Saturday, November 10, 2012

Special Date




  


~10-11-12~

Nice!!
Very special date...
Happy weekend & have a nice day guys...^_^





Friday, August 31, 2012

Selamat pengantin baru & salam kemerdekaan ke-55


Salam penuh keceriaan untuk semua...:)

Yeayyy!! Cuti2 Malaysia...mesti banyak plan kan sempena cuti ni?? Lama sudah tidak mencoret. Kepadatan dan kelapangan jadual hidup masih lagi sama. Tidak tahu apa yang disibukkan...haishh!! Cuti panjang sempena sambutan Aidilfitri baru2 ni semangat berkobar2 konon nyer nak update story morry tapi cam biasa ler semangat jer lebey buatnya tidak. Sudahnya tinggal angan2 Mat Jenin jer la...habuk pun tarak...hehehe. Tapi...dalam tempoh menyepi, banyak benda yang berlaku namun harus hadapi segalanya dengan tenang dan sabar..:).

Dah seminggu lebih kita beraya...sekarang ni pun masih dalam mood raya lagi kan2? Masuk opis pun cam lemau jer, mood memang kelaut...tak puas bercuti kat kampung lagi...huhuhu. Di bandar pulak semakin meriah dengan undangan rumah terbuka sana sini...tak kurang juga undangan kenduri kendara. Hmmm...hujung minggu ni saja aku dah dapat 3 undangan majlis perkahwinan. InsyaAllah...yang dekat tu dapat la menghadirkan diri, yang jauh tu mohon maaf la yea kerana tidak dapat hadir maklumlah baru lepas bercuti panjang. Hari ini berlangsungnya majlis perkahwinan salah seorang teman di Kelate...selamat pengantin baru Dira & suami. Semoga segalanya berjalan lancar, walau tidak hadir di majlis bersejarah korang namun doa aku sentiasa mengiringi kalian semua semoga jodoh dan kebahagiaan itu berkekalan sehingga akhir hayat...amin.




MERDEKA !

MERDEKA !

MERDEKA !


"SELAMAT HARI KEBANGSAAN YANG KE-55 TAHUN" 



Selamat ulangtahun kemerdekaan wahai Malaysiaku yang tercinta...semoga keamanan dan kesejahteraan yang dikecapi akan berkekalan & dapat dinikmati oleh generasi yang akan datang. Alhamdulillah...negara kita telah mencapai kemerdekaan selama 55 tahun. Semoga negara kita MALAYSIA terus aman, makmur dan diberkati oleh Allah SWT. Sama-samalah kita hayatilah erti kemerdekaan yang sebenar2nya dan hargailah sebuah kemerdekaan yang dikecapi. Salam kemerdekaan untuk semua...^_^






Positively 2012 Memo Pad Calendar : August




Keep your face to the sunshine 

and 

you cannot see the shadows




Saturday, August 18, 2012

Salam lebaran buat semua...:)


Salam penuh keceriaan untuk semua...:))

Sebulan sudah kita berpuasa, hari ini Ramadhan terakhir untuk kita semua tempuhi...sayu rasa hati untuk meninggalkan Ramadhan ini. Kata orang, kehadirannya dinanti, pemergiannya ditangisi, ketiadaannya dirindui. Begitu hebatnya Ramadhan. Namun tiba masanya ia akan berlalu jua...semoga di tahun2 akan datang kita semua masih berpeluang bertemu Ramadhan yang penuh barakah ini...insyaAllah. 


Sempena Syawal yang bakal tiba esok hari aku ingin mengambil peluang mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua teman2 serta seluruh muslimin dan muslimat. Di kesempatan ini ku menyusun sepuluh jari memohon kemaafan atas segala salah dan silap. Semoga aidilfitri yang diraikan membawa seribu satu erti kepada kita semua.


                        Walau langkah tak bertemu,
                        Tangan tak berjabat,
                        Ucap tak terdengar,
                        Mata tak bertatap,
                        Tapi izinkan hati memohon
                        Maaf Zahir & Batin……
 







Semoga berbahagia dan bergembira di samping keluarga tersayang
 
Bagi yang memandu, berhati-hati di jalan raya…
 
Salam lebaran buat semua...:)





 

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Salam penuh keceriaan & salam ramadhan untuk semua...:)




pic from wall fb




Setahun telah berlalu...kini Ramadhan yang penuh barakah tiba lagi. Alhamdulillah...syukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih diberi kesempatan bertemu dengan bulan yang mulia ini. Di kesempatan ini aku nak ambik peluang untuk ucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak 2012/1433H kepada rakan2 sekalian...salah & silap harap dimaafkan...:)


Esok dah puasa tau kawan2...so, jangan lupa niat plak malam ni yea...jommm sama2 kita niat puasa sebelum tido, karang terlupa plak...hehehe.





Kenangan setahun yang lalu...


