Thursday, January 27, 2011

7 Perkara Yang Membuat Anda Bermotivasi Di Waktu Pagi


Selamat pagi kawan2...
mulakan harimu dengan senyuman....

Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.

Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Tekad Bermotivasi.

Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.

Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.

Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.

Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.

Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas bateri’ saja.

Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.

Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri

Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?

Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.

Hidup anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.

Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.

Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.

Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.

Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

6. Lihat Warna Cerah

Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.

Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!

Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan

Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.

Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.

Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.

Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.


Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.

Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.

Selamat mencuba and good luck!!!!

sumber : fan page i luv islam

Thursday, January 20, 2011

Make Me Strong


A song by Sami Yusof....i like this song very much...so inspire me...hope My Lord make me strong....

I know I'm waiting (Aku tahu aku sedang menunggu)
Waiting for something (Sedang menunggu sesuatu)
Something to happen to me (Sesuatu untuk berlaku kepada diriku)
But this waiting comes with (Tetapi bersama penantian ini)
Trials and challenges (Cubaan dan cabaran)

Nothing in life is free (Tiada yang percuma di dalam hidup ini)
I wish that somehow (Namun aku berharap)
You'd tell me out aloud (Engkau akan beritahu aku sekuat-kuatnya)
That on that day I'll be ok (Yang aku akan ok pada ketika itu)

But we'll never know cause (Tetapi kita tidak akan tahu, kerana)
That's not the way it works (Kebiasaannya bukanlah begitu)
Help me find my way (Bantulah aku menemui caraku)

My Lord show me right from wrong (Tuhanku tunjukkanlah aku yang benar dari yang salah)
Give me light make me strong (Berikanlah aku cahaya, jadikanlah aku seorang yang tabah)
I know the road is long (Aku tahu perjalanan ini panjang)
Make me strong (Jadikanlah aku seorang yang tabah)
Sometimes it just gets too much (Kadangkala terlalu banyak yang aku perlu tempuhi)
I feel that I've lost touch (Aku rasa aku telah kehilangan sentuhan)
I know the road is long (Aku tahu perjalanan ini panjang)
Make me strong (Jadikanlah aku seorang yang tabah)

I know I'm waiting (Aku tahu aku sedang menunggu)
Yearning for something (Mengharapkan sesuatu)
Something known only to me (Sesuatu yang hanya aku tahu)
This waiting comes with (Bersama penantian ini)
Trials and challenges (Cubaan dan cabaran)

Life is one mystery (Kehidupan adalah satu misteri)
I wish that somehow (Namun aku berharap)
You'd tell me out aloud (Engkau beritahu aku sekuat-kuatnya)
That on that day you'll forgive me (Yang Engkau akan memaafkan aku ketika itu)
But we'll never know cause (Tetapi kita tidak akan tahu, kerana)
That's not the way it works (Kebiasaannya bukanlah begitu)
I beg for your mercy (Aku mohon kasih sayang-Mu)

My Lord show me right from wrong (Tuhanku tunjukkanlah aku yang benar dari yang salah)
Give me light make me strong (Berikanlah aku cahaya, jadikanlah aku seorang yang tabah)
I know the road is long (Aku tahu perjalanan ini panjang)
Make me strong (Jadikanlah aku seorang yang tabah)
Sometimes it just gets too much (Kadangkala terlalu banyak yang aku perlu tempuhi)
I feel that I've lost touch (Aku rasa aku telah kehilangan sentuhan)



Wednesday, January 19, 2011

PTPTN OH PTPTN!!!


PTPTN...bukan suatu yg asing kepada mahasiswa mahasiswi atau graduan yg telah tamat pengajian di institusi pengajian tinggi sama ada IPTA atau IPTS. Hmmm...termasuklah diriku ini. Baru2 ni aku teruja gak sebab bila dengar khabar yg PTPTN akan melaksanakan sistem Ujrah iaitu pertukaran 3% kepada pembiayaan Ujrah 1%. Kalau diikutkan logik semakin rendah la jumlah bayaran balik yg perlu dilunaskan oleh para peminjam sekalian.

So, aku pun excited juga la untuk memohon pertukaran pembiayaan mengikut sistem ujrah tersebut. Apa lagi tanpa membuang masa aku pun terus la membuat permohonan di laman web PTPTN pada penghujung bulan Disember 2010. And then, last week aku dapat poskad drp pihak PTPTN tentang tawaran pertukaran pinjaman tersebut. Menurut maklumat dlm poskad tu mengatakan permohanan aku layak utk dipertimbangkan dan dikehendaki untuk mengemaskini maklumat tambahan dalam laman web PTPTN sebelum 28 Februari 2011.

