Tuesday, January 31, 2012

Sebulan telah berlalu

Salam penuh kerinduan untuk semua...:)

Wassup guys!! Rindu korang semua...huhuhu. Diam tak diam kita sudah pun berada di penghujung bulan Januari. Cepatnya masa berlalu meninggalkan kita, seperti baru semalam menyambut ketibaan tahun baru 2012 kannn?? Permulaan tahun baru yang amat sibuk bagi diriku sehinggakan tiada ruang untuk menitipkan secebis coretan di blog ini.  Ingatkan boleh la berehat panjang selepas kontrak ku di DOSM tamat pada 31 Disember 2011 tempoh hari, namun impian itu terpaksa dilupakan.

Alhamdulillah, syukur rezeki ku masih ada...khidmatku masih diperlukan di sini. Kontrak kerja ku disambung lagi selama setahun di jabatan yang sama, seksyen yang sama, unit yang sama dan bos yang sama. Terima kasih daun keladi kepada kalian semua di BPP kerana masih sudi menerima kehadiran ku di sini. Sepanjang tempoh sebulan ini memang strunggle giler menyiapkan kerja2 di pejabat yang perlu diselesaikan mengikut tarikh yang ditetapkan. Hari2 terpaksa balik lewat. Hari minggu pula terpaksa lupakan niat nak jenjalan cari pasal, ronda2 cuci mata dan takde peluang nak sleeping beauty kat umah kerana aku & the geng berkampung kat opis...huhuhu. 

Stress...pening...serabut...nak muntah...segala macam perasaan ada bercampur baur, hanya kami yang mengalami jer tau situasi itu...adoyyaiii!! Dek kerana kesibukkan dengan kerja2 tersebut ditambah pulak dengan kesihatan diri yang tidak memuaskan...demam + selsema + batuk...full package tuuuu. Hadoiii... memang betul2 menyiksakan. Oleh sebab itu mood serta emosi aku sedikit terganggu. Maaf di atas layanan tak seberapa yang mungkin mengguriskan hati sesetengah pihak.  Aku tahu ada yang jauh hati dengan aku dalam tempoh ini. So sorry guys...bukan niat ku untuk menambah luka di hati kalian. Mungkin situasi di saat itu yang membuatkan aku acuh tak acuh dalam memberikan layanan yang mesra. Thanks Along...my cousin yang berkerja di Pusrawi KLIA kerana sudi pos laju ubat2an tersebut terus ke office ku...huhuhu. Cayang Long ketat2...>.<

So, cuti sempena sambutan Tahun Baru Cina baru2 ini aku mengambil peluang keemasan itu untuk pulang bercuti di kampung. Hasrat di hati agar aku dapat cuti dan berehat dengan serehat rehatnya di kampung terchenta. Sekali lagi angan2 ku musnah...adesss!! Cuti yang lebih seminggu itu penuh dengan jemputan kenduri kendara. Penat tiba di kampung belum lagi hilang aku nak kena jalan jauh plak haihhh. Dari Kelate ke Kulim menuju pula ke Penang dan terus  menghala ke Sungai Petani...begitulah jauh nyer perjalanan yang aku tempuhi. Sakit pinggang2 woooo...!!

Selesai majlis cari menantu di utara...kembali meneruskan kemeriahan kenduri kendara ngan majlis kahwin sepupu ku di Kelate la pulak. Meriah sangat2...opkoz la rumah aku yang menjadi port sedara mara berkampung sebelum majlis bermula. Memang gempak habis...cam kat umah aku lak yang buat kenduri. Seronok sesangat sebab bukan selalu kami dapat berkumpul ramai2 seperti itu. Kecoh dengan pelbagai gelagat dan karenah...yang tua dengan cara mereka, yang muda ngan agenda dorang, kanak2 ribena lak ngan keletah riang ria nyer...macam2 ragam ada...ahaksss!! Aku dan family selaku tuan umah memang tak menang tangan melayan mereka semua...hehehe. 

Dannnnn...aku jugak menerima banyak jemputan dari kengkawan tapi sekali lagi maaf kerana tidak dapat hadir memeriahkan majlis korang atas sebab2 yang tak dapat dielakkan. Apapun tahniah di atas perkahwinan kalian, doaku sentiasa mengiringi kalian semua semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat & dikurniakan cahayamata yang comey sebagai penyeri rumahtangga kalian...^_^

Dalam kegembiraan dan kemeriahan itu terselit kedukaan. Tanpa diduga musibah menimpa. Mak saudara ku yang bongsu yang menetap di Kedah terlibat dengan kemalangan. Syukur umurnya masih panjang. Mak Su yang lebih mesra dengan panggilan Su Na di kalangan kami semua mengalami kecederaan retak dan patah tulang tangan kanan & menerima jahitan di dagu serta di lutut sahaja. Anak2 nyer yang berdua itu juga selamat dan cuma mengalami kecederaan ringan. Sekarang ini Su Na masih berada di rumah family ku di kampung dan dijaga oleh kedua ibu bapa ku untuk mendapatkan rawatan lanjut. Semoga Su Na cepat sembuh daripada kecederaannya...amin. 

Dalam tak sedar sudah genap setahun  My Sweet Corner wujud di alam maya ini. Banyak juga cerita kisah suka duka yang aku kongsikan di sini. Harapan ku agar aku terus diberi kesempatan untuk menarikan jari jemari ku untuk menaip bait2 kata di ruangan yang tak seberapa ini. Terima kasih kepada teman2 dan anda semua yang menyokong dan memberikan semangat untuk ku terus mencoret di sini. Walau tak pernah bersua namun kita menjadi akrab di dunia maya. Thanks again...tanpa anda siapalah aku...korang adalah matahariku...love u all....♥♥♥





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...