Salam penuh keceriaan untuk semua...:)

Alahaiiii la labu...lama sungguh tak update rupa nyer...baru perasan bila ditegur oleh Firdaus kat entry yang lepas, tu pun sebab masuk komen kat e-mel...hehehe. Jarang dah aku jenguk blog sekarang ni...online online jugak tapi takde mood plak nak buka blog apatah lagi nak update walaupun banyak benda nak cite...jenguk fb jer kejap pastu offline. Tak boleh nak buat pe la kannn kalu mood pun takde...ngeee~~

Malam ni tetiba je mood rajin nak meng'update' blog...sebenarnya nak share gambar2 masa ngedate kat taman bunga tempoh hari...oppsss!! Aiseyymann...nampak gaya nyer kena postpone ke lain entry la...memberku belum transfer lagi gambar2 tu semua...terbantut semangatku ini....haishhh!!

Memandangkan gambar2 terbaru belum ready untuk di post kat sini maka korang layan dulu la gambar2 lama. Gambar2 tentang bunga gak tapi kenangan setahun yang lalu...hahaha. Aku ada buat entry pasal Pesta Floria 2011 tu tapi tak publish la plak, cuma post kat fb je...camne boleh terjadi begini...adesss!! Publish sekarang pun kira ok la kan daripada takde...sekurang2nya terupdate gak blog aku ni kannn. So, korang cuci2 mata la ngan gambar2 ni dulu ok....:))


Gambar2 di dalam pavillion










 Gambar2 sekitar booth jualan









 Gambar2 di sekitar taman












Adios...jumpa lagi di next entry....:))





Thursday, May 31, 2012

Akhirnya ter'update' jua...


Salam penuh kerinduan untuk semua...:)

Opocottt!! Tanjat gegurl....wink**

Ehh2...dah bertukar wajah la dashboard ni, jadi lain dah rupa nyer. Hmmm...sejak bila bertukar wajah ni?? Automatik bertukar ehh?? Owhh!! daku terkesima untuk seketika...hahaha. Nampak benar dah lama aku tak jenguk blog ni kannnn. Terkial2 jugak la nak mencari kat mana nak post entri baru...haru sungguh. Nampak gaya nyer kena study balik la ni...haishhh!!


Menyepi? 

Merajuk? 

Kecewa?

Membawa diri?


Adeiii...macam2 sangkaan korang semua. Rasa nak gelak guling2 pun ada...wakaka. Harap maaf la yer...salah tekaan korang semua tu. Takde maknanya aku nak menyepi, merajuk, membawa diri bagai ni. Aku masih setia di sini cuma tiada kesempatan untuk update...bz giler beb. Apa pun terima kasih semua yang sudi tanye khabar, ingat jugak korang kat aku yea...tanda sayang la tu kan kan kannnn?? Maaf jugak kerana tak sempat nak jenguk & singgah blog kengkawan yang lain...ada masa nanti aku blog walking sampai lebam okey...:)

Hmmm...niat dihati memang hari2 nak meng'update' blog ini dengan 1001 kisah dongeng tapi apakan daya...penat seharian mengadap komputer di opis dari pagi sampai ke malam membuatkan aku dah tak lalu nak mengadap my lappy kat umah...penat beb!! Tambahan pulak aku sering tak sihat...tak tau la nape asyik demam je akhir2 ni. Demam terkejut kot...hehehe. Mana tak nyer...asyik terima kejutan demi kejutan je mau tak tanjat gegurl giteww. Ni pun baru kebah dari demam tapi selsema masih tak hilang2 lagi...huhuhu. Maybe sebab stress & tak cukup rehat kot...tak pun sebab aku skip ubat. Syyhhh!! jangan kecoh2 pasal ubat tau, nanti aku kena marah ngan tuan doktor yang tak diiktiraf...ngeee~~

Actually, hidup aku agak tunggang terbalik sikit sejak kebelakangan ni, maklumlah publication Banci Ekonomi 2011 dah nak keluar...lebih parah lagi tarikh untuk publish tu telah diawalkan...huwaa!! Haru biru seluruh team kami bila dengar berita ni lepas meeting minggu lepas...sesak dada den bak kata bos aku. Suka suki jer dorang ubah tarikh tu...tapi apa boleh buat kan bertindak mengikut arahan. Dah la unit aku ada 5 orang staf je, lepas tu salah sorang anggota team kami dipinjam untuk membantu PKS pulak...lagi la tak cukup kakitangan nak buat semua keje...huhuhu.

Aku dah jadi lupa bila weekend sebab hari2 keje...tu pun rasa tak cukup 24 jam sehari...tapiiii...situasi ini tak lama lagi akan berakhir. Hanya tinggal sebulan lagi untuk kami semua harungi kesibukan ini. Lepas ni keadaan akan kembali normal. Rasa tak sabar nak melepasi 'zon busy' ini. Paling best pesanan yang tak lekang daripada bibir KPP kami adalah jaga kesihatan, jangan stress2 buat keje cam biasa...terbaekk dowh. Walaupun hakikatnya semua orang stress tahap gaban dan bawa virus bergilir2 kat opis tu...ahakkss!! Namun demi tugas dan tanggungjawab kami gagahi jua.

Psssttt!! Malam ni aku jadi budak baik tau sebab ambik ubat ikut aturan & waktu...hahaha. Korang jangan ingat aku takut ubat tau...cuma tak larat ngan kesan ubat selsema tu konpom mengantuk punye. Karang tertido kat opis haru biru jadi nyer...huahuahua. Okey guys, permisi dulu...gudnite & sweet dream...muahhh!!









