Monday, February 7, 2011

Penat tapi enjoy!!!


Hello guys…
I’m back…home sweet home. Peww!! Masih terasa betapa penat dan letihnya badan sewaktu berlangsungnya Program Extreme Rover Moot (EXROM) tempoh hari. Selama 5 hari aku dan kengkawan berkampung di Kem Panglima (Pusu 40), Pasir Mas. Dengan jadual yang padat, ditambah dengan karenah peserta yang bermacam ragam…memang memenatkan!! Ingat mudah ker nak jaga anak bujang & anak dara orang yang dah besar panjang ni?? Susah wooo!! Boleh tercabar kesabaran dibuatnya. Walau apa pun, aku dan kengkawan yang lain bersyukur kerana segalanya sukses dan berjalan lancar.
:: Logo EXROM 2011 ::


Kepada team gerak kerja EXROM 2011, yang sama2 turun padang dan sanggup bersusah payah menggembleng tenaga bagi menjayakan program ini…tahniah dan syabas diucapkan kepada korang semua di atas komitmen yang  tak berbelah bagi untuk merealisasikan impian ini. Semua dah lakukan yang terbaik kan?? Alhamdulillah…semua berjalan dengan lancar. Program berprestij dan sebesar ini sebenarnya banyak mengajar kita semua untuk lebih sabar, tabah dan menjalinkan komitmen erat antara satu sama lain. Congrats guys….syabass beteyy syabass!!
:: Barisan urusetia EXROM 2011 ::
Aku memang berasa cukup bertuah kerana menjadi sebahagian team ini. Thanks to Bro Erin yang merupakan orang yang bertanggungjawab  memperkenalkan diriku dengan EXROM ini…. Thanks again bro!!! Aku juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada team gerak kerja EXROM  kerana telah memberi peluang dan kerjasama yang sangat baik sepanjang program tersebut berlangsung walaupun kita tak pernah mengenali antara satu sama lain. Walaupun ini adalah kali pertama aku menyertai program ini bersama mereka tetapi kami dah jadi macam sebuah keluarga. Banyak kenangan pahit manis sepanjang kita bersama. Korang memang best guys!!! So lepas ni kalau ada program lagi jangan lupa roger2 ekkk…confirm tanpa malu dan segan aku akan join…hehehe.

:: Barisan para peserta daripada IPTA tempatan ::

Haaa…untuk tatapan semua pengunjung My Sweer Corner ni, aku akan buat entry istimewa Program Extreme Rover Moot (EXROM). Segala aktiviti dari hari pertama hingga ke hari perasmian penutup dirakamkan khas untuk tatapan korang semua. So…tungguuuuu!!!
:: Urusetia yang memang gempak & sporting habis!!! ::

Tuesday, February 1, 2011

Februari muncul kembali....



Setahun sudah berlalu
Februari muncul kembali
Dengan kehangatan semalam
Tanpa kusedari
Ku petik mawar merah
Ku tulis sekuntum puisi
Tapi sayang pada siapa kan
Ku beri….

Haaaa…mesti korang pernah dengar lagu ni kan. Hmmm…lagu sape yer?? Aku bukan lupa tapi tak ingat…tetiba lak jadi lupa ingatan sape penyanyi lagu ni…ngeh3. Ni ada lagi satu lagu yang sering berkumandang yang menjadi halwa telinga tatkala Februari muncul kembali.

Sekuntum mawar merah
Sebuah puisi
Untuk gadis pilihan
Ooohhhh
Di bulan Februari....

Akukah gadis yg bertuah itu?? Huhhh…jangan harap la ko makcik…bunga tahi ayam pun lum tentu  dapat..huhuhu. Berangan plak aku kat dalam2 hutan ni. Korang jangan tak tau aku buat entry ni kat dalam hutan beb. Woww!! mantap plak beruk ku ni beraksi...beruk member2 aku semua kantoi...hahaha. Jangan salah paham lak ni bukan beruk yang panjat kelapa tu tapi berukband daaa. Aku guna Maxis...dorang punye Celcom...tak sangka lak aku punye jer ada line kat sini...huhuhu. Untuk pengetahuan korang aku berada kat kem sekarang ada program EXROM. Tapi hari ni belum ada aktiviti lagi hanya pendaftaran peserta je dan memasang khemah...so ada la masa aku nak online jap...hehehe. Jangan marah bossss!!!


Ehhh...merapu plak dah terpesong dari topik asal...ok2 balik ke pangkal jalan. Setiap kali bulan Februari muncul aku memang akan kerap mendengar lagu2 ni berkumandang di corong2 radio.  Opppsss!!! Baru ku ingat tajuk lagu ni Setahun Telah Berlalu & Sekuntum Mawar Merah didendangkan oleh Alleycats…terima kasih!!! trademark dorang tu I like it. Dan2 lak ingatan aku kembali pulih...ahaksss. . Aku memang suka lagu2 ni memang sedap didengar…the best songs from Alleycats, great vocal & meaningful lyrics.


February datang lagi….pastinya bulan ini membawa seribu kenangan bagi pasangan yang sedang hangat bercinta.. Bulan itu bulan cinta…ehhh…dangdut la plak…hehehe. Februari bulan cinta…itu kata orang kerana di bulan ini jatuhnya hari Memperingati Kekasih atau Valentine’s Day. Bagi aku bulan Februari ni memang special dan mempunyai makna yang tersendiri dalam hidup aku. Ehhh...bukan sebab nak sambut Valentine's Day tapi ada kaitan dengan tarikh tu juga...jeng3.. 

Wahhh...ada yang mengambil kesempatan sempena bulan cinta dan hari kasih sayang ni dengan menyatukan cinta mereka dengan melangsungkan perkahwinan. Tahniah la kepada pasangan2 yang meraikan hari bahagia mereka pada bulan Februari ni. Hmmm...sempena cuti raya cina ni berlambak2 kad undangan pelbagai warna dan berbau harum aku dapat…tapi sayang aku tak dapat join nak memeriahkan majlis dorang sebab ada komitment kat sini. ishhh!!!...asyik giliran orang jer ni…turn aku bila plak….opppssss!!!

Tahun ni Februari aku sambut kedatangannya dengan aktiviti extreme bersama geng2 baru ku. Wow!!! Bunyi cam best jer kan…kalau nak tau best ke…gempak ker aktiviti tu nantikan kemunculan update entry2 terbaruku nanti. Aku pun dah tak sabar2 nak tunggu hari esok untuk aktiviti seterusnya. Aku berhenti di sini dulu untuk kali ini sebab jap lagi kitorang ada meeting.
Ok guys…can cin cau….jumpa lagi...:) 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...