Friday, November 4, 2011

Salam Aidiladha

Salam penuh keceriaan untuk semua...:)

Menunggu detik untuk berangkat pulang
Saat yang dinanti-nantikan
Ku tinggalkan seketika rintik hujan kota
Debu debuan kota
Kebisingan & kesibukan kota
Bebanan kerja di kota
Aku ingin pulang ke pangkuan keluarga
Kembali ke desa tercinta
Melerai rindu bersarang di dada
Kepada teman rakan & taulan
Yang memandu pulang ke desa
Berhati-hati di jalan raya
Kerana kepulangan kita dinanti
Semoga perjalanan kita dirahmati
Selamat sampai ke destinasi
Sempena hari yang mulia ini
Ku susun jari sepuluh
Memohon maaf ampun dipinta
Salam Aidiladha buat semua
Semoga berbahagia di hari yang mulia ini...^_^ 


~SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA~



3 comments:

Mizfantagiro said...

salam aidil adha...

aleen aiden said...

slamat pulang slamat kembali..slamat hari raya skali.heh~

BiNtaNg HaTi said...

@mizfantagiro...salam aidiladha..amacam x mabuk ke makan daging korban..hehehe

@aleen aiden...alhamdulillah sekarang dah selamat tiba di kota...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...