Salam penuh keceriaan untuk semua...:)
Syawal dah melabuhkan tirainya tapi rasa2 nyer minggu ni masih rancak lagi menerima undangan rumah terbuka di sana sini. Meriah sungguh mereka ini beraya...hehehe. Kalau dah terima undangan tu pergi je la yer...rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari...dok gitu kengkawan?? Rehat yang panjang hari ni sesaje jer aku nak kongsi cerita sambutan raya kat jabatan aku minggu lepas...cerita dah basi pun tapi baru sempat nak update. Almaklumlah semenjak dua menjak ni kebizian melanda...tak sempat aku nak mengonlinekan diri...huhuhu.
Pengalaman kali pertama menyambut raya dengan rakan2 sepejabat yang ramai memang seronok & meriah. Macam2 aksi dan gelagat dari dorang yang menggamatkan suasana. Memang pecah perut dan tak kering gusi dibuatnya...hahaha. Setiap unit terlibat dalam membuat persiapan...ada yang tukang dekorasi tempat, ada yang menyediakan makanan, ada yang mengangkut kerusi meja, ada yang menyambut tetamu dan macam2 lagi la. Alhamdulillah...semua memberikan kerjasama yang baik dan majlis berjalan dengan lancar. Sesungguhnya suasana seumpama ini boleh mengeratkan hubungan antara satu sama lain.
Haaa...ni geng sate...dalam dok sibuk2 tu sempat lagi berposing. Pantang nampak kamera tuuu. Aku pun ada geng juga...geng lemang ko...hehehe. Tak pernah2 aku potong lemang beb...kat umah aku time raya ada ketupat palas jer...:)
Dalam majlis ni juga ada persembahan istimewa live daripada geng2 otai. Wahhh...tak sangka geng2 veteran ni berbakat besar...siap leh main gitar & keyboard lagi...cayalah!!
Makanan hari tu pun best...banyak sangat, tak tau nak makan yang mana satu. Macam2 ada... nasi tomato, sate, nasi himpit kuah kacang, lemang, rendang, puding, kek, kuih muih, buah-buahan & pelbagai juadah lagi la. Tak larat perut nak terima semua...aku pulun nasi tomato tu pun dah tersadai cam ular sawa...muahaha.
Ehhh...orang dok sibuk cerita pasal wedding of the year Memey & Norman...aku dok cerita pasal sambutan raya plak...ishhh2. Hmmm...macam2 versi cite kisah kawin dorang dua tiga hari ni. Biaq p la depa nak ditaja ke apa...lagipun dorang dah selamat dijabkabulkan kan. Doakanlah semoga rumahtangga dorang berkekalan...yang dok kutuk dorang tu bukan nyer korang dapat rantai mutiara pun daripada Rafflesia tu...buat tambah dosa je la kan. Diam2 sudah...peace no war...^_^
p/s : ada lagi gambar yang nak aku upload tu tapi tetiba lak tak lepas...nanti aku update kemudian k.
Friday, September 30, 2011
Kenangan majlis sambutan hari raya di BPP
Monday, September 26, 2011
Don't jugde the book by it's cover !!
Salam penuh keceriaan untuk semua...:)
"Ada sorang perempuan.. Umur 15 tahun.. Bawa anaknya yg umur setahun jalan di pasaraya.."
-Orang kata dia tu perempuan hina.. Tak suci.. Tak malu.. Tapi takde orang tau.. Dia dirogol masa dia umur 13 tahun..
"Ada sorang lelaki.. Dia sangat² gemuk.."
-Orang kata dia tu tak tau jaga diri.. Tapi takde orang tau.. Dia ada penyakit.. Makan tak makan.. Tiap² hari berat badan naik..
"Ada seorang orang tua.. Mata dia buta.. Telinganya takde.."
-Orang kata dia tu hodoh.. Sangat² hodoh.. Tapi takde orang tau.. Dia tu askar.. Hilang mata & telinga waktu mempertahankan negaranya..
