Sunday, June 12, 2011

Pengalaman hari ini : from golden sand to fox cave

Hari ni betul2 hari yang kurang bernasib baik bagiku. Sejak dari pagi sebelum turun dari rumah kakak lagi cam ada jer benda yang tak kena. Semua program lari daripada plan asal...huhuhu. Natijahnya aku la yang terpaksa tanggung kan...huhuhu. Nasib2...pasrah jer la labu.

Sepanjang perjalanan hari ni pelbagai halangan yang terpaksa ditempuh sebelum tiba ke destinasi yang dituju. Bermula dari rumah kakak lagi takde kenderaan la plak nak pergi bandar Pasir Mas. Plan nak turun pagi2 dah berganjak ke jam 11 lebih la plak...adesss!!! Lari plan asal.

Sampai kat bandar Pasir Mas, barang yang dicari plak tak berkenan dihati. Dah la cuaca panas giler. Time tu juga la kepala ni nak sakit & berjemaah plak dengan sakit perut...aduiiii...memang takleh tahan. Rase cam nak baring jer kat makcik2 yang berniaga dalam pasar tu. Nasib baik kesabaranku masih seteguh Gunung Kinabalu...so, masih boleh bersabo dan bertahan. Kalau senipis kulit bawang tak tau la ambo...huhuhu. Last sekali rembat jer la apa yang nak dibeli pastu blah untuk ke Kota Bharu la plak.

Terpaksa tunggu lagi...dah ada bas naik2 kena sembur lak ngan drebar bas tu. Eeeee...rase nak sekeh jer kepala mamat tu. Bukan salah aku pun yang dia nak sergah2 anak orang tu pe kes?? Pastu dok jeling2 orang lak. Tau la aku ni comey lote, tak yah la nak jeling2 melalui cermin tu...kang juling biji mata tu baru tau.

Sampai di Kota Bharu dah lewat petang...budget2 memang tak sempat nak naik bas biasa untuk ke Gua Musang. Jadi terpaksa la ambik tiket ekspress yang last petang tu dan syukur masih ada yang kosong. Memandangkan kepala semakin rancak berdenyut dan perut semakin menjadi2 sakitnya...aku lepak jer di stesen bas tu sementara menunggu bas bertolak 2 jam lagi. 

Sampai malam juga la kat umah nampak gaya nyer. Tak kisah la janji selamat sampai & sempat tengok bola...hehehe. Semangat tu beb nak tengok aksi The Red Warrior menentang pasukan Terengganu dalam Piala FA. Dalam waktu menunggu tu ada kawan sudi datang temankan...hilang gak rasa boring sensorang menunggu bas tu. Thanks yea sebab sudi temankan dan belanja big mac...terima kasih daun keladi, lain kali belanja la lagi...:)

Tunggu punya tunggu...bas yang sepatutnya bertolak jam 5 petang tak kunjung tiba. Kami dikhabarkan bas akan lambat sedikit. Terpaksa tunggu lagi...badan pun dah seram sejuk akibat menahan kesakitan sepanjang hari tu. Ingatkan lewat 15 hingga 30 minit je tapi hampir 2 jam baru ler bas tu menampakkan batang hidung nyer. Datang2 plak bas buruk...adoyyaiii...nasib2.

So, perjalanan diteruskan...hati memang dah tak sabar2 nak sampai kat umah. Sosek2 ramai penumpang yang tak puas hati dengan keadaan bas. Tapi yang paling utama sebab diorang tak sempat nak tengok bola...huhuhu. Dalam bas aku sabor je la menahan sakit yang semakin menjadi2...sabo2. Lebih kurang pukul 9.30 aku sampai tapi masalah la plak takde orang nak jemput sebab semua orang keluar tengok bola reramai kat kedai...adesss!!! Nasib baik ada anak jiran yang datang jemput...kalu tak mau nyer aku jadi tiang elektrik kat simpang jalan tu malam2 buta...tak sanggup teman...kang tak pasal2 ditegur dek pontianak Gua Musang...wawawa!!!

Sampai2 kat umah perlawanan masih lagi berbaki di separuh masa kedua, masih sempat nak tengok tu...suka2. Aku tinggalkan dulu bola tu...takkan lari bola dikejar kan (betul ke tu??entah apa2 aku punya peribahasa ni...keh3). Tak sabar nak membersihkan badan yang melekit satu hari ni, dah segar baru best nak layan kan. Siap ready depan tv hujan lebat la plak. So, paham2 la kan...paparan jadi kurang memuaskan tapi tetap layan gak. Tetiba TRW menjaringkan gol...wahhh!! ada can nak menang tu. Rasa bersemangat beb...dan2 rasa penat, bengang, frust, sakit & aneka macam rasa lagi yang dirasai sebelum ni hilang...sempat lagi on9 dan update FB...hahaha.

Tapi kegembiraan tu tak lama bertamu di hati. Jaringan ke gol sendiri memusnahkan harapan Kelate untuk mencipta sejarah...aduhaiii Daudsu!! Jaringan kedua untuk pasukan Terengganu pada minit tambahan membunuh segala impian. Ku sangkakan menang rupa2 nyer kalah...huhuhu. Ingatkan ke'frust'an aku hari ni terubat dengan kemenangan Kelate tapi betambah2 frust la plak. 

Begitu la alkisahnya pengalaman aku sepanjang hari ini. Ehh2...panjang plak entri aku kali ni...ntah ape2 la aku merapu meraban ni...:)
Okay la...hari dah lewat malam, aku pun dah nak tido ni. Esok pepagi dah nak bertolak balik KL plak. Gudnite & sweet dream!!!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...