Positively 2012 Memo Pad Calendar : May



        

        Accept what you want

        Change what you can










Sunday, April 15, 2012

Ada apa dengan janji??


Sebuah janji...ada apa dengan janji?? Maybe bagi sesetengah orang janji itu hanya perkara remeh temeh tapi bagi aku ia jadi satu isu yang besar. Entah mengapa aku jadi sensitif bila bab janji ni...pantang bagi aku kalau dah berjanji tapi tak ditepati. Aku tak kisah pun jika seseorang tak dapat nak tunaikan janji tapi at least bagitau la awal2...bukan nak paksa or marah pun jika tak dapat nak tunaikan janji tu. Aku yakin korang semua pun tahu kesan & akibat daripada tak menepati janji ni.

Aku pun faham kadang2 apa yang kita rancangkan tak semestinya kita dapat laksanakan, maybe akan wujud halangan. Aku akui kadang2 kita tak mampu nak tunaikan janji atas sebab2 yang tak dapat dielakkan. So, berterus terang itu lebih baik daripada membiarkan seseorang menunggu tanpa kepastian. Ibarat menunggu buah yang tak gugur. Memberi alasan lagi baik daripada diam seribu bahasa...sekurang2nya aku boleh tukar plan lain. Banyak urusan tergendala dek kerana sebuah janji. Owhhh!! Aku betul2 terkilan dan kesal dengan kejadian hari ini...huhuhu


# Mood yang tercalar & cuba memujuk diri sendiri.....:(

Thursday, April 5, 2012

Saturday, March 31, 2012

Merentasi 'zon busy'

Salam penuh keceriaan untuk semua...:)

Aucakkk?? Salam rindu buat semua pembaca yang lama aku tinggalkan, yang lama tak aku fikirkan. Errrkkk!! bajet cam ramai bebeno pembaca yang berkunjung konon...hahaha. Apa pun harapanku semoga korang semua dalam keadaan baik2 saje. Aku?? Alhamdulillah sihat adanya, jangan risau okey aku tetap comel lote cam dulu jugak...keh3...jangan pengsan dulu yer tapi terimalah kenyataan ituuuu...:))

Errmmm...agak lama aku menyepi daripada dunia blogging...buat seketika aku terlupa ngan kewujudan blog ini...haishhh!! Kali terakhir aku menulis kat sini sebulan yang lepas kot. Lama juga tempoh aku bertapa tu tapi tak kisah la kan?? Yang penting saat ini aku kembali meluangkan masa dan fikiran di sini. Terasa janggal plak untuk memulakan bicara di ruangan ini. Agak kematu juga la jari jemari ku ini...almaklumlah dah lama benar jari jemari ini tidak menari2 di atas keyboard untuk menitipkan bicara cinta...opppsss!!

Actually, rasa bersalah pun ada juga kerana tak menunaikan kata, janjinya nak update...tapi dah berdate-date tak up-up pun. Adesss!! so soriiii guys...ke'bizi'an yang melanda diri. Cuti panjang tempoh hari pun tak sempat nak jenguk blog dek sibuk ngan kenduri kendara kat kampung. Hehehe...alasan lagi kannnn. Namun percayalahhhh bak kata Siti Nurhaliza itu...ini bukan alasan semata2 tau, yang sebenar2 nyer aku memang dilanda kesibukkan kebelakangan ini. Dengan itu diumumkan bahawasanya aku mempunyai masa yang sangat2 terhad untuk bersosial di alam maya ini buat sementara waktu sehingga keadaan kembali pulih...so harapnya terjawablah segala persoalan akan kehilanganku itu...ekekeke.

Rupa2 nyer ada juga yang terperasan kehilanganku di sini...ngeee. Bukan merajuk atau membawa diri cuma kekangan masa yang tak mengizinkan dan tuntutan tugas yang memerlukan tumpuan untuk diselesaikan dengan segera. Untuk pengetahuan semua,  aku betul2 berada dalam 'zon busy' sekarang ini sehingga end of April. Itu due date yang diberikan untuk finalize data jer...lum lagi nak keluarkan publication. Bukan satu dua yang nak kena semak tapi beribu ribu lemon kau. Aduhhh...betul2 stresss beb. Macam-macam perasaan yang bercampur-baur...ada penat, ada pening, ada tekanan (dah tentu la kannn), ada debaran, ada risau, ada muak, ada bosan dan bla bla bla... Pendek kata, macam-macam bentuk perasaanlah...tu belum lagi panjang kata...kalau ada tak tau nak kata la kannnn...

Tengok, hari minggu pun aku terpaksa datang date kat opis ni...betapa rajin nyer aku sejak kebelakangan ini kannn?? Apa boleh buat banyak lagi kerja2 yang belum disettlekan. Tambahan pula tarikh penyerahan kerja2 semakan ni telah diawalkan daripada yang sepatutnya, wajib disiapkan pada 20hb April pulak dah tapi masih ada 7000 lebih lagi data nak kena semak ni. Huwaaa!! camne nih...tolong aku wessss. Dah nak muntah hijau aku menengok nombor2 ni semua, namun terpaksa ku siapkan jugak...chaiyyokkk2!!

