Saturday, December 31, 2011

2011 penuh kenangan....selamat datang 2012 !!

Salam penuh keceriaan untuk semua...:)

Wassup guys?? Agak lama menyepikan diri daripada dunia blogging, aku tak tau nak mulakan dari mana. Blur2 sotong plak jadi nyer...haishh!! Apapun syukur di atas nikmat dan anugerah Maha Pengasih kerana diri ini masih berpeluang bernafas di muka bumi ini dan menemui anda di ruangan ini. Coretan ini merupakan catatanku yang terakhir untuk tahun 2011. 

Yesszzaa!! Tinggal beberapa detik lagi kita akan melangkah ke tahun 2012 yang bakal hadir bersama cabaran yang baru. Sesungguhnya tahun 2011 meninggalkan aku dengan 1001 peristiwa suka, duka, pahit dan manis. Ku percaya apa pun yang telah kita hadapi dan tempuhi sepanjang tahun 2011 akan menjadi kenangan dan catatan sejarah dalam kehidupan kita semua. 

2011...Yuppp!! So many things have happened and I have learned a few things about myself, life and people around me. Satu pengalaman dan pengajaran yang sangat berharga dalam hidupku. Masa tidak akan berundur lagi. Setiap hari dan masa yang sudah kita langkaui itu, jika baik jadikan pedoman...jika sebaliknya jadikanlah sempadan. Selamat tinggal 2011...selamat datang 2012!! Selamat tinggal kenangan...selamat datang harapan. May 2012 brings the best for all of us!! InsyaAllah....^_^

Mengakhiri coretan ini aku tinggalkan korang dengan ceritera cinta bulan2 sepanjang tahun yang dipetik daripada wall rakan FB...hehehe.


Kehadapan JANUARY,
Apa khabar FEBRUARY...?
Tolong beritahu MARCH yang APRIL cakap
MAY akan datang sebelum JUNE,
Saya dengar JULY akan berkahwin
dalam bulan AUGUST,
Bagaimana dengan SEPTEMBER...?
Kirimkan salam saya pada
OCTOBER dan jangan lupa
beritahu NOVEMBER bahawa
kawan2 saya yg membaca warkah ini
akan menghadapi DECEMBER yang indah lagi...!
Selamat menyambut hari2 terakhir
di bulan December tahun 2011
dan SELAMAT TAHUN BARU 2012..!!


  Salam Sayang daripada Bintang Hati 



Thursday, December 22, 2011

Spontaneous Thursday #11



Banyak persoalan yang berada di minda...
Tinggal tanda tanya di hati...
Tercari-cari sebuah kepastian...
Namun tiada jawapan yang diperolehi...
Siapa betul...siapa salah...
Hanya DIA yang tahu kebenarannya...
Ku hanya mampu bersangka baik...
Kerana ku tak tau apa kisah di sebalik cerita...
Mungkin ada sebab dan alasannya...
Semoga kepercayaan itu tidak lebur...
Dek kebohongan dan kepura-puraanmu...
Ku bersedia terima segalanya...
Walaupun kebenaran itu pahit untuk ditelan...
Kerana aku sahabatmu...
Dan selamanya kan tetap menjadi sahabatmu.



Sunday, December 18, 2011

Memori semalam aku dan Search


Salam penuh keceriaan untuk semua...:)

Hai guys...wassup babeh?? Harap korang semua ceria dan bahagia selalu. Fuhhh!! penat giler beb...dengan tak cukup rehatnya, tak cukup tidonya ditambah lagi dengan tekanan yang dihadapi membuatkan hidup aku sedikit huru hara semenjak dua menjak ni. Hari2 terpaksa stay back kat opis sampai malam...cuti hujung minggu plak berkampung kat opis...huhuhu. Ni semua dek berhempas pulas menyiapkan kerja2 yang perlu diselesaikan sebelum hujung tahun ni. Nak naik muntah dah aku tengok frame2 ngan data2 tu semua...huhuhu. 

