PTPTN...bukan suatu yg asing kepada mahasiswa mahasiswi atau graduan yg telah tamat pengajian di institusi pengajian tinggi sama ada IPTA atau IPTS. Hmmm...termasuklah diriku ini. Baru2 ni aku teruja gak sebab bila dengar khabar yg PTPTN akan melaksanakan sistem Ujrah iaitu pertukaran 3% kepada pembiayaan Ujrah 1%. Kalau diikutkan logik semakin rendah la jumlah bayaran balik yg perlu dilunaskan oleh para peminjam sekalian.
So, aku pun excited juga la untuk memohon pertukaran pembiayaan mengikut sistem ujrah tersebut. Apa lagi tanpa membuang masa aku pun terus la membuat permohonan di laman web PTPTN pada penghujung bulan Disember 2010. And then, last week aku dapat poskad drp pihak PTPTN tentang tawaran pertukaran pinjaman tersebut. Menurut maklumat dlm poskad tu mengatakan permohanan aku layak utk dipertimbangkan dan dikehendaki untuk mengemaskini maklumat tambahan dalam laman web PTPTN sebelum 28 Februari 2011.
Namun belum sempat lagi untuk aku mengemaskini maklumat tersebut aku terima e-mel drp pihak PTPTN. E-mel tersebut berbunyi seperti berikut :
PERMOHONAN PERTUKARAN PINJAMAN 3% KEPADA PEMBIAYAAN UJRAH 1%
Tuan/Puan, Tuan tidak berjaya ditawarkan pertukaran pinjaman dari (3%) kepada pembiayaan ujrah (1%). Dimaklumkan bahawa permohonan tuan tidak dapat dipertimbangkan atas sebab-sebab berikut:- Status 2 - Anda telah dikenakan tindakan penguatkuasaan/undang-undang oleh PTPTN. Sila buat semakan di laman web ptptn. Sekian terima kasih.
First time aku baca e-mel tu rasa sedih la beb...sebab permohonan tak berjaya kan. Maknanya aku tetap juga kena bayar mengikut kadar yg asal. Satu lagi confius of india juga diriku ini bab telah dikenakan tindakan undang2 tu,sejak bila lak dikenakan tindakan ni?? check kat website ptptn takde dalam senarai plak...huhuhu. Takkan la berhenti bayar jap pun dah kena tindakan. Baru jer aku stop bayar tahun lepas tu pun bukan sengaja beb tp sebab aku takde keje sekarang. Nasib badan kan pasrah jer la....
Tetiba tadi aku terbaca lak satu note yg di share oleh seorang kawan kat FB tentang pembiayaan Ujrah ni. Bila baca artikel tu aku sendiri pun tak tau apa yg aku rasa...gembira kah...bersyukur kah sebab permohonan aku ditolak. Hmmm...entah la belalang memang confius of india suda ni. Kalau korang nak tau isi artikel tu baca kat bawah ni yer....
(PTPTN) Helah Dalam Sistem Ujrah
1- Setelah meneliti dokumen PTPTN dalam sistem Ujrah, saya mempunyai beberapa perspektif seperti yang akan dibentangkan.
2- Perubahan sistem 3% kepada 1% yang dinamakan sistem Ujrahsebenarnya mempunyai helah tertentu yang harus diketahuï sebelum diisi.
3- Baki yang dikira bukan baki semasa, tetapi adalah baki pada tahun tertentu, dalam kes ini Jun 2008.
4- Perjanjian yang adil sebenarnya hendaklah menggunakan jumlah asal pinjaman seperti yang terdapat dalam perjanjian asal.
5- Menggunakan baki pada tarikh yang berlainan sebenarnya menimbulkan keraguan, contohnya apabila peminjam telah meminjam pada tahun Jun 2000 hingga Mei 2003 (selama 3 tahun).
6- Dalam kes ini, peminjam telah dikenakan kos sebanyak 3% dari tahun 2003 hingga 2008.
7- Justeru, jika pinjaman asal bernilai RM 24000, dengan dicampur dengan kos di atas (3 % x 5 tahun) akan bernilai RM 24000 + RM 3600.
8- Dengan anggapan peminjam belum lagi membayar sebarang jumlah sehingga tarikh tersebut, jumlah yang dinilai dalam perjanjian ini sebenarnya bernilai RM 27600.
9- Melaluï sistem Ujrah, peminjam akan dikenakan 1% daripada jumlah (RM 27600) ini bernilai RM 276, selama 126 bulan iaitu 10.5 tahun.
10- Justeru, peminjam akan dikenakan tambahan sebanyak RM 276 x 10.5 iaitu RM 2898.
11- Maka jumlah sebenar yang dikehendaki dibayar oleh peminjam adalah RM 27600 + RM 2898 iaitu RM 30498.
12- Maka peminjam akan membayar RM 30498 setelah meminjam sebanyak RM 24000.
13- Ini melibatkan pertambahan jumlah sebanyak RM 6498 daripada jumlah asal pinjaman, atau 27.075% daripada jumlah asal.
14- Sebenarnya, setelah dikira, sistem ini adalah satu helah bagi PTPTN mendapatkan kembali bayaran balik dengan cara potongan gaji.
15- Setelah menandatangani perjanjian sistem Ujrah ini, peminjam akan membayar secara potongan gaji tanpa boleh mengelak daripada membayar pinjaman ini.
16- Ini bermakna, keuntungan adalah kepada PTPTN, yang mengambil 27.075% daripada pinjaman asal, DAN pembayaran on-time melaluï potongan gaji.
17- Saya melihat ini sebenarnya adalah helah untuk memaksa peminjam membayar melaluï potongan gaji, dan bukan sebagai satu “ihsan” untuk mengurangkan beban peminjam.
18- Saya melihat ini adalah helah bagi memastikan peminjam yang selama ini hanya membayar RM 50 sebulan, yang entah bila akan habis membayar pinjamannya, akan membayar RM 200+ sebulan mulaï tarikh sistem Ujrah diluluskan.
19- Lebih menguntungkan pihak PTPTN, ia akan berlaku secaraclean atas topeng Syari`ah.
ألا ترون يا من وافق لهذا أنه ربا مبينا وغشا مخفيا؟
WaLlahu a`lam.
Sumber asal:
Bacaan berkaitan:
No comments:
Post a Comment