Tapi, dalam kesibukkan & kebuntuan itu, aku bersyukur kerana mempunyai dua orang bos yang sangat2 memahami dan sporting morting gitu u. Tq boss di atas tunjuk ajar kalian berdua...tunjuk ajarku sifu kan...hehehe. Walaupun berada dalam tekanan kami masih mampu berkerjasama dalam suasana yang enjoy...hahaha...hanya kami jer yang tau situasi yang sebenarnya. Apa pun you're the best...terbaekkk la boss. Tabik spring toink toink lagi ni...hahaha.

Aku berharap dalam situasi yang tidak menentu sekarang ini...aku akan menjadi seorang yang sabar dan tabah, miliki fizikal & mental yang kuat, punyai timbang rasa, yang punya disiplin, dan punya tanggungjawab. Dalam waktu yang sama, aku juga berharap aku diberikan kesihatan yang baik supaya aku dapat melaksanakan tanggungjawabku dengan dengan lancar...mudah mudahan segalanya dipermudahkan oleh Allah...amin...:)

Okeylah guys...aku tamatkan dulu catatanku sampai di sini. Nak sambung buat kerja lak ni...curi masa jap update entry sambil merehatkan mata daripada merenung nombor2 ini. Doaku bersama kalian yang sentiasa berhati mulia & bersih. Semoga kita bertemu lagi di waktu yang mendatang. Sehingga berjumpa lagi...peace...^_^


p/s : kalau lambat update tu tandanya aku sengaja memberi peluang dan ruang untuk kalian semua merindui ku...weeee~~



Positively 2012 Memo Pad Calendar : March




Life is good

Enjoy the little things....^_^





Wednesday, February 29, 2012

Tahniah untukmu teman

Salam penuh keceriaan untuk semua...:)

Today is February 29. First of all, happy belated birthday for those who were born on this day. 

Empat tahun sekali wooo nak celebrate birthday dorang tu...huhuhu...penantian penuh kesabaran untuk menanti hari & tarikh istimewa ini. Bukan sekejap nak tunggu selama 4 tahun tu kannn?? Aku sendiri pun tak pasti samada masih berpeluang untuk menemui 29hb akan datang...di manakah aku saat itu? Ibu bapa dan family aku bagaimana? Hmmm...banyak pulak persoalan yang muncul di benak fikiran tapi kita lupakan dulu semua persoalan itu buat sementara waktu.

Hari ini 29hb dalam kenangan buat aku & teman2. Hari ini merupakan hari terakhir bagi salah seorang officemate aku berkhidmat di DOS tersebut. Setelah lebih setahun kami bersama...bergurau senda, bergelak ketawa, bertepuk tampar, mengharungi suka duka bersama...akhirnya tiba jua hari untuk kami berpisah...huhuhu. Sayu gak rasa hati namun aku turut tumpang gembira dan bahagia untukmu teman. Najwa...budak kecik yang comel yang selalu kena tepuk tampar ngan aku...lepas ni dah tak boleh nak tepuk2 dak tecik tu lagi bila lalu kat belakang korang. Sorry yer Dik Wawa yang comel sebab selalu jadi mangsa tepuk2 manja dari kakak mu ini...hehehe. Dah tak boleh nak bergosip2 lagi kan...pasti aku akan merindui saat2 kita bersama...huhuhu.

Tengahari tadi kami sempat meluangkan masa makan tengahari bersama2. Walaupun sekadar makan KFC & McD je tapi cukup meriah dan happening. Dengan masa yang terhad dan suasana yang sesak tapi masih enjoy ngan makanan masing2 dan satu hal yang sinonim dengan geng ni adalah sangat giler bergambar kan korang ni...hahaha. Pantang ada peluang asyik nak berfotogedik jer keje nyer...aduiii. Kannn dah lewat masuk opis petang tadi...hehehe.

Apapun good luck & all the best untuk Wawa...pertama sebab berjaya menyambung pengajiannya di peringkat master. Kedua, sebab bakal menamatkan zaman bujang pada 11hb Mac nanti. Belajar rajin2 tau dan selamat menempuh alam rumahtangga...semoga berbahagia sokmo dan berkekalan hingga ke akhir hayat. Terkilan gak tak dapat hadir majlis kahwin Wawa kat Kelate nanti...sorry banyak2 ada majlis gak yang berlangsung kat umah time tu. Walaupun tak dapat hadir tapi doa tetap ku titipkan untuk kalian berdua. Tahniah sekali lagi...selamat pengantin baru Wa semoga jadi isteri yang solehah...:)






 

Monday, February 27, 2012

Thursday, February 23, 2012

Karnival WOW Putrajaya 2012 Kembali Lagi!!


