Salam penuh kecerian untuk semua...:)
Pheww…setiap tahun, tanggal 14 Februari seakan tarikh keramat dan semestinya satu detik yang dinantikan oleh pasangan sedang dalam alam percintaan…baik yg masih baru mengenal cinta ataupun mereka yg sedang hangat bercinta. Apa tidaknya, tarikh 14 Februari ini telah diakui oleh penduduk “seantero” dunia sebagai Hari Kekasih atau Valentine’s Day. Kebanyakan orang tanpa mengira bangsa dan keturunan meraikannya. Korang pun sama gak kan…kan…kan??
Biarpun ada pihak yg mengatakan menyambut valentine's day bukan budaya kita, namun ia masih diraikan. Hmmm…aku rasa tak perlulah kita nak ikut budaya barat tu..budaya & cara hidup yang diajarkan oleh agama kita sudah cukup indah. Lagipun tak payah tunggu hari2 tertentu untuk menunjukkan kasih sayang kepada insan2 tersayang. Sepatutnya hari2 kita perlu tunjukkan kasih sayang kepada mereka...tiap hari sayang gitu...
Bagi aku plak tarikh 14 Februari ni memang aku nanti2kan pada setiap tahun dan mempunyai pengertian yangg besar dalam hidup aku. Confirm setiap tahun aku sambut punyer la…hehehe. Tapiiiii…haaaa…ada tapi nyer…bukan sambut valentine tau. Sebenarnya tarikh 14 februari tu adalah my besday…yeahhh!!! Genaplah setahun lagi umur beta…hahaha. Wahhh!! Aku berkongsi tarikh lahir yang sama ngan pejuang bangsa kita Leftenan Adnan Saidi yang menentang Jepun sehingga ke titisan darah yang terakhir di Singapura dulu...bangga wehhh sero...
Actually…aku amat terharu hari ni kerana dapat banyak wish daripada kengkawan semua. Ramai teman2 yang call, mesej & tak kurang juga yang conteng2 kat dinding fb & pm inbox. Thanks korang semua kerana masih mengingati hari ulangtahun ku…dan terima kasih juga kerana titipkan doa untukku...so touching…huhuhu.
Aduiii...sebenarnya aku kepenatan tahap gaban suda ni...seharian dalam bas...jauh beb perjalanan dari Kelantan nak datang KL ni. Sekarang ni aku dah selamat tiba di rumah my brother kat UKM Bangi sebelum menuju ke destinasi terakhir Putrajaya esok. Penat tambah mengantuk so aku mau menidorkan diri dulu yer...gudnite & sweetdream...peace!!!
No comments:
Post a Comment