Namun belum sempat lagi untuk aku mengemaskini maklumat tersebut aku terima e-mel drp pihak PTPTN. E-mel tersebut berbunyi seperti berikut :

PERMOHONAN PERTUKARAN PINJAMAN 3% KEPADA PEMBIAYAAN UJRAH 1%

Tuan/Puan, Tuan tidak berjaya ditawarkan pertukaran pinjaman dari (3%) kepada pembiayaan ujrah (1%). Dimaklumkan bahawa permohonan tuan tidak dapat dipertimbangkan atas sebab-sebab berikut:- Status 2 - Anda telah dikenakan tindakan penguatkuasaan/undang-undang oleh PTPTN. Sila buat semakan di laman web ptptn. Sekian terima kasih. 

First time aku baca e-mel tu rasa sedih la beb...sebab permohonan tak berjaya kan. Maknanya aku tetap juga kena bayar mengikut kadar yg asal. Satu lagi confius of india juga diriku ini bab telah dikenakan tindakan undang2 tu,sejak bila lak dikenakan tindakan ni?? check kat website ptptn takde dalam senarai plak...huhuhu. Takkan la berhenti bayar jap pun dah kena tindakan. Baru jer aku stop bayar tahun lepas tu pun bukan sengaja beb tp sebab aku takde keje sekarang. Nasib badan kan pasrah jer la....

Tetiba tadi aku terbaca lak satu note yg di share oleh seorang kawan kat FB tentang pembiayaan Ujrah ni. Bila baca artikel tu aku sendiri pun tak tau apa yg aku rasa...gembira kah...bersyukur kah sebab permohonan aku ditolak. Hmmm...entah la belalang memang confius of india suda ni. Kalau korang nak tau isi artikel tu baca kat bawah ni yer....

(PTPTN) Helah Dalam Sistem Ujrah

1- Setelah meneliti dokumen PTPTN dalam sistem Ujrah, saya mempunyai beberapa perspektif seperti yang akan dibentangkan.

2- Perubahan sistem 3% kepada 1% yang dinamakan sistem Ujrahsebenarnya mempunyai helah tertentu yang harus diketahuï sebelum diisi.

3- Baki yang dikira bukan baki semasa, tetapi adalah baki pada tahun tertentu, dalam kes ini Jun 2008.

4- Perjanjian yang adil sebenarnya hendaklah menggunakan jumlah asal pinjaman seperti yang terdapat dalam perjanjian asal.

5- Menggunakan baki pada tarikh yang berlainan sebenarnya menimbulkan keraguan, contohnya apabila peminjam telah meminjam pada tahun Jun 2000 hingga Mei 2003 (selama 3 tahun).

6- Dalam kes ini, peminjam telah dikenakan kos sebanyak 3% dari tahun 2003 hingga 2008.

7- Justeru, jika pinjaman asal bernilai RM 24000, dengan dicampur dengan kos di atas (3 % x 5 tahun) akan bernilai RM 24000 + RM 3600.

8- Dengan anggapan peminjam belum lagi membayar sebarang jumlah sehingga tarikh tersebut, jumlah yang dinilai dalam perjanjian ini sebenarnya bernilai RM 27600.

9- Melaluï sistem Ujrah, peminjam akan dikenakan 1% daripada jumlah (RM 27600) ini bernilai RM 276, selama 126 bulan iaitu 10.5 tahun.

10- Justeru, peminjam akan dikenakan tambahan sebanyak RM 276 x 10.5 iaitu RM 2898.

11- Maka jumlah sebenar yang dikehendaki dibayar oleh peminjam adalah RM 27600 + RM 2898 iaitu RM 30498.

12- Maka peminjam akan membayar RM 30498 setelah meminjam sebanyak RM 24000.

13- Ini melibatkan pertambahan jumlah sebanyak RM 6498 daripada jumlah asal pinjaman, atau 27.075% daripada jumlah asal.

14- Sebenarnya, setelah dikira, sistem ini adalah satu helah bagi PTPTN mendapatkan kembali bayaran balik dengan cara potongan gaji.

15- Setelah menandatangani perjanjian sistem Ujrah ini, peminjam akan membayar secara potongan gaji tanpa boleh mengelak daripada membayar pinjaman ini.

16- Ini bermakna, keuntungan adalah kepada PTPTN, yang mengambil 27.075% daripada pinjaman asal, DAN pembayaran on-time melaluï potongan gaji.

17- Saya melihat ini sebenarnya adalah helah untuk memaksa peminjam membayar melaluï potongan gaji, dan bukan sebagai satu “ihsan” untuk mengurangkan beban peminjam.

18- Saya melihat ini adalah helah bagi memastikan peminjam yang selama ini hanya membayar RM 50 sebulan, yang entah bila akan habis membayar pinjamannya, akan membayar RM 200+ sebulan mulaï tarikh sistem Ujrah diluluskan.

19- Lebih menguntungkan pihak PTPTN, ia akan berlaku secaraclean atas topeng Syari`ah.

ألا ترون يا من وافق لهذا أنه ربا مبينا وغشا مخفيا؟

WaLlahu a`lam.