Salam penuh keceriaan untuk semua...:)


Wowww!! Karnival WOW Putrajaya kembali lagi. Yeayyy!! jommm serbu...hehehe. Cam best jer bunyi nyer kan. So, kepada sape2 yang tak tahu nak ke mana hujung minggu ni apa kata datang ramai2 ke karnival ni...bawa semua family, saudara mara, sepupu sepapat  pi serbu ramai2 okey...:)






Tarikh :
23 - 26 Februari 2012

Tempat :
Persisiran Tasik Presint 2, Putrajaya
 

Antara acara menarik :
  • Wow! Crazy Chef
  •  Hot Air Balloon
  • Tattoo ATM
  • WOW Star Search
  • Man Kidal & Frenz (Klinik Gitar)
  • Pertandingan Anak Seiras Ibu & Bapa
  • Artis Baskin Corner
  • Vintage Car
  • Laman Seni (Seni Kraftangan & Batik)
  • Perak & Kelantan Cultural Showcase
  • Pertandingan Wow Sausage Warrior
  • Konsert Wow! Putrajaya
  • Pertunjukan Bunga Api
  • Gerai Jualan/Pameran Upin & Ipin
  • Kejohanan Futsal Terbuka Putrajaya

 
Wowww!! Macam2 ada weiii...dan tak ketinggalan juga pelbagai booth jualan disediakan. So, apa tunggu lagi jangan lepaskan peluang ini moh kita pi serbuuuuu...jumpa di sanaaaaa!!






Wednesday, February 15, 2012

HEPY BESDAY TO ME~~

Salam penuh keceriaan untuk semua...:)

Kepenatan, keletihan, kelesuan, kemengantukkan, kemalasan...pendek kata pelbagai rasa yang secukup rasalah yang ku rasai saat ini. Adesss!! berapa banyak rasa daaa...don't worry be happy aku takkan merapu panjang2 malam ni cuma sekadar entry pendek ucapan terima kasih kepada semua teman2 yang aku hargai sekalian.

Tanggal 14 February tiba lagi, bermakna genaplah setahun lagi umurku. Alhamdulillah... syukur ke hadrat Ilahi kerana hari ini aku masih diberi peluang untuk menghirup udara di muka bumi ini. Terima kasih Ya Allah kerana memanjangkan umur hamba Mu ini. Telah banyak dosa dan kesilapan yang telah aku lakukan sepanjang hidup ini namun Kau masih memberikan ku peluang menghuni dunia ini...huhuhu. Semoga usia yang meningkat ini seiringan dengan segala kebaikan...amin.

Wahhh!! pelbagai ucapan aku terima sejak dari semalam menerusi mesej, panggilan telefon, pm fb, wall post facebook, tagged, netlog dan emel ucapan "selamat hari lahir". Ni pun aku baru habis membalas segala ucapan teman2 di wall fb. Terima kasih tak terhingga atas semua ucapan kalian, aku sangat2 menghargai ucapan dan perhatian korang semua. Aku sangat2 tersentuh dengan ucapan yang diiringan dengan doa untukku. 


"Sanah helwah...semoga hanya kebaikan yang mengiringimu..."

"Selamat hari lahir sahabat...semoga panjang umur & murah rezeki..."

"Happy birthday...may Allah bless u always"

"Epy besday...semoga panjang umur & ceria selalu..."


Serius ucapan2 tersebut sangat terkesan di lubuk sanubariku. Sesungguhnya kata2 'semoga' selepas ucapan itu sangat2 bermakna dan paling berharga buatku. Itulah hadiah yang paling berharga dan terindah buatku. Ianya memberi seribu makna bagiku. Semoga apa yang diucapkan tu menjadi doa untukku. Amin Ya Rabbal Alamin. Aku juga turut mendoakan yang sama untuk semua...

Hahaha...dalam banyak2 ucapan yang aku terima, terselit jugak la doa daripada kengkawan semoga aku dapat jodoh tahun ni. Aduhaiii...ngeri gak aku dibuatnya walaupun kembang jugalah kelopak2 bunga dalam taman hati ini...weee. Normal la...aku pun manusia biasa punya hati dan perasaan ada naluri ingin hidup berpasangan, ingin disayangi & menyayangi...ingin dicintai & mencintai...cuma jodohku belum tiba saat ini. Kepada mereka yang bertanya aku tiada jawapan untuk persoalan itu buat masa ini. Tapi bagi yang mendoakan jodohku, jutaan terima kasih yang mampu aku ucapan...InsyaAllah ada jodoh aku akan menghantar undangan untuk kalian semua...peace!!

Alamakkk!! dah berjela2 panjang nyer entri ni, first tadi cakap pendek jer kan...terlebeyy suda...hahaha. Syok plak menaip tetiba...ahakkss. Ok2 nak stop dah ni, mata pun dah layu. Btw millions thanks to all of u guys...sangat gembira dan terharu dengan perhatian dan penghargaan kawan2 sekalian. Terima kasih sekali lagi atas ucapan dan doa2 kalian sempena ulangtahun kelahiranku ini. Friendship forever & love u all...Ù •●❤(✿ ◕‿♥) ♥♥♥~~




Friday, February 10, 2012

Bicara Hati.....♥♥♥~


Tidak MUDAH tersenyum ketika hati menangis dan terhiris
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari itu bagian dari kasih sayang Allah
Agar Allah memindahkan kebaikan-kebaikan orang yang menyakiti kita

