Sunday, October 30, 2011

Penyu menangis lagi...

Salam penuh keceriaan untuk semua...:)

HAHAHAHA...bagi aku gelak dulu yer sebelum sambung entri. Aku tau malam ni mesti ada yang senyum lebar sampai ke telinga kan?? Dannn...mesti ada gak yang masam mencuka kan?? Ni semua dek penangan final Piala Malaysia sebentar tadi. Rata2 semua teruja untuk saksikan perlawanan Sang Rusa vs Sang penyu...hobin jang hobin & peteh ganu peteh. Hahahaha...aku sebenarnya nak tergelak besar malam ni bukan sebab ganu kalah tetapi dek gelagat housemate aku yang dua orang nih. Aku bukan penyokong kedua2 pasukan tersebut tapi dalam hati aku sokong team nogori malam ni...hehehe. Sejak dari awal permainan aku agak nogori menang malam ni...ternyata ramalanku benar belaka...ececehh.

Aku pun excited juga sebenarnya nak tengok bola malam ni...tapi aku join tengok separuh masa pertama jer...pastu aku angkat kaki masuk bilik layan fb...hehehe. Bukan sebab pasukan yang aku sokong tak dapat masuk final tetapi housemate aku yang berdua ni semua oghang ganu...jadi rasa nyer korang leh bayangkan la betapa excited nyer mereka itu. Mula2 aku layan jer game tu...rilek jer. Time sang rusa menyerang aku memang rasa happy giler tapi takde la sampai terjerit2...senyum je tak perlu kata apa2...pastu dok tahan gelak dalam hati tengok ekspresi muka member berdua tu. Nak gelak guling2 beb rasa nyer...sabo je la...hahaha. 

Hajat di hati memang nak layan game sampai habis...namun hajat tu tetiba terbantut. Tak tahan dengar dorang dok beri arahan kepada pemain2 dan menjadi pengulas sukan yang tak bertauliah tu...terus hilang mood. Pergghhh!! lagak cam jurulatih la plak dorang ni...padahal bukan nyer deme tu dengar apa yang dikabo tu...keh3. Haishhh!! potong stim sungguh la dorang ni.

Masuk bilik on lappy layan fb, balas komen kat wall...pastu dok chat pasal bola gak ngan sorang member geng perak. Dari dalam bilik aku dapat dengar dengan jelas lagi sorakan...pekikan...ulasan dorang tu. Cam nak runtuh jer umah saat Terengganu jaringkan gol...bagi can je la kat dorang kan meraikan gol pertama...dalam hati aku berkata2...satgi kena la demo tuh. Tapi aku bukan anti ganu yea...kang tak pasal2 kena serang ngan oghang ganu...aku cuma seronok ngan gelagat member berdua ni haaa...

Aku ikuti jugak perkembangan melalui update status member2 fb. Tiba saat nismilan menyamakan kedudukan...yesszzzaaa!! i like...hahaha...tetiba senyap umah cam dilanggar garuda. Aku keluar jap pi ambik air masak & sempat jenguk dorang yang penuh rasa kecewa...ingat nak bahan jer dorang tu tapi kesian la plak nak tengok penyu menangis...huahuahua.

alahaiiii...penyu menangis lagi malam ini...sob sob sob...

Lebih parah lagi gol kedua nismilan telah menambahkan frust menungging dorang berdua. Mula2 aku heran gak la nape dorang senyap jer kat luar tu tapi umah sebelah lak dok terjerit2...rupa2 nyer penyu hampir tewas di tangan rusa. Hadoiiii...punya la sadis aku tengok muka masing2...lum habis game lagi dorang dah tukar chanel lain...pastu terus off tv masuk bilik...hahaha. Jangan la gundah gulana kengkawan tahun depan ada lagi. Apapun tahniah kepada juara Piala Malaysia tahun ini...hobin jang hobin...jangan marah yer penyokong Terengganu especially my housemate Zila & Zura...semoga lena diulit mimpi malam ni...:)


p/s : credit picture to oris isme <<< tido dalam senyum jang malam ni yo...hehehe

Thursday, October 27, 2011

Spontaneous Thursday #9


Kadang kadang aku tak paham...
Kadang kadang aku tak ingat...
Kadang kadang aku tak tahu...
Kadang kadang aku tak prihatin...
Kadang kadang aku gembira... 
Kadang kadang aku sedih...
Kadang kadang aku benci...
Kadang kadang aku rindu...
Kadang kadang aku ketawa...
Kadang kadang aku menangis...
Kadang kadang aku emosional... 
Kadang kadang aku menyesal...
Kadang kadang aku tertekan...
Kadang kadang aku kecewa...
Kadang kadang aku kuat...
Kadang kadang aku lemah...



Itu kerana aku punya hati & perasaan...

AKU kan MANUSIA.



Wednesday, October 26, 2011

Monday, October 24, 2011

~Bagaimana Menyayangi Seseorang~





1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu hubungan
berdasarkan perasaan, ia hanya akan gagal karena perasaan senantiasa berubah dari masa ke masa.

2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sebenarnya seorang yang istimewa dan biarkan dianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia karena sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya karena dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sekali kali mencuba untuk mempermainkan keluhuran cintanya.

4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan membuat alasan supaya dia menerima cinta anda karena kelak, yang akan anda dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.

