Monday, June 20, 2011

Jom Terjah Blog Mereka




Salam ceria untuk semua...

Haishhh!! bila dah tengahari ni biasa la mata pun kuyu semacam jek ditambah dengan suasana dingin dalam aircond ni...sangap tahan gaban wesss...huhuhu. So, dengan gaya ayu untuk menahan kemengantukkan ni aku usha2 blog sambil kunyah2 kerepek. Masa jenjalan, jenguk2 blog kengkawan tadi ternampak la plak entri Nadia buat segmen. Macam best jer...terasa lak nak join...hehehe. Sape2 yang nak join boleh klik SINI.

Hmmm...dah lama tak buat karangan ni, tak tau nak mulakan camne. Actually  blog aku ni masih baru lagi bak kata orang baru nak kenal dunia. Sebenarnya tak pernah terfikir pun nak ada blog sendiri tetapi sangat suka membaca coretan orang lain. Suatu hari aku singgah dan lepak kat satu blog ni...dari satu entri ke satu entri aku baca...sweet jer kisah dorang. Pada masa tu blog ni famous giler. Rasa nyer korang pun selalu juga singgah sini kan...kan...hehehe. Nak tau blog sape...jenguk DI SINI. Daripada situ entah cemana tergatal tangan lak nak klik create account kat atas di penjuru kanan blog tu. Godek punye godek...
 
Taraaaaa!!!

Maka lahir la My Sweet Corner ni ...ngeh3 (tapi blog aku ni takde la sweet pun...hampeh jer rase). Masa tu memang zero pasal dunia blogger ni...tapi bila selalu jenjalan kat blog2 sifu yang dah lama establish + popular + shantek2 tu...aku dapat pelbagai tips2 & tutorial yang banyak membantu budak2 baru belajar cam aku nih...touch up punya touch up nampak la rupa blog sikit...tak nampak real pun sipi2 jadi la erk...:)

Blog ni bukanlah istimewa pun...sekadar untuk luahan hati aku jer. Aku bukanlah penulis atau pujangga yang pandai melakar kata cuma untuk menyatakan apa yang aku rasa & alami. Terkadang aku ingin bercerita tetapi takde orang yang sudi menadah telinga untuk mendengar. Sesekali aku ingin menangis tetapi takde orang yang sudi meminjamkan bahunya untuk ku menitiskan air mata. Opppsss!!!...syahdu tetiba. So, dengan adanya blog ni sesuka hati jer aku nak merapu meraban kat sini...hahaha.

Aku tak mengharapkan pun ada pengikut beribu-ribu lemon tetapi jutaan terima kasih daun keladi, lain kali jangan serik nak singgah lagi kepada sesiapa yang sudi singgah & follow me. Terima kasih juga kepada Nadia erkk sebab sudi terjah dari blog Abg Ben tempoh hari...very appreciate it!! Sebelum menoktahkan entri ni...rasa nak berpantun la pulak...hehehe.

Buah cempedak di luar pagar,
Ambik galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.


 Peace!!!
>>> Happy Blogging <<<

"THNX BLOG READERS"

2 comments:

Anonymous said...

terima kash join ye!blog pink i loikee!ngee btw salam kenal dari nadia n keep in blogging k :)

BiNtaNg HaTi said...

sama2 kasih dear...yeahh2 hepy blogging...^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...