Tidak MUDAH bangkit dalam keadaan terpuruk
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari...
Bahwa Allah sedang menyapa dengan cinta-Nya Agar kita tumbuh besar dan kuat

Tidak MUDAH memberi ketika diri sendiri dalam kekurangan
Tapi akan terasa INDAH ketika kita bisa membahagiakan orang lain
Bukan membahagiakan diri sendiri

Tidak MUDAH memaafkan ketika kita dibenci dan dihina
Tapi akan terasa INDAH kalau itu bagian dari penyucian diri...
Dan ikhlas hanya mengharap redha Allah

Tidak MUDAH melupakan kegagalan ketika kita masih berkubang didalamnya
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itu adalah awal dari kejayaan kita

Tidak MUDAH melupakan masa lalu yang menyakitkan
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itulah jalan yang harus ditempuh
Untuk mengawali kebahagiaan yang akan diberikan Allah sebagai penggantinya

Tidak MUDAH menghilangkan duka kerana kehilangan
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari...
Bahawa Allah telah meminjamkan kepada kita beberapa saat

Tidak MUDAH menghadapi penderitaan dan cubaan yang terus mendera
Tapi akan terasa INDAH ketika menumbuhkan kesabaran dan rasa syukur
Dan menyedari itu bagian dari cara Allah menyayangi hambanya...
Seperti Allah menyayangi para Nabi dan Rasul-Nya... ♥

Indahnya bait2 bicara ini yang sedikit sebanyak memberi sumber inspirasi kepada diriku. Sememangnya tidak mudah untuk kita menjalani kehidupan yang penuh onak dan duri ini. Namun yakinlah bahawa di saat tiada seorang pun insan di sisi kita DIA tetap ada untuk hambaNya. Terima kasih my officemate Atie yang menitipkan kata2 yang indah ini untukku. So inspire me dear. Semoga bait2 bicara ini juga bisa memberi inspirasi kepada anda semua...^_^




Wednesday, February 8, 2012

Cerita Cuti Cuti Malaysia

Salam penuh keceriaan untuk semua...:)

Haishhh!! Apa nak jadi ler ni, asal buka blog jer mood asyik ke laut...baru jer start nak menaip mood ke laut wehhh...adeiii. Saat ini aku dilanda kebosanan tahap cipan suda ni...seminggu jugak la aku kena tinggal dek dorang ni. Boring siot cam patung bernyawa jer kat umah ni. Housemate aku tu kalau dah balik kampung tak hengat nak balik sini dah...kalau tak genap seminggu memang tak sah, sabor je la aku kat uamh ni sensorang...huhuhu.

Empat hari cuti memang membosankan tambah2 lak kena tinggal sensorang kat umah ni. Kalau ada teman tu ok la jugak kannnn, at least boleh la borak2 gosip2 mengimbau nostalgia lama...hehehe. Ni tak asyik tgk dinding...tgk tv...naik cemuh dah aihhh. Hmmm...cuti hujung minggu dua hari tu takde la aku tengok dinding & tv je...aku mengemas umah...hambek ko habis satu umah aku kemas. Mau terkejut dinasour geng umah aku nanti tengok suasana dah berubah wajah...weeeee. Penat tapi puas hati tengok keadaan rumah yang kemas dan bersih...sorry geng aku dah buang apa yang tak patut kat umah kita tu...:)

Cuti sempena Maulidur Rasul & Thaipusam pulak aku menghabiskan masa kat rumah abangku di Bangi. Yesszzaa!! Hilang bosan dok kat sana sebab bz melayan karenah anak buah yang sorang tu. Hmmm...tetiba rindu lak ngan my hero lil otomen tu...dua hari ni asyik dok berkepit ngan dia jer. Macam2 karenah dan ragam tapi cukup menghiburkan hati ngan kaletahnya yang nakal tu. Petang tadi bawa dia jenjalan kat Taman Botani Putrajaya, memandangkan hari ni kakak ipar lupa nak beli roti jadi acara memberi makan ikan tak dapat ditunaikan...cian lak tengok muka seposen lil otomen tak dapat bagi makan ikan...hahaha. Tapi lepas tu dia lak yang dera kami, ajak jenjalan kat taman tu siap nak daki bukit panjat tangga lagi. Hadoiii...mengah gak la nak daki tangga tu satu persatu...dia rileks jer siap lari2 lagi...semput aku wehhh, dah lama tak buat aktiviti2 lasak ni. 

By the way, best gak kalau korang nak beriadah kat Taman Botani tu...macam2 aktiviti boleh buat. Suasana pun tenang aman damai...memang sesuai la ngan jiwa aku yang suka kehijauan & kedamaian ni...ececehh. Biasanya aku tak explore pun taman tu just temankan anak buah dok baling2 roti pada ikan2 kat kolam tu jer tapi hari ni jauh sikit berjalan...hahaha. Dah lama dok Putrajaya tapi aku sendiri pun tak pernah jalan2 kat sini...sadis betul kan padahal dekat jer ngan umah...adess. 