P/s: Banyak benda dalam dunia ni.. Kita nampak.. Tak bermakna.. Kita tau segala²nya..Jangan sekadar menghakimi setakat melihat luaran je.. Renung2kanlah & selamat beramal.. Sekadar peringatan untuk diri sendiri & teman2 semua...:)
sumber : dinding fb
Friday, September 23, 2011
Alhamdulillah...Thank You Allah...
I asked for strength…
and Allah gave me difficulties to make me strong
I asked for wisdom…
and Allah gave me problem to solve
I asked for courage…
and Allah gave me obstacle to overcome
I asked for love…
and Allah gave me trouble people to help
I asked for favours…
and Allah gave me oppurtunities
“Maybe I received nothing I wanted…but I received anything I need”.
and Allah gave me difficulties to make me strong
I asked for wisdom…
and Allah gave me problem to solve
I asked for courage…
and Allah gave me obstacle to overcome
I asked for love…
and Allah gave me trouble people to help
I asked for favours…
and Allah gave me oppurtunities
“Maybe I received nothing I wanted…but I received anything I need”.
ALHAMDULILLAH...THANK YOU ALLAH...
Thursday, September 22, 2011
Entri segera...
Salam penuh keceriaan untuk semua...:)
Hai hai hai...i'm back...Bintang Hati in d' house!! Ececehhh...bajet cam Linda Onn la plak kan...hehehe. Hmmm...lama gak aku tak update blog ni kan. Blogwalking pun tak sempat. Kebizian melanda sejak akhir2 ini dengan beberapa perkara dan masalah tak diundang yang kunjung tiba...jadi perlukan sedikit ruang untuk bertenang. Terima kasih kepada teman2 yang bertanya khabar dan memberikan semangat. Don't worry be happy ok...i'm fine...everything is under control. Thank you guys...you are my sunshine...:)
Thursday, September 15, 2011
Spontaneous Thursday #7
Jiwa kacau...mood ke laut je sejak akhir2 ni...
Please help me !!
Wednesday, September 7, 2011
Monday, September 5, 2011
Puasa sudah..raya pun sudah..berkeje la plak kita
Salam penuh keceriaan untuk semua...:)
Hari ni ofis masih lagi lengang dan sunyi. Ramai lagi yang masih bercuti di kampung. Bos2 pun ramai lagi yang takde. Malas nyer nak keje tapi keje berlambak2 depan mata ni. Rasa penat dan mengantuk pun tak hilang lagi ni menempuh perjalanan yang jauh dari Kelate ke Putrajaya...adoyyaaiii. Nasib baik ler tak menempuh jem yang teruk sepanjang perjalanan semalam. Kalau tak kenyang jer la makan jem tanpa roti di atas jalan raya. Dah serik beb stuck dalam jem...huhuhu.
Selepas beberapa hari bercuti di kampung rasa takde mood plak nak kembali berkerja. Pagi tadi dah keluar tanduk malas nak pi keje hari ni...hehehe. Nasib baik la semangat yang tinggal saki baki ni masih kuat menghapuskan duri2 palas yang baru nak tumbuh dalam diri ini...haishhh dugaan betul la. Jommm raya...ehhh koje koje koje...berkoje la kamu sebelum kamu dikerjakan...wawawa. Okbai...nak sambung keje balik.
Thursday, September 1, 2011
Yeahhaa!! Wajah baru blogku
Salam penuh keceriaan untuk semua...:)
Aksi kekenyangan selepas kena penangan mee kari dan sate rusa kiriman daripada mak sedara petang tadi. Uwwaa...aku tak dapat join misi beraya kat umah dorang tadi sebab tetiba terima mesej daripada seorang teman dan family nak datang beraya kat umah...tunggu punye tunggu mereka plak tak dapat hadir sebab menerima kunjungan saudara dari jauh. Nak buat camne takde jodoh kami nak jumpa...huhuhu. Apapun juadah kiriman Mak Uda ku memang terbaekk dari dapur...sedap seyh...terima kasih daun keladi lain kali kirim la lagi...:)
Woww!! Blogspot buat updated blogger interface. Petang tadi aku tengok ramai gak blogger yang review pasal ni dan bertukar kepada hosting yang terbaru ni. Hmmm...aku tak rasa nak tukar lagi kot buat masa ni...esok lusa tak tau la kan...hehehe. Tapi kan...tapi kan...aku rasa nak tukar sesuatu la...korang nak tau apa??
