Monday, May 30, 2011

Pujian daripada Ben Ashari


Tadi aku santai2 bersama Ben Ashari. Sekali dapat pujian la...wahhh...seronoknya. Nape?? Tak percaya ker?? Kalu tak percaya tengok sendiri la kat sini. Rasa bangga wehhh mendapat pujian...tambah2 lagi daripada blogger famous cam Ben Ashari tu. Terima kasih daun keladi Abe Ben...lain kali puji la lagi...:) 


Sangat2 suka dengan entry itu. Bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta...bila dah kenal terjatuh cinta la plak kan...tak gitu?? Aku bangga dilahirkan di tanah rendah sekebun bunga Kelantan Darul Naim tanah tumpah darahku. I love Kelantan...Kelate tetap dihati dulu, kini dan selamanya. 

 
So, kepada sesiapa yang belum pernah ke Kelantan tu meh la mengenali negeri Cik Siti Wan Kembang ni dengan lebih dekat. Tak rugi singgah...memang berbaloi2...hehehe.



Pertemuan yang tak diduga

Morning all....:)

Cuti weekend baru2 ni aku dah plan nak pergi jenjalan kat Hari Himpunan Sejuta Belia tu tapi tangguh punya tangguh akhirnya plan tak menjadi. Hmmm....rasa terkilan gak sebab tak berpeluang bertemu mata ngan member2 sekalian. Apa pun sempat gak mesej2 dorang. Nampaknya takde jodoh la kita nak jumpa kali ni...huhuhu. InsyaAllah kalau ada peluang dan kesempatan nanti boleh kita berkumpul macam dulu. Rindu sesangat saat2 bersama korang dulu. Semoga suatu hari nanti aku dapat mengulangi momen2 indah tu bersama kalian semua.

Memandangkan plan A dah tak jadi, aku tukar plan B...hahaha. So, hari Ahad tu aku ngan my housemate Hasni pi Alamanda. Kebetulan ada beberapa urusan yang nak dibereskan sambil2 beli barang keperluan. Masa jenjalan kat Alamanda tu...tup2 aku terperasan sorang awek ni. Ehhh...macam kenal jek hatiku berkata2, dan2 tu gak dia turut memandang aku. Kami serentak menegur...haaaa sah la kan kitorang memang kenal antara satu sama lain...hehehe.

Memang tak ku sangka dan tak ku duga cempedak menjadi nangka...hahaha. Macam tak percaya lak leh jumpa member lama kat situ. Happy giler beb dapat jumpa balik member lama...Wan Nazifah @ lebih glamour dengan gelaran G-pah masih sama cam dulu gak, tetap maintain brutal gitu. Kalau yang berubah pun status je la...tak sangka lak suami dia ex-student matrik jugak. Kitorang coursemate dan merangkap housemate semasa sama2 study kat Matrikulasi KPM di Pahang suatu ketika dulu. Last kitorang jumpa pun lebih 10 tahun dulu...tup2 ada jodoh lak berjumpa kembali.

Dannnn...hari tu juga aku dapat call daripada salah sorang rakan FB kata nak jumpa. Biar betul budak ni...kata nak pi Johor ada kenduri. Si Hana ni dah lama plan nak jumpa aku tapi tak jadi2. Kitorang memang tak pernah jumpa pun cuma kenal & riuh kat FB jer.  Tak sangka lak dia balik dari Johor nak jumpa cek kat Putrajaya ni. Baru jer sampai kat umah dia call bagitau ada kat Alamanda. Adoyyaiii...ini budak nape la tak cakap awal2...aku dah selamat sampai kat umah pun...hehehe.

Jenuh gak la dorang mencari jalan menuju ke umah sewa aku. Dan aku yang buta jalan kat area Putrajaya ni pun tak tau nak bagitau peta kat dorang...sadis betul la. Harap jer korang guna GPS tapi memang tak boleh pakai punyer...asyik salah jalan jer...muahaha. Finally...jumpa juga diorang jalan ke rumah ku. Hana c dak montel tu datang bersama ngan Kak Long & abangnya. Sempat la kitorang dating jap kat tepi jalan depan umah tu...hehehe. Tak boleh lama2 dating ngan dorang semalam sebab dah maghrib. Apa pun meme best dapat dapat jumpa korang semua.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang, 
Boleh kita berjumpa lagi.

Friday, May 27, 2011

Hari Himpunan Sejuta Belia...jomm serbu Putrajaya

Salam penuh ceria untuk semua...

Pi mai pi mai...dah hari Jumaat hari ni. Aduiii...baru leh tarik nafas. Tarik nafas...hembus, tarik nafas...hembus lagi. Lega. Minggu yang penuh dengan keserabutan & stress. Hmmm...sepanjang minggu ni memang busy giler2, tak cukup kaki & tangan dibuat nyer...terkejar ke sana ke mari menyiapkan kerja. Terpaksa lak stay back kat ofis sampai malam untuk menyiapkan kerja-kerja ni. So tired & so sleepy too...tak sabar nak balik rest & tido...huhuhu.

