Thursday, July 7, 2011

Lelaki vs Perempuan

Salam penuh ceria untuk semua...

 


Aisseyman...3 hari berpisah sementara dengan dunia blogging banyak yang aku ketinggalan...huhuhu...tapi aku tak mau terlepas menyertai segmen yang dianjurkan oleh saudara Umar Faruq ni. Cepat2 sape yang nak join...tutup malam ni okey...meh join segmen LELAKI VS PEREMPUAN.

Aku seorang perempuan okey...memang banyak kelebihan perempuan ni berbanding lelaki kalau nak disenaraikan...so, aku senarai pendekkan apa yang terlintas di minda ku saat ini...

1. Perempuan boleh mengandung
Lelaki memang sah2 la tak boleh kan?? kalau perut sama besar atau menagalahkan wanita mengandung tu ada la kan tapi cukup 9 bulan pun tetap tak kempis2 juga...hahaha...

2. Datang bulan/period
Ni pun kelebihan wanita tau...wanita tak perlu menunaikan solat & puasa apabila datang bulan...tapi lelaki tak boleh simply meninggalkan solat & puasa camtu je kan...

3. Fesyen pakaian
Ahhaaa...ni yang best kan...perempuan boleh jer nak pakai apa jenis fesyen pakaian lelaki cam t-shirt & seluar...tapi lelaki confirm la tak boleh pakai pakaian & aksesori wanita seperti skirt, baju kurung, kebaya, kaftan, blouse, high heel, shawl dan sebagainya...kalau lelaki2 yang berpakaian cenggitu...auwww!! tak kuasa mak nyah...^_*

4. Pinky colour
Perempuan bebas untuk memakai pakaian & aksesori warna pink...tapi kalau lelaki yang pakai...ehhh...nampak janggal kan?? Tak nampak maskulin gitu...

5. Lady's first
Haaa...dah terang lagi bersuluh tu yang perempuan sentiasa ada kelebihan berbanding lelaki...ini membuktikan perempuan sering diutamakan...takde plak kita dengar man first kan??

6. Coach wanita
Korang mesti perasan bila naik komuter terdapat satu gerabak tengah yang memang disediakan khas untuk wanita sahaja...nampak kan?? kat mana-mana perempuan akan selalu menjadi keutamaan...:)

7. Doa perempuan lebih makbul
Ini kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.


Apa pun setiap ciptaan Tuhan adalah sebaik2 kejadian. Baik lelaki mahupun wanita, masing2 punyai keistimewaa yang tersendiri. Kaum Adam & Hawa diciptakan oleh Allah untuk satu sama lain...masing2 memerlukan bagi melengkapi fitrah kehidupan ini. Segala kelebihan yang dimiliki adalah untuk melengkapi kelemahan yang ada pada pasangan masing2 dan begitulah sebaliknya. Walau siapa  pun diri anda banggalah dengan diri sendiri kerana kamu adalah insan yang istimewa...jaga diri hiasi peribadi kerana dirimu begitu berharga...peace!!!



Spontaneous Thursday #1

Salam penuh ceria untuk semua....

Alhamdulillah...dah tamat sesi taklimat selama 3 hari tu. Acara yang paling aku tak suka...bosan betul + mengantuk duduk2 dalam dewan dengar taklimat camtu...tapi hari ni dah bebas boleh jalani rutin harian seperti biasa...:)

Ehh...ehh...ada spontaneous Thursday la pulak. Semalam dah gempak dengan macam2 entri pasal Wordless Wednesday. Lepas ni tak tau la apa plak kan. Hmmm...maybe Funny Friday??...Awesome Saturday??...Happy Sunday??...Blues Monday?? or Great Tuesday?? Wahhh...setiap hari ada tema tu...meriah gitu...hehehe. Apa2 je la kan...tapi cam best jek sebab boleh memeriahkan dunia blogging...:)


Spontaneous Thursday

Every Thursday...you can release the words what you want to said.


*****
" Binalah kasih sayang sesama insan
demi kasih sayang Tuhan".



Siapa2 yang dah buat Spontaneous Thursday tu boleh post entri kat FB Spontaneous Thursday...nanti boleh la tengok macam2 ayat yang di post oleh kengkawan yang lain...^_^



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...