Thursday, November 10, 2011

Ku ditinggalkan sendiri lagi


Salam penuh keceriaan untuk semua...:)

Wassup geng!! Apa khabar semua orang2 kampung?? Harap2 semua dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Setelah beberapa hari pulang ke kampung halaman terchenta kini aku sudah kembali ke kota. Badan masih terasa lesu...cuti selama empat hari tetapi tiga hari berada di jalan raya...hadoiii memang penat giler.

Balik tempoh hari stuck dalam jem sehingga terpaksa menempuh perjalanan yang panjang...hampir 12 jam ko baru sampai umah. Biasanya perjalanan pulang ke Kelantan hanya mengambil masa 5-6 jam sahaja. Kunjung mengunjung...ziarah menziarahi sanak saudara...sepupu sepapat yang jauh dan dekat di hari raya, sekali lagi terpaksa menempuh jem. Sabor je la makan jem tanpa roti di bawah panas terik mentari & ditimpa hujan yang turun mencurah.

Cuti yang sekejap memang tak puas dok di kampung tetapi tetap enjoy dengan kemeriahan sambutan Aidiladha kali ini. Hari ni dah masuk kerja tapi mood sedikit lari...asyik sangap jer kat opis namun tugas2 yang diamanahkan tetap diselesaikan dengan penuh dedikasi...chewaahhh! 

Hmmm...malam semakin merangkak syahdu menuju ke tengah malam tetapi mata ini seakan sukar untuk dipejamkan. Walaupun fikiran dan badan terasa keletihan namun payah pula mata ini mau dilelapkan. Sesungguhnya keboringan tahap dewa cinta sedang melanda diriku di saat ini.



Sunyi...

Sepi...

Bosan...

Rindu...



Semua rasa itu bercampur baur menjadi satu. Waaaaa...kini aku sendiri lagi. Mengapa aku ditinggalkan lagi untuk kesekian kalinya?? Betapa kejamnya kalian. Owhh...bukan ditinggalkan kekasih okey...no no no!! Sebenarnya tika dan saat ini aku tinggal bersendirian di rumah. Housemate aku yang dua orang tu masih seronok cuti2 malaysia kat kampung. Nampak gayanya aku memang berseorangan sepanjang minggu nih. Hampeh sungguh dorang ni ambik cuti tak hengat...sampai hati tinggalkan aku sorang2...huhuhu.

Sudah la kat umah sensorang...kat opis pun aku ditinggalkan sorang2 gak. My Mr. Boss pun cuti direct sepanjang minggu ni kerana sibuk dengan persiapan menyambut ahli baru dalam keluarganya. Maklumlah bakal menerima menantu sulung pertama pada 11.11.2011. Kad undangan sudah diterima namun aku tak dapat hadir ke majlis perkahwinan tu sebab ada hal yang tak dapat dielakkan. Sori boss...apapun tahniah kerana menerima ahli baru dalam keluarga.

My Lady Boss pulak cuti sehingga esok je tetapi minggu ni memang tak masuk opis sebab kena pergi kursus la pulak. Unit aku tu dah la empat orang jer ahli...teman yang sorang lagi pun masih bercuti...first time balik umah mertua katanya.

Hmmm...sah2 la tinggal aku sendiri lagi. Alangkah indahnya jika saat ini aku juga masih di desa tercinta. Hishh...tak bestnya rasa...huhuhu. Sabor2...bagi can dorang dulu cuti puas2. Lepas ni turn aku plak cuti pi jenjalan cari pasal...ngeh3.

Ok guys...mohon beradu dulu. Mencuba untuk menidurkan diri...semoga lenaku diulit mimpi malam ini. Selamat beristirehat & selamat malam semua. 




8 comments:

Bulan Syurga Firdausi said...

hehehe :)

BiNtaNg HaTi said...

amboiii...sukanya dia...:)

Bulan Syurga Firdausi said...

hehehe suke alhamdulillah...singgah cni ya ;)

BiNtaNg HaTi said...

kecik tapak tangan stadium bola sepak tuan umah tadahkan...rajin2 ler singgah yer, jgn malu2 buat je cam umah sendiri...hehehe

Bulan Syurga Firdausi said...

waa besar tu stdium bola sepak ;) hehehehe

BiNtaNg HaTi said...

hahaha...of course la..mesti memuliakan tetamu kan kan kan...

Bulan Syurga Firdausi said...

tq tq tq appreciate it :) bulan memg suke lawat bintang.. hehehe

BiNtaNg HaTi said...

most welcome back...bulan vs bintang ekkk...hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...