Wahhh...hari ni Putrajaya sesak beb!! Nak datang kerja pagi tadi pun jalan dah jem semacam. Ye la kan hari ni dah bermula program Himpunan Sejuta Belia tu. Macam2 aktiviti dijalankan sepanjang program ini berlangsung. Bunyi cam menarik jer...ramai gak member2 yang join nih. Seronok gak ni kalu leh jumpa dorang. Mesti kecoh & gempak habis la kalu masing2 dah berjumpa, macam2 cerita yang kuar....hehehe. Rindu lak kat korang semua. InsyaAllah kalau ada peluang kita jumpa di Putrajaya yeaa!!!

Korang tunggu apa lagi?? Jom la memeriahkan hari sejuta belia kat Putrajaya ni. Meh ramai2 kita pi serbu...hehehe. Jumpa di sanaaaa....tata titi tutu...:)

Monday, May 23, 2011

Nasihat kehidupan


Assalamualaikum...



1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
 Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoakan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana mensia-siakan doa mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
 Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya. Justeru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
  Cintailah isteri atau suami anda 100%.

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
 Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda, tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11. KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14. KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak.

15. KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anak pun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16. KETIKA ADA PIL
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17. KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS

Gunakanlah formula 7 K
1) Ketaqwaan
2) Kasih sayang
3) Kesetiaan
4) Komunikasi dialogis
5) Keterbukaan
6) Kejujuran
7) Kesabaran

 sumber : email


Friday, May 20, 2011

Gambar sekitar majlis pertunangan kami



Ehhh...ehhh...dah jadi milik orang rupanya...tapi bila masa lak aku bertunang ni?? Dengan sape erk?? Hmmm...takde lak orang datang merisik semenjak dua menjak ni...boyfriend pun takde gak tetiba lak bertunang...ishhh3.

Hehehe....sebenarnya 'kami' tu bukan majlis aku & someone...tapi someone & somebody...^_^. 
 
Kalu korang nak tengok gambar2 sepanjang majlis pertunangan kami tu  klik sini. Malas la nak cite lebih2...jeng3...

One Moment Listen Please!!!



The moment you are in Tension
You will lose your Attention
Then you are in total Confusion
And you will feel Irritation
Then you will spoil personal Relation
Ultimately, you won't get Co-operation
Then you will make things Complication
Then your blood pressure may raise Caution
And you may have to take Medication
Instead, understand the Situation
And try to think about the Solution
Many problems will be solve by Discussion
This will work out better in your Profession
Don't think it's my free Suggestion
It's only for your Prevention
If you understand my Intention
You will never come again to Tension

~ Bill Gates ~

p/s : nice quote to think about....


Thursday, May 19, 2011

Kata yang tak terungkap



Walau tak terluah dengan kata-kata ...
yang pastinya dalam hati ada banyak tanda tanya....???

p/s : kadang2 aku terfikir apakah yang ada di fikiran mu...


Monday, May 16, 2011

SELAMAT HARI GURU


"SELAMAT HARI GURU"
&
TERIMA KASIH CIKGU

Jutaan terima kasih kepada semua guru2 yang telah bersusah payah & tak mengenal jemu 
mengajar dan mendidik anak bangsa mu ini...
Betapa teguh dan cekalnya jiwa mu bersabar dengan pelbagai karenah & kenakalan anak2 didik mu. 
Terima kasih cikgu di atas segalanya.
Segala jasamu akan tetap ku kenang.
Sesungguhnya engkaulah pelita hati dan penyuluh jiwa ku...^_^


Thursday, May 12, 2011

Berita panassss!!!

Hahaha...bukan main lagi tajuk entri aku kali ni. Bukan nak cerita pasal gosip panas artis Malaysia atau luar negara pun. Sesaje jer bikin panas...ngeh3.


^
^
^
^



Panas...panas...dan panas!!! Itulah yang aku rasakan semenjak dua menjak ni. Mesti korang pun setuju ngan kenyataan aku tu kan..kan..kan?? Bila malam memang susah nak tido...hangat beb!! Rasa cam nak duduk dalam peti ais jer...tapi nasib baik ler umah sewa teman ni takde peti ais kalu tak dah lama benda alah tu jadi mangsa aku gamaknya. 

Haii...memang panas bebenor cuaca di Malaysia sekarang ni sehingga mencapai tahap kepanasan yang ektrem. Hari ni pun suhu di Kuala Lumpur sekitar 35°C. Sekarang bukan bahang kepanasan jer yang terasa ni tapi bandaraya dah dilanda jerebu. Baru je aku baik daripada deman...sekarang dah diserang selsema balik...huahuahua. Semoga cepat2 la Allah menurunkan hujan untuk menyirami bumi ini...Amin.

Tuesday, May 10, 2011

Sepanjang perjalanan ini


Melangkah itu mudah,
Namun mencari arah itu yang terkadang payah.
Mencari jalan itu mudah,
Namun memahami destinasi itu yang susah.
Menyusuri susur itu mudah,
Namun menuju noktah itu pasti mendatangkan lelah.