Sumber asal:

Bacaan berkaitan:




Kembara Kehidupan


 Dugaan...inikah dugaan untukku...hujungnya tak seindah mimpi...hanyalah igauan ngeri...

Hidup penuh dengan dugaan. Sepanjang kehidupan ini kita sering diuji dalam pelbagai bentuk. Begitu juga dengan diriku tak terlepas daripada menempuh ujian. Banyak suka duka yg telah aku lalui. Bagi diriku dugaan yg dilalui sebenarnya tidaklah sebesar dugaan yg ditempuhi oleh insan lain. Aku tahu di luar sana, dugaan mereka lebih hebat berbanding dugaan yg ku alami.

Aku tidak pernah kesal atas apa yg berlaku kerana ku yakin setiap apa yg berlaku pasti ada sebab musababnya dan ada hikmah yg mengiringinya. Hanya Dia Maha Esa yg tahu setiap rencana yg telah diatur untuk setiap hambaNya. Melalui ujian itulah aku kenal erti hidup. Dugaan dan rintangan itu jugalah yg mematangkan dan mendewasakan diriku. Sesungguhnya banyak yg telah aku pelajari sepanjang kedewasaan itu.


aku belajar diam dari banyaknya bicara

aku belajar sabar dari sebuah kemarahan

aku belajar mengalah dari suatu keegoisan 

aku belajar menangis dari kebahagiaan

aku belajar tegar dari kehilangan


Sememangnya hidup tak pernah semudah yang disangka, tak seperti yang difikirkan, tak selancar apa yang diharapkan dan tak seindah yang diimpikan. Sekali dugaan datang, hati pasti terusik, hati pasti remuk, keyakinan pasti goyah. Tapi aku harus tabah, hidup mesti diteruskan. Sama ada suka atau tidak dengan apa yang berlaku…biar terpaksa mengambil masa untuk pulih, aku tetap akan melaluinya…ranjau sebuah perjalanan hidup.

Ya Allah…kupohon kepadaMU kurniakan ku secebis kekuatan untuk menempuhi kehidupan yg penuh berliku dan onak duri ini. Kuatkanlah semangatku…tabahkanlah hatiku…teguhkanlah keimanan & ketaqwaan ku kepadaMu semoga ku tenang dan penuh kesabaran dalam meniti kehidupan ini…amin.


Sunday, January 16, 2011

Take Time








P/S : Gambar2 ni aku terima daripada seorang kawan...sangat menarik untuk dikongsikan bersama korang...thanks teman di atas kirimanmu ini...

Saturday, January 15, 2011

Four Looks Of Life



Look Back and get EXPERIENCE!!

Look Forward and see HOPE!!

Look Around and find REALITY!!

Look Within and find CONFIDENCE!!


Have a Beautiful Day!!!


Tuesday, January 11, 2011

11.1.11....nice date...

Salam ceria utk semua...

Hhmmm...hr ni 11.1.11 merupakan tarikh yg sungguh cantik kan...mybe ramai yg menjadikan tarikh hari ni utk mengabadikan sesuatu yg bersejarah dlm hidup masing2. Mungkin ada yg melangsungkan majlis pertunangan, perkahwinan, sambutan hr ulangtahun dan sebagainya. Apapun yg anda lakukan semoga ianya meninggalkan kenangan yg manis dlm hidup. Kepada teman2 yg menyambut ulangtahun kelahiran pada hari ini Bintang Hati mengucapkan hepi besday to u all...may Allah bless u all...:)

Monday, January 10, 2011

Selayang Pandang



Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh….

Ehemm2…Testing…testing…1,2,3…wahhh2…cam pengerusi majlis nak test mikrofon plak…ahaksss

Hehehe…jangan salah paham plak yea…ni bukan nyer nak check sound audio atau dapat job jadi hos program live kat mana2 stesen tv pn…sesaje nak testing untuk post my first entry….ngeeee.

Hai guys…I’m Bintang Hati tuan tanah kedaung blog ni. Welcome to my blog…aku buat blog ni bukan ape saje suke2…nak corat coret utk isi masa lapang..bak kata orang aku menulis bukan kerna nama…pergghh!!!...cam lagu la plak…hehehe.

Hmmmm…post yang pertama ni aku tak nak la membebel panjang2 (sebenar nyer aku tak tau nak tulis ape…huhuhu). Sape2 rase nak singgah kat sini & baca corat coret Si Bintang Hati ni sila2kanlah tak marah pun…kalu tak suka pun tak kisah.

Memandangkan kite baru beberapa hari melangkah ke tahun baru, rasa nyer belum terlambat untuk aku mengucapkan tahun baru. 

So, I would like to take this opportunity to wish Happy New Year 2011 & may this year bring us lots of joy, prosperity and happiness….^_^


See u guys!!!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...