Hello guys…
I’m back…home sweet home. Peww!! Masih terasa betapa penat dan letihnya badan sewaktu berlangsungnya Program Extreme Rover Moot (EXROM) tempoh hari. Selama 5 hari aku dan kengkawan berkampung di Kem Panglima (Pusu 40), Pasir Mas. Dengan jadual yang padat, ditambah dengan karenah peserta yang bermacam ragam…memang memenatkan!! Ingat mudah ker nak jaga anak bujang & anak dara orang yang dah besar panjang ni?? Susah wooo!! Boleh tercabar kesabaran dibuatnya. Walau apa pun, aku dan kengkawan yang lain bersyukur kerana segalanya sukses dan berjalan lancar.
:: Barisan urusetia EXROM 2011 :: |
Aku memang berasa cukup bertuah kerana menjadi sebahagian team ini. Thanks to Bro Erin yang merupakan orang yang bertanggungjawab memperkenalkan diriku dengan EXROM ini…. Thanks again bro!!! Aku juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada team gerak kerja EXROM kerana telah memberi peluang dan kerjasama yang sangat baik sepanjang program tersebut berlangsung walaupun kita tak pernah mengenali antara satu sama lain. Walaupun ini adalah kali pertama aku menyertai program ini bersama mereka tetapi kami dah jadi macam sebuah keluarga. Banyak kenangan pahit manis sepanjang kita bersama. Korang memang best guys!!! So lepas ni kalau ada program lagi jangan lupa roger2 ekkk…confirm tanpa malu dan segan aku akan join…hehehe.
:: Barisan para peserta daripada IPTA tempatan :: Haaa…untuk tatapan semua pengunjung My Sweer Corner ni, aku akan buat entry istimewa Program Extreme Rover Moot (EXROM). Segala aktiviti dari hari pertama hingga ke hari perasmian penutup dirakamkan khas untuk tatapan korang semua. So…tungguuuuu!!! |
:: Urusetia yang memang gempak & sporting habis!!! :: |
No comments:
Post a Comment