5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia karena dia telah cukup sempurna semenjak anda mulai terpikat padanya.

6. Percaya akan dirinya. Senantiasa berbaik sangka padanya, jika kita juga menginginkan begitu darinya . Pastikan anda akan senantiasa memperlakukan diri anda pada tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apalagi dia.

7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, niscaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa alasan. Dia bukan hanya akan menangis kecewa dan kemudian meneruskan hidupnya seperti biasa, ketahuilah bahwa jiwanya akan mati secara perlahan.

10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, mendapatkan hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda peroleh setelah anda berjaya menyayanginya hingga akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah karena dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha dengan segala upaya untuk memenangkan cintanya, maka dengan itu haruslah anda juga berusaha untuk terus mencintai dirinya apapun keadaannya.





 p/s : perkongsian artikel daripada rakan sekerja...tq Nad...^_^



Friday, October 21, 2011

Cinta Di Muka Buku....tapiii...Putus Di Twitter...alamakkkk !!


Hello guys...


 Cinta muka buku??

Ehhh...
Ehhh...

Dah putus di twitter??

Ape kes ??


Amboiii...
Dulu kemain lagi bercintan cintun di laman muka buku...
Sekarang dah putus di twitter plak...adoyyaiii !!
Canggih manggih betul bebudak zaman IT nih. 
Bercinta di alam cyber...putus pun di alam maya jugak...huhuhu
Macam2 hal la...apa kata kita layan kisah cinta dorang...:)


Permulaan sebuah kisah cinta...
detik pertemuan di muka buku...mula berputik dan berkembang mekar...






Namun...

Mengapa begini akhirnya sebuah kisah...???







 Hahahaha...
Sangat cool okay lagu2 nih...last part yang tak bleh blah betul...:)
Ada sapa2 yang nak miliki cinta yang last tu??



Thursday, October 20, 2011

Spontaneous Thursday #8


Ini nak kena siap...itu nak kena check...
Ini nak cepat...itu plak urgent...
Itu ini...begitu begini...
Tak tercapai dek tanganku...
Adoiyyaaiiii !!!


Wednesday, October 19, 2011

Saya, Blog dan Pembaca


Selamat tengahari semua !!

Woww!! Abang Ben buat segmen...jom2 join...klik SINI.
Orang sibuk dok lunch aku sibuk join segmen plak...haishhh!! 
Bukan aku diet okay...tapi perut masih kenyang lagi ni.
Kalau lapar pas ni, makan yang ringan2 jer...
Stok biskut kering banyak dalam laci ni....hehehe.


SAYA
Seorang yang simple jer...menjalani kehidupan yang sederhana...ceria dan senyum sokmo...:)


BLOG

Actually takde apa yang istimewa pun tentang blog ni. Saje suka2 buat blog...aku merapu meraban jer kat dalam ni...hehehe. Lagipun aku bukanlah seorang blogger yang tegar. Time ada kelapangan...ada cerita...ada la aku merapu dalam ni, kalau tak bersawang la jawabnya. Kiranya satu ruangan untuk aku meluahkan dan kongsikan apa2 saja. 


PEMBACA

Sudah tentu la kamu...kamu...kamu dan kamu sekalian yang sudi singgah dan membaca entri2 merapu dari aku. Blog tak femes ni entah ada entah kan takde orang nak baca kan...ngeh3. Apapun terima kasih daun keladi kepada si cantik manis jelita & si tampan kacak bergaya yang sudi singgah dan komen2 kat sini.
Kunjungan anda amatlah dihargai.
Kalian adalah pembakar semangat ku untuk berblogging.
Salam perkenalan untuk semua & happy blogging...^_^



Wordless Wednesday #9







Tuesday, October 18, 2011

10 Surah yang mujarab daripada Nabi S.A.W

Salam penuh keceriaan untuk semua...:)

Haiiii kawan2...korang semua sihat ke?? Harap2 sihat walafiat la ye di samping rutin harian & insan2 yang tersayang. Hari ni aku takde nak update apa pun cuma nak share satu artikel tentang surah2 yang boleh dijadikan amalan dalam kehidupan kita seharian. Semoga dengan apa yang dikongsikan ini memberi manfaat kepada kita semua...InsyaAllah.

1. Surah Al-Fatihah

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

2. Surah Yaasin 


Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

3. Surah Ad-Dhukhan

 
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.


4. Surah Al-Waqi'ah


Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.


5. Surah Al-Kautsar

 
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

6. Surah Al-Kafirun


Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

7. Surah Al-Mulk


Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur..

8. Surah Al-Ikhlas


Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : “Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya. ” Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”

9. Surah Al-Falaq


Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

10. Surah An-Nas


Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati

Semoga menjadi amalan harian kita untuk membaca surah-surah berikut.

Wasallam.

Sumber : MataHati AinulQalbi FB

Sunday, October 16, 2011

Segmen : Blogger Pilihan TERJAH




Selamat berhujung minggu kengkawan...:)

Korang nampak tak header Chegu Zubir kat atas tu??
Bermakna....aku nak join segmen rakan blogger la tewww....hehehe.
Dah lama tak buat aksi TERJAH menerjah ni...
Rindu nak TERJAH...dan seronok di TERJAH...^_^
Sesape nak join meh terjah SINI...cepat sementara stok masih ada !!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...