Halloo gengs….kita jumpa lagi yeaa setelah sekian lama my sweet corner ni sepi tanpa berita. Actually banyak cite yang aku nak kongsikan kat sini tapi sekarang memang bz giler2…so takde masa nak update blog, cite pun dah jadi basi…huhuhu. Kali ini aku nak tunaikan janjiku untuk update pasal EXROM 2011 tempoh hari. Aku hampir terlupa pasal ni kalau ada member yang bertanyakan update story pasal EXROM ni. So sorry guys sebab mengambil masa yg lama untuk update pasal program tu…kekangan masa yg tak mengizinkan.
Untuk pengetahuan semua, Extreme Rover Moot (EXROM) dianjurkan oleh pasukan Pengakap Kelana B daerah Pasir Mas atau lebih dikenali sebagai BlackFlurry Rover Crew. EXROM ini dianjurkan bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengenalan kepada sukan exteme kepada pengakap kelana selain menguji ketahanan mental dan fizikal para peserta. Dalam EXROM ini satu lencana exteme dalam skim ujian Pengakap Kelana akan diberikan kepada setiap peserta yang lulus dan menjalani semua aktiviti.
Rover Moot adalah satu perhimpunan Pengakap KELANA (berumur 18-25 tahun) dan ia adalah aktiviti tahunan bagi setiap negeri. EXROM adalah salah satu Rover Moot yang mengetengahkan aktiviti lasak dan ektreme dalam setiap aktiviti yang dirancangkan.
Antara aktiviti Extreme yang dijalankan semasa EXROM 2011 adalah :
1) PAINTBALL
Sebanyak 40 team yang terdiri daripada 160 orang peserta EXROM yang mewakili kontinjen masing2 bermain secara Liga untuk merebut gelaran Raja Paintball Extreme. Perlawanan paintball ini berlangsung dengan meriah dengan pasukan masing2 mengatur strategi untuk berentap antara satu sama lain bagi merebut gelaran juara. Sepanjang perlawanan berlangsung terdapat banyak insiden2 menarik yang terjadi semestinya meninggalkan seribu kemanisan untuk dikenang. Salah satu insiden yang menarik perhatian semua orang adalah apabila jurugambar professional kami yang masuk ke gelanggang paintball untuk merakamkan aksi2 pasukan yang berentap telah ditembak bertubi2 oleh peserta yang bertanding. Aduiii…memang tak boleh blah betul la…kesian Abang Boy yang menjadi mangsa…huhuhu. Perlawanan itu menyaksikan 2 pasukan yang berjaya ke peringkat akhir iaitu pasukan NUSANTARA VS POWER ROOT dimana kejuaraan diraih oleh pasukan Nusantara.
2) FLYING FOX & ABSEILING
Untuk program flying fox & abseiling peralatan dibekalkan oleh PUSAT KOKURIKULUM JABATAN PENDIDIKAN KELANTAN. Terdapat 10 orang jurulatih tali aras tinggi ditugaskan untuk memberi pendedahan dan pengalaman extreme mencuba ketiga2 gabungan cabaran tali aras tinggi.
Aktiviti ini menguji keberanian berada di aras tinggi dengan menggunakan tali bagi membina keyakinan diri dan memupuk semangat berani serta berkerja dalam pasukan.
3) Xtreme Xplorerace
Peserta dipecahkan dalam 10 kumpulan kecil, perjalanan sejauh 38km ( kem panglima ke kem danau - kem danau ke kem panglima) melalui 6 cheakpoint yang telah ditetapkan. Antara check point ialah
survivor di mana peserta ditugaskan memasak makanan tengahari mengunakan tumbuh tumbuhan hutan seperti masak nasi dalam buluh..masak ayam dalam tanah..masak telur atas batu..Check point yang seterusnya peserta dikehendaki memancing ikan sawah iaitu peserta ditugaskan untuk memancing 2 ekor ikan di kawasan sawah berdekatan untuk ke chekpoint seterusnya.
4) Xtreme Jungle treaking

8 halangan ala komando telah dibuat dalam kawasan kem untuk direntas oleh peserta. Selain itu banyak lagi aktiviti menarik seperti malam kebudayaan, dan khidmat masyarakat turut dijalankan sepanjang EXROM 2011. Peserta yang berjaya menamatkan cabaran EXROM dianugerahkan sijil LENCANA EXROM..LENCANA EXRTEME pengakap kelana malaysia dan sijil.
p/s : banyak lagi gambar2 menarik sepanjang program tu yang nak diupload tapi line buat hal plak malam ni...nanti akan di update lain kali...huhuhu
No comments:
Post a Comment