Friday, September 30, 2011

Kenangan majlis sambutan hari raya di BPP

Salam penuh keceriaan untuk semua...:)

Syawal dah melabuhkan tirainya tapi rasa2 nyer minggu ni masih rancak lagi menerima undangan rumah terbuka di sana sini. Meriah sungguh mereka ini beraya...hehehe. Kalau dah terima undangan tu pergi je la yer...rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari...dok gitu kengkawan?? Rehat yang panjang hari ni sesaje jer aku nak kongsi cerita sambutan raya kat jabatan aku minggu lepas...cerita dah basi pun tapi baru sempat nak update. Almaklumlah semenjak dua menjak ni kebizian melanda...tak sempat aku nak mengonlinekan diri...huhuhu.


Pengalaman kali pertama menyambut raya dengan rakan2 sepejabat yang ramai memang seronok & meriah. Macam2 aksi dan gelagat dari dorang yang menggamatkan suasana. Memang pecah perut dan tak kering gusi dibuatnya...hahaha. Setiap unit terlibat dalam membuat persiapan...ada yang tukang dekorasi tempat, ada yang menyediakan makanan, ada yang mengangkut kerusi meja, ada yang menyambut tetamu dan macam2 lagi la. Alhamdulillah...semua memberikan kerjasama yang baik dan majlis berjalan dengan lancar. Sesungguhnya suasana seumpama ini boleh mengeratkan hubungan antara satu sama lain. 


Haaa...ni geng sate...dalam dok sibuk2 tu sempat lagi berposing. Pantang nampak kamera tuuu. Aku pun ada geng juga...geng lemang ko...hehehe. Tak pernah2 aku potong lemang beb...kat umah aku time raya ada ketupat palas jer...:)


Dalam majlis ni juga ada persembahan istimewa live daripada geng2 otai. Wahhh...tak sangka geng2 veteran ni berbakat besar...siap leh main gitar & keyboard lagi...cayalah!!




Makanan hari tu pun best...banyak sangat, tak tau nak makan yang mana satu. Macam2 ada... nasi tomato, sate, nasi himpit kuah kacang, lemang, rendang, puding, kek, kuih muih, buah-buahan & pelbagai juadah lagi la. Tak larat perut nak terima semua...aku pulun nasi tomato tu pun dah tersadai cam ular sawa...muahaha.

Ehhh...orang dok sibuk cerita pasal wedding of the year Memey & Norman...aku dok cerita pasal sambutan raya plak...ishhh2. Hmmm...macam2 versi cite kisah kawin dorang dua tiga hari ni. Biaq p la depa nak ditaja ke apa...lagipun dorang dah selamat dijabkabulkan kan. Doakanlah semoga rumahtangga dorang berkekalan...yang dok kutuk dorang tu bukan nyer korang dapat rantai mutiara pun daripada Rafflesia tu...buat tambah dosa je la kan. Diam2 sudah...peace no war...^_^

p/s : ada lagi gambar yang nak aku upload tu tapi tetiba lak tak lepas...nanti aku update kemudian k.

2 comments:

Anonymous said...

along yg mana satu ? :)

BiNtaNg HaTi said...

alaaa...gambar along takde kat sini la yunk, takde ore sudi snap pon...huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...