Dek kesibukan yang melanda diriku ini, maka dengan sebab itulah tiada ruang untukku merapu kat blog ini. Haishhh...bukan sahaja berhabuk dan bersawang my sweet corner ni, malah tikus pun dah boleh buat sarang gamaknya...hehehe. Apapun terima kasih la kepada kawan2 yang sudi singgah sini walaupun tuan umah tak update. Sebenarnya banyak story mory yang aku nak share ngan korang semua tapi nampaknya masa amat mencemburui kita untuk berkongsi cerita. Banyak cerita yang masih tertangguh, dah jadi cerita basi la plak kan...ayarkkk!! InsyaAllah...ada kelapangan nanti aku akan ceritakan satu persatu.

Memandangkan dah lama aku tak merapu kat sini, jadi malam ni aku ada satu cite gempak nak share ngan korang. Semalam aku telah dikidnap dan dibawa ke suatu tempat...jeng3. Agak2 korang ke mana aku telah dibawa pergi?? Errkkk...tak percaya ke?? Ini betul2 kejadian bukan dugaan tauuuu. Tapi jangan risau aku tak diapa2kan...aku kena kidnap ngan orang baik2 punye...hahaha. Sebenarnya aku telah dibawa menonton Konsert Fenomena 30 Tahun Search di Mines Convention Centre (MIECC). 




Pheewwiiittt!! Konsert rock beb!! Korang jangan tak tau, aku pun layan rock gak...bak kata ex-officemate aku si Ami "akak ni rock dalam ayu gitu"...kuang3. Aku memang dibesarkan dengan lagu2 rock daripada Search ni dan kumpulan2 rock yang lain. Teringat lak kenangan masa kecik2 popular dengan lagu Isabella...punye la semangat cari lirik lagu tu...lagu pebret tuuu. Kumpulan Lefhanded pun aku minat...suara Nash tu rock habis...:)




Fuyyyooo!! ramai giler orang yang datang nak menyaksikan persembahan search. Pelbagai lapisan masyarakat ada. Daripada yang golongan veteran, muda mudi hinggalah kanak2...semua ada. Cayalah dorang ni...kerana minat sanggup kendong anak turun tengok konsert tapi sayang seribu kali sayang...kanak2 di bawah umur 18 tahun tak dibenarkan masuk. Melepas la para bapa2 & ibu2 yang membawa anak2 tu tak boleh masuk dewan MIECC. Peminat2 yang bawa kamera pun tak dibenarkan masuk. Alahaiii...cian dorang semua. Nasib baik aku ngan member tu lenggang kangkung jer. Bawa i/c ngan telefon je...hehehe...tapi gambar2 ni semua aku ambik daripada page Konsert Fenomena 30 Tahun Search. Maklumlah tepon aku cap ayam je takde kamera....:)




Malam tadi merupakan satu lagi hari ini dalam kenangan dalam sejarah kehidupan aku. First time gi tengok konsert rock secara live. Best juga, rasa berbaloi dan puas hati kerana boleh release tension...temanku cam tau2 jer aku sedang mengalami tekanan semenjak dua menjak ni. Setiap lagu yang dinyayikan tak lekang dari bibir peminat2 Search untuk sama2 menyanyikan. Memang gempak, gemuruh dan terbaikkk!! Search punye konsert suara aku plak yang rock hari ni...adesss. Mana taknya bila lagu2 Favourite aku dinyanyikan...aku pun turut nanyi gak...kira yang aku tau lirik je la cam lagu Isabella, Gadisku, Rozana, Fantasia Bulan Madu...hmmm banyak lagilah lagu2 yang dipersembahkan tapi aku pun dah lupa tajuk apa. Cuma yang aku perasan lagu Kejoraku Bersatu takde semalam.




