Saturday, March 19, 2011

Jalan2 cari makan kat majlis kahwin...

Hmmm...musim2 cuti sekolah ni memang meriah dengan jemputan kenduri kahwin. Kalau tak terima kad warna pelbagai warna  & bermacam2 design siap berbau harum lagi 2,3 keping memang tak sah time cuti camni. Hari ni pun aku dapat undangan menghadiri majlis kahwin teman pejabat. fuhhh!!! meriah gak...aku hadir bersama ngan teman pejabat. kitorang pergi awal2 lagi sebab malas nak bersesak2 ngan orang ramai & takut susah nak dapat parking...hehehe.

Hahaha...ada satu part yang kitorang tak boleh tahan masa majlis tu. Korang nak tau nape?? Biasa la kat majlis kahwin kan...mesti ada DJ yang memutarkan lagu2 untuk menghiburkan tetamu2 sambil2 menjamu selera kan. Sama gak la ngan majlis member tu tadi tp yang tak bleh blah tu...habis jer lagu pop yg diputarkan dan2 lak keluar lagu raya...hahaha. Adoyyaiii...semua tetamu yg sedang khusyuk & tawadduk menikmati hidangan cam tercengang2 lak. Kami semua pun tergelak dengar tup2 ada lagu raya...cam rase hadir umah terbuka hari raya lak...adesss. Nasib baik la pengantin tak tiba lagi time tu...hehehe. Apa pun nasi minyak dia memang terbaekk la...sedapppp!!!

Ni first time aku hadir kenduri kahwin kat bandar & dewan camni. Rasa lain sikit la suasana dia kalau nak dibandingkan dengan kenduri kendara kat kampung. Cantik pelamin & dekorasi dewan tu...simple tapi menarik. Tema hitam putih plak tu...memang ellegant. Tapi sayang seribu kali sayang...dan2 plak kamera digital aku tak berfungsi time tu...huhuhu. Kalau tak leh la snap 2,3 keping gambar pastu upload gambar2 menarik kat sini untuk tatapan semua.

Kepada Ika & suami...Selamat Pengantin Baru...semoga berbahagia dan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Semoga kalian sabar dan bertoleransi dalam melayari hidup berumahtangga & dikurniakan permata hati yg comel2....congrates to both of u...

2 comments:

hana montelna said...

hahahaha..2 la sape suh tinggalkan dak montel ni..tgk kan kamera 2 dah majuk...ekekeke

BiNtaNg HaTi said...

hek elehhh..kalau ajak pun bkn ko nak ikut dik wesss...lgpun tak diundang kan...keh3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...