Salam ukhwah untuk semua...
Hmmm...minggu ni aku menerima tiga perkhabaran yang amat mendukacitakan. Kisah sedih & malang ini bukan berlaku pada diriku tetapi berlaku kepada teman2 yang rapat & aku kenali. Walaupun bukan berlaku pada diriku namun aku turut bersedih dan bersimpati pada mereka.So, hari ni aku nak kongsi kisah mereka di sini.
Perkhabaran pertama adalah tentang salah seorang teman sepejabat yang kena rompak kat stesen minyak masa nak datang kerja seawal jam 7 pagi. Alhamdulillah...beliau selamat cuma yang tak selamatnya segala harta benda bersama handbag habis dirembat oleh perompak bermotosikal. Bertambah malang lagi bukan segala harta yang ada di dalam handbag tu je yang dirembat tapi duit simpanan beliau dalam bank pun licin dikebasnya. Aduiii...sudah jatuh ditimpa tangga la plak...kesian betul ngan kakak tu tapi nak buat camne dah takde rezeki.
Perkhabaran kedua plak pasal sorang member rapat aku ni bersedih kerana pelamin angannya musnah. Haiii...tak sampai juga la hajat aku nak makan nasi minyak dia tahun ni. Rasa2 baru jer bunga2 cinta dorang ni mekar berkembang tapi tak disangka layu sebelum berkembang. Redha jer la yea my best prenz...maybe telah tersurat jodoh kalian takde. InsyaAllah...ada insan yang lebih baik & sesuai untukmu. Sesungguhnya kita hanya mampu merancang namun Tuhan yang menentukan segalanya.
Perkhabaran ketiga berita tentang teman yang diuji dengan kehilangan bayi beliau. Beliau mengalami keguguran selepas 10 minggu. Sayu jer bila aku dapat berita ni sebab baru jer kami sembang2 pasal keterujaan dengan kehadiran baby ni tapi sayang hayatnya tak panjang untuk menjenguk dunia ini. Semoga kau dapat terima dugaan ini dengan sabar dan tabah kerana kau sangat bertuah kerana masih mempunyai dua orang puteri yang comel untuk menceriakan hari2 mu. Aku sangat yakin dan percaya kau mampu melaluinya. InsyaAllah...ada rezeki nanti boleh tambah keturunan lagi.
Apa yang berlaku semuanya adalah kuasa Allah. Allah tidak akan menduga hambaNya sesuai dengan kemampuan mereka. Anggaplah semua itu dugaan Allah kepada kita tanda kasih sayangNya kepada hambaNya.Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Semoga kita semua diberi kekuatan dan ketabahan untuk terus menempuhi onak duri di sepanjang kehidupan ini.
No comments:
Post a Comment