Sifu M. Nasir pun ada gak berkolaborasi ngan search semalam. Sempat la dorang berduet dua tiga lagu kalau tak silap. Turut hadir memberikan sokongan adalah ratu rock Ella. Phewwiiittt...i minat u...suka ngan suara Ella. Dengar2 cite Ella pun nak buat konsert ngan Awie nanti. Ada sape2 yang nak sponsor aku tiket konsert lagi tak...ahakkss. Aku memang tak suka tempat yang crowded camtu...tak kuasa aku nak berasak2...bersesak2...berhimpit2...jadi aku takde la ghairah nak bersesak2 kat depan stage. Kami ambik port yang baekkk punye...dekat ngan skrin...ada 3 lagi tu skrin besar depan kami. Pastu dok bersila atas lantai siap dok berlunjur lagi kat dalam dewan tu. Akak2 dan geng motor kat depan kitorang lagi best siap baring2 lagi tengok konsert...macam2 gelagat janji rock!!




Thursday, December 8, 2011

Spontaneous Thursday #10

 
Kenapa senyap ?
Kenapa diam ?
Kenapa tak kongsi ?
Kenapa tak cerita ?

Entah....
Tak semua benda boleh dikongsi.
Tak semua benda boleh diluah, boleh dicerita.
Ada perkara perlu dihadapi dan ditelan sendiri.
Diluah takut membuka aib.
Dicerita takut dijaja kelak.

Dengan manusia....
Lidah kelu, walau hati sangat ingin berbicara.
Tiada kata mampu menzahir segala rasa.

DenganNYA....
Bibir kaku, tiada kata mampu terucap.
Yakin...DIA sudah sangat tahu.
Hati sebak, dada terasa berat.
Yakin...DIA sudah sangat mengerti.

Hanya doa terzahir,
"Ya Allah...berilah kekuatan, untuk menghadapi semua ini" ♥

 
 

Friday, December 2, 2011

Raja Istighfar...semoga menjadi amalan dalam kehidupan seharian

Salam penuh keceriaan untuk semua...:)

Jumu'ah Mubarakah wahai teman sekalian. Hari ini Jumaat yang pertama untuk tahun 1433 Hijrah. Semoga hari ini dan seterusnya membawa seribu rahmat kepada kita semua dan sekalian hambaNya...amin. Tadi aku ada ternampak post Dr. Tengku Ismadi B. T. Mohamad kat fb tentang raja istighfar and then baru teringat aku pernah share note penghulu segala istighfar kat fb sebelum ini. 

Lazimnya kita mengucapkan istighfar dengan menyebut "astagfirullah, rabbighfirli, allahummaghfirli" dan lain2 lagi. Melalui istighfar yang diucapkan kita akan memperolehi banyak kelebihan dan kebaikan daripadanya. Raja istighfar ini merupakan salah satu antara amalan pembuka pintu syurga. So, hari ni aku nak kongsi raja istighfar ngan korang semua...semoga ianya menjadi amalan dalam kehidupan kita seharian. 

Rasulullah s.a.w membiasakan membaca doa seperti di bawah dan beliau menyebutkan sebagai Sayyidul Istighfar atau Raja Istighfar.






Rasulullah s.a.w bersabda :

“Puncak dari istighfar adalah dengan mengucapkan :

‘Allahumma anta rabbi laa illaaha illa anta kholaqtanii wa anaa abduka wa anaa alaa ahdika wawa’dika maastho’tuu a’uudzu bika min syarri maa shona’tuu abuu ulaka bini’matika alayya wa abuu ulaka bidzanbii faghfirlii fa innahu laayaghfirudz dzunuuba illaa anta"

Maksudnya :
 
‘Ya Allah, Engkaulah Rabb ku, tidak ada Allah selain Engkau. Engkau telah menciptakan diriku dan aku adalah hamba Mu. Aku akan setia kepada perjanjianku kepada Mu semampuku. Aku berlindung kepada Mu dari kejahatan perbuatanku. Aku mengakui nikmat Mu kepadaku dan aku pun mengakui segala dosaku, maka ampunilah aku, kerana sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni dosa selain Engkau’. (HR. Abu Dawud, Nasa'i, Ibnu Majah & Hakim)