Hari ni ramai pengunjung yang datang tak seperti hujung minggu biasa, maybe ambik kesempatan cuti2 Malaysia ni bawa family bersiar2 kot. Macam2 aktiviti dorang buat...ada yang piknik, ada yang berfotografi, ada yang jalan2 menikmati keindahan alam, ada yang dating & macam2 lagi la. Tapi siyes best buang masa kat situ kalau nak dibandingkan lepaking di mall...kalau ada masa tu boleh la datang berkunjung, konpom korang tak menyesal punye...:)



Ni ler my hero dak encem...lil otomen...:)






 

Tuesday, January 31, 2012

Positively 2012 Memo Pad Calendar : January






Life is brief and fragile...
Do what which makes you happy !!









Sebulan telah berlalu

Salam penuh kerinduan untuk semua...:)

Wassup guys!! Rindu korang semua...huhuhu. Diam tak diam kita sudah pun berada di penghujung bulan Januari. Cepatnya masa berlalu meninggalkan kita, seperti baru semalam menyambut ketibaan tahun baru 2012 kannn?? Permulaan tahun baru yang amat sibuk bagi diriku sehinggakan tiada ruang untuk menitipkan secebis coretan di blog ini.  Ingatkan boleh la berehat panjang selepas kontrak ku di DOSM tamat pada 31 Disember 2011 tempoh hari, namun impian itu terpaksa dilupakan.

Alhamdulillah, syukur rezeki ku masih ada...khidmatku masih diperlukan di sini. Kontrak kerja ku disambung lagi selama setahun di jabatan yang sama, seksyen yang sama, unit yang sama dan bos yang sama. Terima kasih daun keladi kepada kalian semua di BPP kerana masih sudi menerima kehadiran ku di sini. Sepanjang tempoh sebulan ini memang strunggle giler menyiapkan kerja2 di pejabat yang perlu diselesaikan mengikut tarikh yang ditetapkan. Hari2 terpaksa balik lewat. Hari minggu pula terpaksa lupakan niat nak jenjalan cari pasal, ronda2 cuci mata dan takde peluang nak sleeping beauty kat umah kerana aku & the geng berkampung kat opis...huhuhu. 

Stress...pening...serabut...nak muntah...segala macam perasaan ada bercampur baur, hanya kami yang mengalami jer tau situasi itu...adoyyaiii!! Dek kerana kesibukkan dengan kerja2 tersebut ditambah pulak dengan kesihatan diri yang tidak memuaskan...demam + selsema + batuk...full package tuuuu. Hadoiii... memang betul2 menyiksakan. Oleh sebab itu mood serta emosi aku sedikit terganggu. Maaf di atas layanan tak seberapa yang mungkin mengguriskan hati sesetengah pihak.  Aku tahu ada yang jauh hati dengan aku dalam tempoh ini. So sorry guys...bukan niat ku untuk menambah luka di hati kalian. Mungkin situasi di saat itu yang membuatkan aku acuh tak acuh dalam memberikan layanan yang mesra. Thanks Along...my cousin yang berkerja di Pusrawi KLIA kerana sudi pos laju ubat2an tersebut terus ke office ku...huhuhu. Cayang Long ketat2...>.<

So, cuti sempena sambutan Tahun Baru Cina baru2 ini aku mengambil peluang keemasan itu untuk pulang bercuti di kampung. Hasrat di hati agar aku dapat cuti dan berehat dengan serehat rehatnya di kampung terchenta. Sekali lagi angan2 ku musnah...adesss!! Cuti yang lebih seminggu itu penuh dengan jemputan kenduri kendara. Penat tiba di kampung belum lagi hilang aku nak kena jalan jauh plak haihhh. Dari Kelate ke Kulim menuju pula ke Penang dan terus  menghala ke Sungai Petani...begitulah jauh nyer perjalanan yang aku tempuhi. Sakit pinggang2 woooo...!!

Selesai majlis cari menantu di utara...kembali meneruskan kemeriahan kenduri kendara ngan majlis kahwin sepupu ku di Kelate la pulak. Meriah sangat2...opkoz la rumah aku yang menjadi port sedara mara berkampung sebelum majlis bermula. Memang gempak habis...cam kat umah aku lak yang buat kenduri. Seronok sesangat sebab bukan selalu kami dapat berkumpul ramai2 seperti itu. Kecoh dengan pelbagai gelagat dan karenah...yang tua dengan cara mereka, yang muda ngan agenda dorang, kanak2 ribena lak ngan keletah riang ria nyer...macam2 ragam ada...ahaksss!! Aku dan family selaku tuan umah memang tak menang tangan melayan mereka semua...hehehe. 

Dannnnn...aku jugak menerima banyak jemputan dari kengkawan tapi sekali lagi maaf kerana tidak dapat hadir memeriahkan majlis korang atas sebab2 yang tak dapat dielakkan. Apapun tahniah di atas perkahwinan kalian, doaku sentiasa mengiringi kalian semua semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat & dikurniakan cahayamata yang comey sebagai penyeri rumahtangga kalian...^_^

Dalam kegembiraan dan kemeriahan itu terselit kedukaan. Tanpa diduga musibah menimpa. Mak saudara ku yang bongsu yang menetap di Kedah terlibat dengan kemalangan. Syukur umurnya masih panjang. Mak Su yang lebih mesra dengan panggilan Su Na di kalangan kami semua mengalami kecederaan retak dan patah tulang tangan kanan & menerima jahitan di dagu serta di lutut sahaja. Anak2 nyer yang berdua itu juga selamat dan cuma mengalami kecederaan ringan. Sekarang ini Su Na masih berada di rumah family ku di kampung dan dijaga oleh kedua ibu bapa ku untuk mendapatkan rawatan lanjut. Semoga Su Na cepat sembuh daripada kecederaannya...amin. 

