Salam penuh ceria & salam merdeka raya untuk semua...:)
Hai geng...amboiii meriah sakan raya naaa...makan kuih raya ke tu?? Aku pun dok online sambil makan tart nenas my pebret nih. Phewww...baru berkesempatan nak online ...almaklumlah kat umah ni sekarang ada empat buah laptop tapi berukband ada dua je, paham2 sendiri la kan...hehehe. Alhamdulillah...dah masuk hari kedua kita meraikan hari raya aidilfitri dan hari ni juga kita turut meraikan hari kemerdekaan negara yang ke-54. Salam merdeka raya untuk semua...2 in 1 gitu...ingat syampu jer ke ada 2 in 1?? Raya pun ada tau...hahaha.
Memang terasa keseronokkan dan kemeriahan berganda tahun ni. Walaupun dua orang abang aku tak dapat pulang ke kampung menyambut raya bersama2 kerana tugas tetapi kemeriahan sambutan raya tahun ni tetap dapat dirasai. Suasana umah tetap meriah ngan hiruk pikuk telatah & gelagat anak2 sedara yang tiba lebih awal daripada mak bapa dorang. Tahun ni juga merupakan tahun pertama aku beraya sebagai blogger...terasa semakin meriah kerana bertambah lagi kawan2 aku walaupun sekadar kenal di alam maya...:)
Tambah aku teruja tahun ni kerana geng2 form 5 dulu merancang buat reunion kat umah salah sorang member kami. Maka, petang tadi berlangsung la episod kasih bertaut kembali dan acara makan2 antara aku & geng bas sekolah...ngeee. Memang syok giler dapat berjumpa semula kawan2 lama setelah lebih kurang 13 tahun tak berjumpa...lama tu beb!! Dulu muka budak2 sekolah...sekarang semua dah berkerjaya dan masing2 dah ada family, ada yang dah kelek anak 2,3 orang pun. Mujur masih ada lagi dua tiga kerat kawan2 yang masih single mingle cam aku ni...kira ada geng juga la kan...hehehe. Tapi sabor je la sebab kami tetap jadi bahan dorang tu...adesss!!
Memang puas hati dapat bertemu kembali walau tak ramai yang hadir, maklumlah masing2 dah ada kehidupan & komitmen sendiri. Ada yang giliran beraya di umah mertua tahun ni...ada yang lepas raya baru dapat cuti tapi salam lebaran tak lupa dititipkan buat kawan2 semua. Peluang macam ni bukan selalu dapat dinikmati...memang susah nak berkumpul ramai2 macam ni. Actually, dah lama plan nak buat reunion ni tapi selalu tak menjadi. Alhamdulillah kali ni impian menjadi kenyataan.
First time bersua muka, ada yang dah tak cam muka kengkawan...masing2 muka blur2 sotong...agak nyer cuba mengimbas kembali imej wajah masing2 13 tahun lepas...hahaha. Aku yang kiut miut ni pun ada gak yang tak kenal...ada ke patut. Haishhh!! Nak kena penyekeh itu budak...keh3. Budak2 kelas lain sah2 dah tak cam...bukan lupa tapi tak ingat jer...hehehe. Hmmm...memang patut pun tak cam sebab masing2 nampak berbeza dulu ngan sekarang. Dulu2 masih budak hingusan, sekarang dah jadi mak bapak budak...terserlah kematangan gitu. Mana tidak nyer habis form 5 semua lost contact...nak berhubung pun susah. Tau je la kan dulu2 mana ada henset, facebook, twitter bagai nih. Sekian lama tak berjumpa, tup2 bersua muka mau nyer tak lupa ingatan seminit dua kan...
Mood happy go lucky tak hilang lagi ni...seronok sesangat. Semoga lepas ni kami masih berpeluang berjumpa dan menganjurkan reunion yang lebih gempak lagi...insyaAllah. Korang yang makan kuih tu makan2 juga tapi jangan teroverdose plak yea...kang tak pasal2 berkampung di dalam bilik kecil...hahaha. Kat umah ni pun gamat gak pagi tadi sebab kakak, abang ipar, adik2 dan anak sedara dengan muka cemerut tunggu giliran masuk bilik kecil...aku & ibunda sahaja yang terkecuali...hahaha. Apa yang dorang pulun semalam pun tak tau la. Selamat menyambut merdeka raya semua yea...adiosss!!