“Barangsiapa mengucapkannya pada siang hari dengan penuh keyakinan lalu ia wafat pada hari itu sebelum waktu sore, niscaya ia termasuk penghuni Surga. Dan barangsiapa membacanya di malam hari dengan penuh keyakinan, lalu ia wafat sebelum waktu pagi, niscaya ia akan termasuk penghuni Syurga” (HR. al Bukhari)
 

Sebagai seorang manusia seringkali kita lalai dan alpa. Marilah kita sama2 meningkatkan keimanan dengan melakukan segala suruhan dan meninggalkan laranganNya. Muhasabah untuk diri sendiri dan juga untuk perkongsian ilmu dengan rakan2 yang lain. Sebar2kanlah semoga mendapat keampunan Allah...InsyaAllah....:)



Tuesday, November 29, 2011

Kata tentang cinta



Kata polis…..cinta itu sukar ditangkap

Kata ustaz…..cinta itu anugerah

Kata doctor…..cinta tak dapat diubati

Kata guru…..cinta tak boleh untuk dipelajari

Kata hakim…..cinta tak boleh dihukum

Kata novelis..…ajarilah aku bahasa cinta

Kata Rangga…..ada apa dengan cinta

Kata Radja…..benci bilang cinta

Kata Agnes Monica…..cinta tak ada logika

Kata Siti Nurhaliza…..bukan cinta biasa

Kata Lestari…..cinta itu ketawa dan air mata

Kata Najwa Latif.....cinta muka buku

Kata orang…..cinta itu indah

Kata aku…..love is cinta...bila nak jatuh cinta ni…hehehe



Kata korang??





Pengalaman pertama kali tengok bola di stadium


Salam penuh keceriaan untuk semua...:)


Amacam syok tak cuti selama 3 hari ni?? Serius penat beb, aku asyik jenjalan je sepanjang cuti ni. Actually takde plan pun nak jenjalan ke mana2 cuma nak santai2 dan rehat2 kat umah je. Namun sebaliknya berlaku...ada je aktiviti setiap hari tapi semuanya tak dirancang...tapi semuanya best...:)

Haaaa...salah satu aktiviti yang aku buat sepanjang cuti ni adalah menonton perlawanan bola sepak di stadium. Sepatutnya entri ni semalam aku updatekan tapi tak larat sebab penat sangat. Baru taip dua tiga patah badan dah surrender...mata pun dah tak larat nak buka. Hari ni pun tak sempat nak update sebab pi jenjalan lagi temankan my hero beramah mesra ngan binatang2 kat zoo negara. Pheww...penat2...huhuhu. Lupakan dulu cite pasal aktiviti hari ini sebab aku nak cite pasal semalam punye kisah.

Cite pasal bola ni...semalam buat pertama kalinya aku masuk stadium dan duduk menonton secara secara live perlawanan bola sepak. Hari ini dalam sejarah tu beb. Entah camne aku boleh terjebak ikut dorang pi tengok bola kat stadium tu. Sebelum ni dok memekik menyorak bagai nak rak kat umah je...hahaha. Plan asal pi jenjalan kat Times Square je...pastu ubah lokasi pi makan2 kat KLCC plak. Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati...apa lagi dorang teruskan plan nak tengok bola. Alih2 dah sampai Stadium Bukit Jalil. Layankan aje la...nak buat camne nak balik pun tak boleh kan stereng bukan kat tangan aku...huhuhu.



Semalam perlawanan antara Malaysia vs Bahrain. Sebelum ni aku teringin dan ada niat gak nak tengok bola secara live ni sebab nak rasa macam mana suasananya dalam stadium tersebut. Dan ternyata sangat meriah!! Teruja dan jakun sekejap berada di tengah2 orang ramai yang pelbagai ragam. Bunyi bising usah cakap la...sebenarnya aku tak tahan dengan bunyi serunai ke apa yang dipanggil dengan benda alah tu, memang menyakitkan telinga. Rasa cam nak pecah gegendang telinga aku yang senipis kulit bawang ni...adesss!! 