Tadaaa!!
Bertukar!!
Tukar background jer pun...itu pun nak kecoh kan...hehehe. Background ni aku ambil daripada blog Kotak Bulat. Banyak tau dia buat background comel untuk kengkawan. Semua comey2 & cute. Aku berkenan yang ni...sweet jer tengok. Nak kata warna hijau tak juga...nak kata biru pun tak juga tapi nice la colour dia...memang memikat kalbu betoiii. Dulu colour pinky....sekarang nampak lebih ceria kot ngan colour baru ni. Sebelum ni pun ada gak yang kritik blog aku ni...tapi tak menyempat nyempat lagi nak tukar. Cuma satu jer lagi yang kurang...header jer yang belum ada. Tang header tu memang aku tak reti nak buat. Sape2 yang rase baik hati nak sponsor tu sila2 kan la...buat muka tak malu ni...ngeee.
So, ape pandangan korang ngan background baru nih...ngam tak?? Ada apa2 komen daripada anda??
Muslimah loving...lakaran untukku daripada rakan blogger
Salam penuh keceriaan untuk semua...:)
Masih lagi dalam mood merdeka raya...
saje nak share entry ni jap ngan korang semua...
Actually, sebelum raya lagi aku nak share entry ni ngan kengkawan semua
tetapi busy ngan persiapan raya dan melayan karenah anak2 buah
maka tak sempat la aku nak mengonlinekan diri.
Haaaa...ni adalah lakaran potret aku daripada seorang
rakan blogger iaitu Acik Apis.
rakan blogger iaitu Acik Apis.
Kalau korang nak kenal ni la wajah Cik Bintang Hati dalam versi potret...
comey & ayu kan...mood terlebey perasan sudah...keh3.
Jangan korang muntah darah plak membaca nyer yea...:)
Amacam?? Ada yang terjatuh chenta ke nengok potret yang cun melecun nih...muahaha.
Acik Apis ni memang kreatif & berbakat tau.
Semua hasil karya dia semua comey2, kiut miut, cun melecun, cantik tertarik memang daboom la.
Tak percaya?? Korang pi la godek2 & usha kat SINI.
Dek kerana terpikat hasil karya dia untuk rakan2 blogger lain yang lawa2 tu...
aku dengan muka tak malu menghantar request kat email Si Apis tu...hehehe.
Tak sangka plak cepat jer dia tunaikan permintaan aku tu...
tup2 dah terima email lakaran sudah siap.
Sebijik gaya ngan foto yang ku kirimkan...thanks yea Acik Apis.
Kepada teman2 yang teringin nak request lakaran potret
yang comey cam aku nih, boleh la hantar gambar kat
apis_v2@yahoo.com atau bagi link gambar korang kat Apis.
Free je tau...tiada caj tersembunyi yang dikenakan...:)
yang comey cam aku nih, boleh la hantar gambar kat
apis_v2@yahoo.com atau bagi link gambar korang kat Apis.
Free je tau...tiada caj tersembunyi yang dikenakan...:)
Okey la...nak out dulu...nak sambung beraya kat umah pak sedara yang baru pulang ke rumahnya semalam. Acara makan2 lagi hari ni...bakar rusa ko...mesti sedap sehingga menjilat jari ni...hehehe. Sapa nak ikut moh ramai2 kita pi serbu...^_^
Subscribe to:
Posts (Atom)