya oleh Allah s.w.t. Sehelai baju sudah memadai...yang penting ikhlas. Mungkin dengan sumbangan yang kecil daripada kita semua dapat memberi secebis sinar kegembiraan buat mereka di pagi syawal...Kita amat bertuah jika dibandingkan dengan mereka yang kehilangan ibu bapa tempat untuk bergantung dan menumpang kasih...huhuhu.

So, aku buat entri ni untuk sama2 berkongsi info & mengajak kengkawan semua untuk menyumbang jika berkemampuan/ sudi/ ikhlas...tiada paksaan. Aku yakin dan percaya rakyat Malaysia ni pemurah & dermawan. Apa salahnya jika kita berkongsi rezeki yang diperolehi dengan insan2 yang memerlukan. Jika kawan2 berniat untuk menghantar sumbangan baju raya BARU (baju melayu @ baju kurung) boleh la layari laman web khas di bawah ini :


"Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah".


2 comments:

ct kektus said...

baguslah kalau ada yg nak tolong. ;)

BiNtaNg HaTi said...

@siti kektus...mudah2an ramai yg dapat menghulurkan sumbangan kpd anak2 itu...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...