Wednesday, July 24, 2013

Dilema balik kampung


Selamat tengahari...salam 15 Ramadhan 1434 Hijrah kpd semua. Sekejap je masa berlalu kan...dah masuk 15 hari kita berpuasa. Dah separuh Ramadhan kita tempuhi...semoga hari2 yg seterusnya dpt dilalui sehingga ke penghujungnya. Hari ni semua ceria je kannn?? Maklumlah pagi2 lagi mood raya dah mai...hahaha...seronok kot dengar lagu2 raya dah berkumandang di corong2 radio. Cam feeling tu lain sikit kannn...ke aku jer yg terlebey excited nih?? Aku dengar dlm keta time otw nak gi keje pagi tadi di radio Hot FM...rasa cam feeling2 balik kampung giteww...hehehe. Hati dah tak menahan nak balik kampung ni...adesss!!

Sebut bab kampung ni memang excited giler nak balik kampung awal tahun ni. Nak la rasa berpuasa kat kampung lelama sikit kononnya tapi tak tau la dapat ke idak ni...huhuhu. Payah pulak nak buat keputusan balik beraya tahun ni...mengalahkan laki bini yg bergaduh nak berebut balik beraya plak gaye nyer...hahaha. Ok! aku tak kawen lagi so takde nak gaduh2 balik umah sape tahun ni...cuma tak sependapat jer ngan my lil bro pasal tarikh utk balik kampung. Hajat di hati aku nak balik awal dalam 3hb macam tu tapi dia nak balik sehari sebelum raya katanye...nangesss...T_T

Selalu dia yg beria2 nak balik awal, tak sempat lagi si kakaknya ni mohon cuti dah bagi tahu siap2 nak balik sekian2 haribulan...tahun ni lain plak karenahnya si bongsu ini. Kejap cakap camtu, jap kata camni...aku pun pening mana satu nak ikut. Tertangguh lagi ni haaa nak mohon cuti...bos pun dah terbang outstation ke Terengganu semalam...wawawa!!

Keputusan muktamad belum termeterai lagi ni. Mudah2an semoga dia terbuka hati nak balik awal ikut perancangan aku. Tuhan tolong lembutkan hati dia...ehhh?? Masukkan elemen ombak rindu sikit dalam bab pujuk memujuk ni kalu tak jalan jugak ku pasrah la. Adat menumpang cenggini la kekdahnya...nak long ranger naik bas sah2 tiket bas dah sold out sebelum puasa lagi, so tak yah nak berangan majuk bawa diri balik naik bas...huhuhu. 

Setiap tahun sejak aku merantau dok kat kotaraya ni kami memang balik bersama-sama. Konvoi ramai2 ngan sepupu sepapat dan kawan2. Sangat terasa jadi perantau sebenar tambah2 pulak dengar lagu balik kampung dan dendang perantau sepanjang perjalanan...syahdu kot!! Sebenarnya tak kisah pun balik awal ke lambat janji selamat sampai ke kampung halaman. Cuma teringin nak berpuasa dan berbuka dengan mak ayah dan family...ingin mengembalikan kemeriahan dan kenangan yg dulu. Nak bungkus tapai pulut ngan mak, nak buka daun palas ramai2 untuk buat ketupat. Rindu saat2 itu. Ok, tak nak ingat lebih2 dah nanti makin touching plak.

Selamat berpuasa untuk hari ini...babaiiii...:))





Friday, July 19, 2013

Penulis asal Nukilan Dayana bukan Dr. Dayana!!


Assalamualaikum...salam penuh keceriaan untuk semua...:)

Hari ini Jumaat yg kedua dalam bulan Ramadhan...alhamdulillah sudah sepuluh hari kita menempuhi bulan Ramadhan dan menjalani ibadah puasa. Sepuluh malam rahmat telah berlalu...sepuluh malam keampunan kini didamba. Semoga kita semua berkesempatan melalui Ramadhan ini sehingga ke penghujungnya...insyaAllah.