Itulah gelagat penyokong2 yang penuh semangat memberikan sokongan kepada pasukan Harimau Malaya. Dan yang lebih mengujakan aku adalah orang putih pakai jersi harimau malaya...bangga siot tengok orang luar sokong pasukan Malaysia. Aku suka tengok aksi pasukan Ultras Malaya...aksi dorang memang best. Penyokong2 yang lain pun sporting turut mengikut aksi pasukan Ultras Malaya. Bab perlawanan semalam aku tak nak ulas, tang tu bagi pada yang pakar aje la. Tapi aku rasa puas hati dengan perlawanan semalam. 

Walaupun Malaysia kalah, aku tetap bangga dengan sokongan penyokong2 yang turun ke stadium meniupkan semangat kepada pemain2. Ramai juga la yang datang memberikan sokongan, bak kata member aku sebelum ini nak tengok yang datang stadium boleh dibilang dengan jari. Terima kasih kepada korang semua especially Zali member yang tukang sponsor tiket kitorang semalam. Tq juga kepada Amin dan Rajan yang turut join menemani. Seronok kan memekik bersorak siap melompat2 lagi saat gol djaringkan...hahaha...satu pengalaman baru bagi aku. Thank you guys...^_^









Friday, November 25, 2011

Salam Maal Hijrah...Doa Akhir & Awal Tahun Hijrah

Salam penuh keceriaan untuk semua...:)

Tahun 1432H kian melabuhkan tirainya...tersingkap pula tabir 1433H. Betapa cepatnya masa berlalu...hari demi hari dilalui...minggu demi minggu ditempuhi...bulan demi bulan berganti...kini setahun telah berlalu. Rasanya baru sekejap tahun 1432H ditempuhi rupa2 nyer setahun sudah kita lewati.

Esok...berakhirnya tahun 1432H...
Esok...bermulanya 1433H...
Hijrah...pengorbanan...
Semoga kita semua mendapat limpahan rezeki dengan kemurahanNya...
Ditetapkan hati pada jalanNya...
Dan diberi kekuatan dalam mentaatiNya...InsyaAllah.

~~ SALAM MAAL HIJRAH ~~



Para shalihin mengajarkan kita untuk berdoa ketika menjelang pergantian tahun. Jadi marilah sama2 kita membaca doa akhir tahun dan awal tahun. Bacalah doa ini tiga kali saat menjelang akhir tahun baru Islam, boleh dibaca sesudah Asar atau sebelum Maghrib pada tanggal 29 atau 30 Dzulhijjah. 

Dengan doa ini kita memohon ketika kita akan mengakhiri perjalanan tahun yang akan ditinggalkan ini akan mendapatkan ampunan dari Allah S.w.t atas perbuatan2 yang dilarang olehNya...dan apabila dalam tahun yang akan ditinggalkannya itu ada perbuatan-perbuatan yang diredhai oleh Allah S.w.t yang kita kerjakan, maka mohonlah agar amal soleh tersebut diterima oleh Allah S.w.t.

Semoga semua amalan kita sepanjang tahun di terima dan semua dosa di ampunkan oleh-Nya. Dan semoga kita menjadi insan lebih mulia, lebih bertakwa dan berhijrah menjadi lebih baik dari sebelum ini. Amin…


Doa Akhir tahun. Dibaca 3 kali pada penghujung waktu Asar, sebelum masuk waktu Maghrib.

 
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata :

“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya.





Doa Awal Tahun. Dibaca sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib.


Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata :
 
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.








Thursday, November 24, 2011

Spontaneous Thursday #10



Hello guys!!

You are my sunshine
Without you my days are 



"Sadday"

"Moanday"

"Tearsday" 

"Wasteday"

"Thirstday"

"Fightday"

and

"Shatterday"



~~ Love u all ~~



Tuesday, November 22, 2011

Sos HP & Sos Tabasco TIDAK HALAL


Salam penuh keceriaan untuk semua...:)

Sedang buat ape tu?? Meh singgah sini jap meh...alaaa mai la jap. Aku bukan nak promote barang pun...jual barang pun tak...cuma nak kongsi info yang diperolehi daripada blog DTS-MAT GEBU semasa blogwalking tadi. Kalau sebelum ini kita dikejutkan dengan status Mentega Golden Churn yang sah2 haram kerana mengandungi unsur babi, sekarang melibatkan sejenis sos pula. Sos HP dan Sos Tabasco telah disahkan oleh JAKIM mengandungi DNA babi.






