Kita sering inginkan kejujuran dalam perhubungan, sedangkan kita sendiri tidak mampu untuk bersikap jujur dengan insan yang kita sayangi, itupun jika kita sayangi dia seperti mana dia menyayangi kita. Benar…bukan mudah untuk kita bersikap jujur kerana ada ketikanya kejujuran itu seperti sembilu yang sedang menunggu masa untuk menghiris kecil hati dan perasaan kita. Tapi…adakah penipuan akan berterusan tersembunyi kemas dalam genggaman?? Benarkah penipuan yang kita lakukan tidak akan terbongkar dan akan sentiasa tersimpan??
Katakan benci jika benar dia kau benci.
Katakan sayang jika benar dia kau sayang.
Katakan rindu jika benar dia kau rindui.
jika dia mengharapkan cinta.
Katakan cinta jika benar kau inginkan dia dalam hidupmu.
Jangan sesekali menipu hati dan perasaan dalam dirimu seiring dengan hati dan perasaan dalam dirinya.
"Terimalah mereka yang menyayangi dirimu, kerana kau akan merasai nikmat disayangi, kerana dalam diam tanpa kau sedari, kau akan menyayangi dirinya lebih dari segalanya. Jangan sesekali mengharap, pada mereka yang kau sayangi, kerana sekiranya mereka tidak ikhlas menerima dirimu, kelak kau akan merasai keperitan dalam perhubungan, seolah-olah tiada kebahagiaan dalam perhubungan."
Jangan Tinggalkan Orang Yang Kita Sayang
Untuk Orang Yang Kita Suka,
Kerana Orang Yang Kita Suka
Akan Tinggalkan Kita Untuk Orang Yang Mereka Sayang...
Jangan Cuba Dapatkan Apa Yang Kita Sayang,
Tapi SayangLah Apa Yang Kita Dapat......
No comments:
Post a Comment