Dalam tak sedar sudah genap setahun  My Sweet Corner wujud di alam maya ini. Banyak juga cerita kisah suka duka yang aku kongsikan di sini. Harapan ku agar aku terus diberi kesempatan untuk menarikan jari jemari ku untuk menaip bait2 kata di ruangan yang tak seberapa ini. Terima kasih kepada teman2 dan anda semua yang menyokong dan memberikan semangat untuk ku terus mencoret di sini. Walau tak pernah bersua namun kita menjadi akrab di dunia maya. Thanks again...tanpa anda siapalah aku...korang adalah matahariku...love u all....♥♥♥





Tuesday, January 3, 2012

Yeahhh!! New Free Shoutbox : Shout.Busuk.Org


Salam penuh keceriaan untuk semua...:)

Seperti yang semua sedia maklum shoutbox atau shoutmix tidak lagi disediakan secara percuma. Jadi tak boleh la nak jerit2 tinggalkan tapak kaki kat blog kengkawan semua kan...tapi jangan risau ada penyelesaiannya. Sekarang ini pihak busuk.org telah menyediakan shoutbox percuma kepada anda semua. So, apa tunggu lagi moh la jerit2 guna shoutbox baru ni...hehehe. Aku sudah....anda bila lagi?? Gunalah produk buatan tempatan....weee~~

Jommm...cekidout !!


Apakah ciri-ciri yang ada pada shoutbox busuk?
  1. Real-time chat - Maknanya anda tak perlu lagi nak refresh shoutbox anda setiap kali nak tengok mesej baru
  2. Custom smilies - Kami menyediakan hampir 100 bentuk emoticon smilies untuk anda. Bukan itu saja, anda juga boleh menggunakan smiley anda sendiri dan boleh pilih sama ada ingin menggunakan bersama smilies kami ataupun menggunakan smilies anda sahaja.
  3. Customizable - Anda juga boleh customize color shoutbox anda mengikut color yang anda sukai atau bersesuaian dengan laman web anda
  4. Word filter - Tak suka dengan sesuatu perkataan? Anda boleh filter perkataan tersebut dan menggantikannya dengan perkataan yang lain.
  5. Ban system - Anda boleh menggunakan ban system kami untuk menghalang sesiapa sahaja daripada menggunakan shoutbox anda
  6. Online user counter - Memaparkan bilangan user online yang sedang menggunakan shoutbox anda
  7. FREE! - Dan yang paling penting sekali, shoutbox yang kami sediakan ini adalah percuma!

Daftar di sini


Sunday, January 1, 2012

First day of 2012


Salam penuh keceriaan untuk semua...:)

01.01.2012....It is the first day of 2012!! Yeahhh!! Hari baru dengan semangat yang baru namun aku yang kurang bersemangat pulak. Aku berteman sepi...kini aku sendiri...tetiba rasa nak nyanyi lagu Erra Fazira plak. Aduhhh...mood kebosanan tahap gaban suda ni. Aku sendirian lagi...boring yang amat lepaking sensorang di rumah...huhuhu. Housemate aku Si Zura tu cam tak reti2 nak balik plak dah aihhh, dari cuti krismas bersambung terus cuti tahun baru tu...sakan plak budak tu balik bercuti kat kampung. Si Zila pulak baru jer datang keje 2 hari dah balik kampung lagi. Sangat2 jeles okey...korang syok2 bercuti kat kampung aku sorang2 di sini...huwaaa!!

Actually, sepatutnya aku join trip ke Teluk Batik & Pulau Pangkor selama 3 hari 2 malam tapi terpaksa dibatalkan dek masalah kesihatan ku yang tak mengizinkan. Demam + selsema + batuk....fuhhh!! full package tu. Hadoiii...memang amat menyeksakan tapi masih lagi mampu bertahan. Aku jarang jatuh sakit tapi bila dah sakit tu sendiri mau ingat la beb...konpom melarat punyer. Alangkah bagus nyer time2 sakit ni aku menghabiskan masa berehat di kampung...tapi sayang seribu kali sayang tiket untuk balik Kelate semua sold out...miss my home sweet home...huhuhu.

Sudahnya tinggal ler aku sendirian bertemankan sepi kat umah ni. Bosan online...aku tengok tv pastu tv plak yang tengok aku...adesss!! Hilang arah jadi nyer sensorang camni...mati kutu dibuatnya. Hmmm...mata dah mula layu, kemengantukkan sudah melanda diri...hebat betul penangan ubat selsema & batuk ni....huhuhu.

Ayam tak patuk,
Itik tak sudu,
Mata dah mengantuk,
Ku mohon berundur dulu.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...