Hmmm...sekarang ni memang banyak makanan yang diragui status halal haramnya. Jadi kawan2 semua berhati2 la yea kerana makanan ini akan jadi darah daging kita. Semoga kita semua dipelihara daripada sebarang malapetaka kelak. Gambar di bawah ini adalah rupa sos tersebut. So, kalau terjumpa sos ini dijual di mana2 pasaraya tu please take note okey!!








credit info & gambar >>> DTS-MAT GEBU

Syabas & Tahniah Harimau Muda...We are the champion!!!

Salam penuh keceriaan untuk semua...:)


Hai selamat pagi Malaysia!!

Sekalung tahniah untuk seluruh pasukan bola sepak negara. Yesszzaaa!!! Syabas skuad Harimau Muda!! Tahniah Malaysia!! Akhirnya takdir menyebelahi kita untuk merangkul emas bagi mengekalkan kejuaraan berturut2 setelah mengharungi perlawanan selama 120 minit. Kemenangan melalui penentuan sepakan penalti akhirnya menamatkan debaran. Tiada apa yang lebih bermakna daripada menikmati kejayaan ini. Syukur alhamdulillah...terima kasih di atas semangat juang yang tinggi semua ahli pasukan...sokongan tak berbelah bagi daripada penyokong dan rakyat Malaysia. Kalian adalah wira dan kebanggaan kami rakyat Malaysia...we are the champion...yeahhh!!






Apa perasaan korang menyaksikan perlawanan semalam???


Fuhhh!!...dap dip dup...penuh debaran kan...nak gugur jantung dibuatnya. Memang tak senang duduk kan...hahaha. Macam2 aksi boleh dilihat...jerit2 depan tv...tepuk2 tangan sampai pedih tapak tangan...tumbuk2 bantal sambil peluk2 manja...melompat2 kegembiraan...kan kan kan?? Aku and the geng kat umah semalam pun tak tentu arah dibuatnya...bukan ramai pun kami bertiga jer tapi riuh rendah mengalahkan 30 orang...hehehe. Bukan apa... semangat beb!! Alhamdulillah...suara aku masih normal...masih lemak merdu untuk didengari...ekekeke.

Aku rasa happy sesangat...teruja...gembira...seronok...terharu...macam2 rasa ada pendek kata secukup rasa la. Korang pun sama kan...turut menikmati detik indah itu dengan perasaan bercampur baur kan...siap ada yang nangis2 lagi tu...elelele tak nak ngaku konon. Pelbagai emosi diluahkan...sana sini semua cerita pasal bola. Wall FB penuh dengan ucapan syabas & tahniah. Entri blogger2 pun semua pasal bola. Meriah2...


Go go go...Harimau Malaya!!

Majulah sukan untuk negara....Malaysia Boleh!!!

Sunday, November 20, 2011

Jawapan untuk Oshin


Salam penuh keceriaan untuk semua...:)

Aucakkk?? Kabare?? Agak lama juga aku tak update blog ni kan...mood lari. Dek bosan ditinggalkan sendiri lagi tempoh hari aku telah membawa diri ke PD selama beberapa hari. Lappy & berukband ditinggalkan je kat umah..so memang cuti la dari 'mengonlinekan' diri buat sementara waktu. Ditambah pula dengan kepenatan melanda diri so mood untuk blogging memang di tahap zero. 

Banyak kisah tercipta di PD...tapi tang tu nanti aku cerita kemudian okey. Kali ni aku cuma nak menjawab soalan yang telah ditag oleh Oshin. Sebenarnya dah lama Oshin tag benda ni tapi tak menyempat2 nak jawab...sori yea dear...nampaknya masa begitu mencemburui diriku...ececehh. Fuhhh...banyak gak soalan daripada Oshin ni siap ada peraturan yang perlu diikuti lagi. Jom cekidout...