Hmmm...dua tiga hari ni kecoh cerita pasal perkahwinan kedua Ashraf Muslim di Thailand. Serius aku tak ambik port pun pasal perkahwinan Ashraf Muslim tu walaupun penuh newsfeed FB ngan cerita tu sehinggalah aku ternampak post kawan2 yg share luahan hati Dayana. Rasanya semua dah tau & baca Nukilan Dayana tu yg cepat tersebar luas kat FB tapi aku nak share gak kat sini sebab nukilan tu menarik...i like sejuta kali u. Sungguh..aku tertarik dengan bait2 kata yg diluahkan...sangat mendalam maknanya. Sape yg tak tau lagi ni aku copy paste dari FB yg berlambak2 org share. 



^
^
^


NUKILAN DAYANA


Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah


Tak usah bicara tentang zuriat  
Kerana
Aku bukan Allah...mudah menyebut kun fa ya kun...

Tak usah bicara tentang setia  
Kerana  
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjawab
Kerana  
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan  
Kerana  
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia  
Kerana  
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah  
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah...  
Kerana satu dunia tahu
 Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan...





Sebagai seorang wanita aku memang tersentuh dgn luahan itu...touching beb...T_T. Sentap hingga ke jantung tuuuu. First time aku baca ingatkan nukilan tu betul2 luahan hati isteri pertama Ashraf Muslim, Dayana tetapi ternyata bukan. Rupa-rupanya tipah tertipu...ehh?? Sebenarnya luahan itu hasil nukilan salah seorang warga facebook yg bernama Ana Hawana yg saje2 jer update status ala2 puisi kat FB dia...cenggitu kisahnya. 

Mati2 aku ingat tu betul2 luahan hati Dayana...huhuhu. Nasib baik la hari ni tergerak hati nak buka blog yg dah bersawang ni, dapatlah aku tau kisah sebenarnya drp blogger2 lain. Aku dapat tau pun baca dari blog Ben Ashaari & Lekat Lekit Story. Korang leh la gi skodeng blog dorang kalu nak tengok bukti2 yg lain...banyak yg dorang print screen drp FB Ana Hawana.








Inilah dia penulis sebenar dan nukilan asal yg menyentuh perasaan tu. Ayat last...May Allah bless u...Dayana yg hilang drp nukilan asal membuatkan org salah sangka. Walau siapa pun penulis asal nukilan ni tak kisah la, aku memang suka...bait2 kata yg cukup indah..tersurat & tersirat...deep!! See...hanya wanita yg memahami perasaan wanita yg lain. 

Kemelut rumahtangga mereka biarlah diorang yg menyelesaikannya. Kita?? Ya kita...hanya mampu melihat dari kejauhan & meluahkan isi hati dr sudut pandangan yg tersendiri. Kita hanya melihat bukan merasa...merasa dan menanggung hanya tuan empunya badan dan mereka yg mengalaminya je yg tahu. Memang teruji...namun jika itulah ketentuan apalah yg boleh dikata. 

Semoga barakah di bulan Ramadhan yg mulia ini membuka jalan kpd mereka utk meleraikan apa yg terkusut. Semoga kesabaran dan ketabahan mengiringi hidup Dayana dalam menempuhi dugaan ini. Mudah2an segalanya dipermudahkanNYA...amin.


# Jalan hidup mereka maybe tersurat begitu...tp jalan kisah hidupku masih belum pasti...??





Tuesday, July 9, 2013

Salam Ramadhan Mubarak 1434 Hijrah


Assalamualaikum...salam penuh keceriaan utk semua...^^,

Hai..hai..haii...apa khabar kawan2 sekalian?? Harap2 sihat sejahtera dan ceria sokmo hendaknya. Lama tak merapu kat sini kannn, maklumlah tuan umah takde lappy...so, paham2 jer la kan...nak menghupdate, nak merewang blog kengkawan memang agak payah sikit la...huhuhu.

Esok seluruh umat Islam dah mula berpuasa. Satu tahun tidak terasa, Ramadhan telah kembali mengunjungi kita. Alhamdulillah...syukur atas nikmat hidup yg diberikan olehNya. Kau pertemukan kami dengan bulan suciMu..bulan yg penuh dengan barakah & bonus pahala. Sama2 la kita rebut peluang dan kesempatan yg diberikan kpd kita.






