Wednesday, April 27, 2011

Sekadar renungan



Apalah ada pada nama,
Kalau tak seindah maknanya…
Apalah ada pada rupa,
Kalau tidak secantik budi pekertinya…
Apalah ada pada jiwa,
Kalau tidak semurni hatinya…
Apalah ada pada insan,
Kalau miskin segala-galanya…

Ilmu itu…
Kehidupan hati dari kebutaan,
Sinar penglihatan dari kezaliman,
Dan tenaga badan daripada kelemahan.

Ilmu yang dikaji melalui deria…
Cuma mampu bertapak dihati.
Ilmu yang dikaji melalui hati…
Akan meresap ke dalam jiwa.

Sempurna ilmu kerana akal,
Sempurna agama kerana tawakkal,
Sempurna akal kerana niat,
Sempurna kehormatan kerana wibawa…

Merangkak dan akhirnya mencapai cita-cita
adalah lebih baik daripada berlari
tetapi putus asa di tengah jalan…

Kesedaran walau sesaat
Lebih berharga daripada
penyesalan sepanjang hayat…

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...