Dalam semua ini…
Menjaga istiqamah itu paling susah, payah dan lelah.
Namun DIA amat faham,
Bagi hambaNYA, DIA tidak meminta,
Manusia menjadi yang terbaik,
Hanya perlu untuk melakukan yang terbaik,
Meletakkan sandaran dan keyakinan,
Penuh kepadaNYA.

Lantas nescaya…
DIA akan menguruskan yang selebihnya,
Agar yang terbaik itu menjadi,
Milik manusia.
Moga perjalanan kita sentiasa,
Di dalam lindungan dan penjagaan,
Allah swt…

Perjalanan hidup ini baru bermula…
Ia masih jauh dan terlalu lama,
Untuk sampai ke penghujungnya,
Terlalu banyak kesabaran dan,
Pengertian yang dituntut,
Tetapkan iman dan tabahkan hati,
Agar perjalanan ini berakhir dengan,
Sebuah senyuman…

InsyaAllah…amin…

Hitam putih kehidupan

Salam ukhwah untuk semua...

Hmmm...minggu ni aku menerima tiga perkhabaran yang amat mendukacitakan. Kisah sedih & malang ini bukan berlaku pada diriku tetapi berlaku kepada teman2 yang rapat & aku kenali. Walaupun bukan berlaku pada diriku namun aku turut bersedih dan bersimpati pada mereka.So, hari ni aku nak kongsi kisah mereka di sini.

Perkhabaran pertama adalah tentang salah seorang teman sepejabat yang kena rompak kat stesen minyak masa nak datang kerja seawal jam 7 pagi. Alhamdulillah...beliau selamat cuma yang tak selamatnya segala harta benda bersama handbag habis dirembat oleh perompak bermotosikal. Bertambah malang lagi bukan segala harta yang ada di dalam handbag tu je yang dirembat tapi duit simpanan beliau dalam bank pun licin dikebasnya. Aduiii...sudah jatuh ditimpa tangga la plak...kesian betul ngan kakak tu tapi nak buat camne dah takde rezeki.

Perkhabaran kedua plak pasal sorang member rapat aku ni bersedih kerana pelamin angannya musnah. Haiii...tak sampai juga la hajat aku nak makan nasi minyak dia tahun ni. Rasa2 baru jer bunga2 cinta dorang ni mekar berkembang tapi tak disangka layu sebelum berkembang. Redha jer la yea my best prenz...maybe telah tersurat jodoh kalian takde. InsyaAllah...ada insan yang lebih baik & sesuai untukmu. Sesungguhnya kita hanya mampu merancang namun Tuhan yang menentukan segalanya.

Perkhabaran ketiga berita tentang teman yang diuji dengan kehilangan bayi beliau. Beliau mengalami keguguran selepas 10 minggu. Sayu jer bila aku dapat berita ni sebab baru jer kami sembang2 pasal keterujaan dengan kehadiran baby ni tapi sayang hayatnya tak panjang untuk menjenguk dunia ini. Semoga kau dapat terima dugaan ini dengan sabar dan tabah kerana kau sangat bertuah kerana masih mempunyai dua orang puteri yang comel untuk menceriakan hari2 mu. Aku sangat yakin dan percaya kau mampu melaluinya. InsyaAllah...ada rezeki nanti boleh tambah keturunan lagi.

Apa yang berlaku semuanya adalah kuasa Allah. Allah tidak akan menduga hambaNya sesuai dengan kemampuan mereka. Anggaplah semua itu dugaan Allah kepada kita tanda kasih sayangNya kepada hambaNya.Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Semoga kita semua diberi kekuatan dan ketabahan untuk terus menempuhi onak duri di sepanjang kehidupan ini.

Sunday, May 8, 2011

Kau Ratu Hatiku


Ibu
Mama
Mummy
Ummi
Mak

Apa pun panggilan untukmu
Wanita itu adalah seorang insan yang teristimewa
Keranamu lahirnya ku di dunia ini
Segala kasih sayang dan pengorbananmu
Sangat tulus dan suci

"SELAMAT HARI IBU"

Ibu...ibu...engkaulah ratuhatiku
Luv u Ma






Thursday, May 5, 2011

Hmmm...tak tau nak kata apa...

Salam penuh ceria untuk semua...:)

Haishh!! dah lama rasa nyer tak jenguk my sweet corner ni...Cuti hari tu bukan main bersemangat & berkobar2 lagi nak meng'update' blog (konon2 la...hangat2 tahi ayam jek la). Sekali bila dah balik kampung banyak plak aktiviti nak buat...huhuhu.

Sebenarnya bukan ada ape2 aktiviti pun tapi entah la bila dok kat kampung tu cam banyak plak benda nak buat. Tambah2 plak umah meriah ngan adik beradik & anak2 sedara. Ishhh...tak menang tangan melayan karenah dorang. Seronok berkumpul ramai2 cam nak raya lak rase...hehehe.

Balik bercuti di kampung memang best tapi yang tak bestnya hari2 terakhir berada di kampung aku diserang demam la plak. Aduiii...sampai ke post ni dibuat pun tak baik2 lagi ni...huhuhu. Harap keadaan akan kembali normal...tak larat la beb!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...