Wednesday, February 15, 2012

HEPY BESDAY TO ME~~

Salam penuh keceriaan untuk semua...:)

Kepenatan, keletihan, kelesuan, kemengantukkan, kemalasan...pendek kata pelbagai rasa yang secukup rasalah yang ku rasai saat ini. Adesss!! berapa banyak rasa daaa...don't worry be happy aku takkan merapu panjang2 malam ni cuma sekadar entry pendek ucapan terima kasih kepada semua teman2 yang aku hargai sekalian.

Tanggal 14 February tiba lagi, bermakna genaplah setahun lagi umurku. Alhamdulillah... syukur ke hadrat Ilahi kerana hari ini aku masih diberi peluang untuk menghirup udara di muka bumi ini. Terima kasih Ya Allah kerana memanjangkan umur hamba Mu ini. Telah banyak dosa dan kesilapan yang telah aku lakukan sepanjang hidup ini namun Kau masih memberikan ku peluang menghuni dunia ini...huhuhu. Semoga usia yang meningkat ini seiringan dengan segala kebaikan...amin.

Wahhh!! pelbagai ucapan aku terima sejak dari semalam menerusi mesej, panggilan telefon, pm fb, wall post facebook, tagged, netlog dan emel ucapan "selamat hari lahir". Ni pun aku baru habis membalas segala ucapan teman2 di wall fb. Terima kasih tak terhingga atas semua ucapan kalian, aku sangat2 menghargai ucapan dan perhatian korang semua. Aku sangat2 tersentuh dengan ucapan yang diiringan dengan doa untukku. 


"Sanah helwah...semoga hanya kebaikan yang mengiringimu..."

"Selamat hari lahir sahabat...semoga panjang umur & murah rezeki..."

"Happy birthday...may Allah bless u always"

"Epy besday...semoga panjang umur & ceria selalu..."


Serius ucapan2 tersebut sangat terkesan di lubuk sanubariku. Sesungguhnya kata2 'semoga' selepas ucapan itu sangat2 bermakna dan paling berharga buatku. Itulah hadiah yang paling berharga dan terindah buatku. Ianya memberi seribu makna bagiku. Semoga apa yang diucapkan tu menjadi doa untukku. Amin Ya Rabbal Alamin. Aku juga turut mendoakan yang sama untuk semua...

Hahaha...dalam banyak2 ucapan yang aku terima, terselit jugak la doa daripada kengkawan semoga aku dapat jodoh tahun ni. Aduhaiii...ngeri gak aku dibuatnya walaupun kembang jugalah kelopak2 bunga dalam taman hati ini...weee. Normal la...aku pun manusia biasa punya hati dan perasaan ada naluri ingin hidup berpasangan, ingin disayangi & menyayangi...ingin dicintai & mencintai...cuma jodohku belum tiba saat ini. Kepada mereka yang bertanya aku tiada jawapan untuk persoalan itu buat masa ini. Tapi bagi yang mendoakan jodohku, jutaan terima kasih yang mampu aku ucapan...InsyaAllah ada jodoh aku akan menghantar undangan untuk kalian semua...peace!!

Alamakkk!! dah berjela2 panjang nyer entri ni, first tadi cakap pendek jer kan...terlebeyy suda...hahaha. Syok plak menaip tetiba...ahakkss. Ok2 nak stop dah ni, mata pun dah layu. Btw millions thanks to all of u guys...sangat gembira dan terharu dengan perhatian dan penghargaan kawan2 sekalian. Terima kasih sekali lagi atas ucapan dan doa2 kalian sempena ulangtahun kelahiranku ini. Friendship forever & love u all...٠•●❤(✿ ◕‿♥) ♥♥♥~~




9 comments:

_cik fatihah_ said...

alhamdulillah .. baru je lepas bace entry awk, rase mcm diri nie tiba2 excited . mugkin menjadi org yg teakhir wish tapi tetap nak wish gak . Sanah helwah, semoge menjadi anak yg solehah kpde kedua ibubapa mu dan berjaya didunia serta akhirat . amin .. salam ukhwah dari sahabat blogger ^_^

BiNtaNg HaTi said...

amin..terima kasih cik fatihah atas ucapan & doamu itu...:)
alhamdulillah, masih x putus2 menerima wish drp kawan2..special tu kalau jd org terakhir wish...hehehe

Ain Syazana said...

along! again happy birthday :)

BiNtaNg HaTi said...

thanks angah..hepy belated birthday to u too!! adesss along lupa lak nak mention share besday ngan angah & acik, mengantuk sgt da time taip entry tu...:)

Alia Nur Jazlia said...

Happy birthday along.

BiNtaNg HaTi said...

terima kasih achik...hepy besday utk achik jugak, belajar rajin2 tau jgn nakal2 kat sana yea...:P

Bulan Syurga Firdausi said...

kak bintang...mf3 :( da lambt sgt ase nye nk wish ni..mf...kt sya pn bru je wish td..skrg pnt n bz sgt ni pn bru brekfs nk p pwtc..kak,may Allah bless u,trus bjaya dlm bidg dcburi...mf ye kak slh slp..:)

BiNtaNg HaTi said...

tq firdaus, may Allah bless u too..sama la akak pun perlu menghadapi hari2 yg bz & penuh tekanan skrg ni..huhuhu

Iera Afzu said...

Hi there sahabat. <3 jom join contest ni? http://dafinz.blogspot.com/2011/12/contest-dialog-dafin.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...