Friday, June 17, 2011

Inilah nasihat pepatah lama Cina

Haii guys...apa aktiviti korang malam2 ni...tengah skodeng2 blog kengkawan ke?? Apa kata sambil lepak2 dan  pekena milo panas & kunyah keropok tu meh singgah baca entri aku jap. Malam ni aku nak share sebuah kisah yang pernah dikongsikan oleh seorang teman suatu ketika dulu...kisah seorang wanita Cina dengan 2 bekas pasu air...semoga ada sesuatu yang boleh kita perolehi daripada kisah ini....


Alkisahnya....


Seorang wanita tua Cina mempunyai 2 bekas pasu air, yang digantung di setiap penjuru galah yang dibawanya.

Salah satu pasu tersebut telah retak sedikit sementara pasu yang lagI satu masih elok dan selalu dapat mengisi air dengan penuh.

Pada akhir perjalanan yang jauh dari sungai ke rumahnya, pasu yang retak tersebut hanya dapat sampai dengan separuh penuh air sahaja.


Perkara ini berlaku setiap hari selama 2 tahun. Wanita tua itu hanya dapat membawa satu setengah pasu air sahaja.

Semestinya pasu yang sempurna tersebut sangat bangga dengan pencapaiannya. Disebaliknya, pasu yang retak itu sangat malu dengan ketidaksempurnaannya, dan berasa sedih kerana ia hanya mampu membawa separuh air daripada yang sepatutnya.


Setelah 2 tahun berlalu dengan kepahitan dan kegagalan, pasu retak tersebut berbual dgn wanita tua itu di tepi sungai.

“ Aku rasa sangat malu dengan diriku, kerana diriku yang retak ini menyebabkan air tertumpah di sepanjang perjalanan ke rumahmu ”.

Wanita tua itu tersenyum, “Sedarkah kamu akan bunga-bunga di bahagian laluan kamu, tetapi tidak di laluan pasu lagi satu? ”.

“ Itu kerana aku selalu menyedari kekurangan dirimu, oleh itu…aku telah menyemai benih-benih bunga di bahagian laluan kamu. Setiap hari apabila kita pulang dari sungai, tanpa kamu sedari kamu telah menyiram benih-benih bunga itu ”.

“ Selama 2 tahun….aku berpeluang untuk memetik bunga-bunga yang cantik ini untuk menghiasi meja ”.

“ Sekiranya kamu tidak menjadi dirimu sendiri, mungkin tiada keindahan sebegini di rumah ini “.


Setiap kita mempunyai kekurangan yang tersendiri…..tetapi keretakan dan kekurangan kita itulah yang menjadikan perkongsian hidup kita sangat menarik dan bermanfaat.

Anda perlu menerima setiap manusia seadanya dan melihat kebaikan di dalam diri mereka.
Kepada semua sahabatku yang tidak sempurna, moga hari anda ceria dan ingatlah untuk mencium bunga-bungaan di laluan anda…..


       ** JUST BE YOURSELF **
** BE WHAT U WANT TO BE...NOT BE WHAT OTHERS WANT TO SEE **
 
Kupu-kupu tidak pernah tahu warna sayapnya...
Tetapi orang tahu betapa indahnya ia...
Seperti dirimu...
Kamu tidak tahu indahnya dirimu...
Tetapi Allah mengerti betapa istimewanya kamu di mataNYA.


** SAYANGI DIRI….KASIHI DIRI….KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA**


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...