Rules:
  • You must post these rules.
  • Each person must post 11 things about themselves in their journal.
  • Answer the questions the tagger set for you in their post. And create eleven new questions for the people you tagged to answer.
  • You have to choose 11 people to tag and link them to the post.
  • Go to their page and tell them you have tagged him/her.
  • No tag backs.
  • No stuff in the tagging section about 'You are tagged if you are reading this' you legitimately (a.k.a really, trust, with all honesty) have to tag 11 people.

11 perkara tentang diriku :

1.   Seorang wanita...pstt..ada juga orang panggil aku bro...adesss!!
2.   Anak ke-4 dari 7 orang adik beradik
3.   Suka baca novel & korea movie
4.   Seorang yang happy go lucky & suka senyum...:)
5.   Suka makan coklat...yummyy!!
6.   Tak suka orang yang mungkir janji & pantang kalau tak menepati masa
7.   Hanya ada akaun FB dan Tagged...takde twitter atau skype
8.   Cintakan kedamaian...menentang kekerasan & kezaliman
9.   Minat lagu2 slow rock tahun 90an
10. Suka warna kuning & hijau
11. Sangat sayang pada kucing



Soalan dari Oshin untuk diriku :

1.   Nama glamer? 
Bintang Hati la...hahaha...nama E-syue kot, glamer di kalangan anak buah. Sebenarnya nama tu panggilan kepada Cik Su tetapi masa kecik2 anak buah pelat nak sebut jadi sebutan dorang bunyi 'isu'...melekat la la panggilan tu sampai sekarang...isu pun isu la janji hadooo...hehehe

2.   Asal mana? 
Pasir Mas, Kelantan. 

3.   Umur berapa?
Aisehmannn..lebih tua dari Oshin la...akak 5 tahun lebih tua dari Oshin...tapi rasa cam sweet seventeen lagi...weeee~~

4.   Status terkini? 
Single & still available...*wink wink*
      
5.   Pendapat tentang blog oshin?
Simple but nice...sweet pinky colour gitu...best memang takleh challenge ngan blog akak ni dik oiii... 

6.   Tempat menarik yang pernah dilawati? 
Sabah negeri di bawah bayu...banyak tempat2 menarik kat sana.

7.   Nama blog anda?
My Sweet Corner...http://nukilanrasahatiku.blogspot.com...rajin2 la singgah eaaa...:)

8.   Masih belajar atau sudah berkerjaya?
Dah lama grade dan sekarang sudah berkerja...

9.   Kalau belajar kat mana, kalau keje sebagai ape?
Study kat Universiti Malaysia Sabah...sekarang kerja sebagai Pen. Pegawai Perangkaan di Jabatan Perangkaan Malaysia.

10. Pengalaman pahit?
Hmmm...saat kena fitnah oleh mereka yang sengaja nak menjatuhkan kita & dikhianati oleh mereka yang kita anggap sahabat...hancur berkecai hati....huhuhu.

11. 5 tahun akan datang, ape yang anda yakin boleh dicapai?
Mempunyai kerjaya yang mantap & memiliki keluarga yang bahagia...^_^




Okey DONE. Semua persoalan telah terjawab. Tapi rasanya aku takleh nak ikut semua rules seperti di atas tu. Blur2 tak tau nak tanye apa satu hal...pastu tak tau nak tag pada siapa. 11 orang tu ramai beb!! Sebenarnya aku tak berapa suka ngan acara tag mengetag ni sebab tak semua orang suka kan. Tapi setakat ni alhamdulillah, kalau kena tag tu aku join je...sekadar memeriahkan suasana...peace no war & happy blogging...:)


p/s : kalau ada sesape sukarela nak jawab soalan cam kat atas tu dipersilakan...nanti korang tinggalkan link kat sini yea...senang2 boleh la aku pi skodeng jawapan korang...boleh gak berkenalan lebih rapat ngan blogger lain kan...hehehe.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...