Ahlan wasahlan...marhaban Ya Ramadhan yg mulia. Salam Ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua rakan taulan. Semoga Ramdhan kali ini membawa keberkatan & memberi 1001 makna kepada kita semua. Mudah2an bulan yg mulia ini dapat kita tempuhi dgn penuh kesabaran dan istiqamah dlm melakukan ibadah kepadaNya. Esok dah puasa start puasa tau kawan2...jangan lupa niat malam ni yea, karang ada lak puasa yang2 yok esok...:)








Ya Allah,
Jadikanlah Ramadhan ini yg terbaik buatku,
Terimalah ibadah puasa dan segala amalanku,
Jauhkan aku daripada perkara yg sia-sia,
Jadikanlah malamku sebagai masa mengingatiMu,
Ampunkanlah aku,
Wahai Tuhan yg Maha Pengampun...amin.






Tuesday, May 28, 2013

FM : My new collections!!


Assalamualaikum...salam penuh keceriaan untuk semua...:)

Hai uols...kita bersua lagi hari ini...semoga semua berada dalam keadaan yg sihat sejahtera hendaknya. Hari ni aku takde nak membebel panjang2...sesaje je nak tayang koleksi FM atau fridge magnet terbaru aku kat korang semua..:)

Aku sendiri pun tak sedar bila hobi mengumpul FM ni wujud dalam diri aku..maybe sebab selalu dapat FM daripada bos2, rakan sekerja dan kawan2 yg selalu travel kat merata tempat kot. Bila jumlah semakin bertambah dan semua koleksi tu comeyyy2 rasa makin excited uuuu nak kumpul banyak2..hahaha. Kat umah dulu2 ada gak koleksi FM nih tp aku tak heran pun. Kalau ada aku tempek jer kat peti ais mak aku kat kampung...pastu datang anak2 buah semua hilang entah ke mana...nakal dorang tu...hihihi. Sekarang ni semua tu dah jadi koleksi kesayangan la pulak. Dengan itu silalah jamu mata ngan koleksi terbaru aku ni...weee~~








Tarrraaaaaaa!!






My new collection...^^


  
Tanda ingatan drp officemateku Kak Ramnah...cenderahati dari Bandung. 
Comel kannn...sekali tengok cam logo pizza hut pula...suka2...tq kak!!




Ni pun pemberian officemate jugak...ole2 dari Cambodia drp Mr. K...Mr. K ni selalu travel gi oversea dan selalunya tak pernah lupa ole2 utk kami...tau2 je aku ngan Hasni minat FM, orang lain dapat keychain je...terima kasih daun keladi, lain kali bagi la lagi...hihihi.



 
Haaa...ni pula hasil tangkapan Hasni...tak tau la mana dia pi merewang dan terjumpa FM yg cute miut ni. Apalagi dia rembat utk diri sendiri dan utk aku jugak...:)



Sometimes, tak perlu pun hadiah yg mahal2 untuk dijadikan cenderahati atau hadiah kepada seseorang. Walaupun kecil dan murah tp setiap pemberian itu mempunyai nilai yg tersendiri. Hargailah setiap pemberian orang kerana ia adalah satu tanda kenangan yg abadi. Tq all atas semua pemberian kalian untukku...love it!!



 

Thursday, May 16, 2013

~SELAMAT HARI GURU~


Assalamualaikum...salam penuh keceriaan untuk semua ^_^

Selamat pagi cikgu!! 

Rindu nak bagi ucapan macam tu...rindu jugak nak dengar ucapan itu. Aku bukan seorang guru walaupun cita2 terbesar aku adalah nak jadi seorang pendidik kepada anak bangsa. Takde rezeki nak jadi cikgu ku terima segala ketentuan...huhuhu. Biarpun aku bukan seorang guru, namun aku pernah menjadi salah seorang warga pendidik suatu masa dulu. Terima kasih Sek. Keb. Chiku 02 kerana pernah memberikan peluang aku menabur bakti di sekolah tersebut untuk seketika. Peluang bersama kalian merupakan satu pengalaman yg sangat manis dan berharga dalam hidup aku. Terima kasih semua...love uols.

Guru...
Dalam ajarnya ada HARAPAN
Dalam tegurnya ada DOA
Dalam marahnya ada SAYANG
Dalam diamnya ada BIJAKSANA


untuk semua guru yg mulia, 
jasa kalian akan selalu daku kenang..tetaplah menjadi pelita anak bangsa 


SELAMAT HARI GURU
TERIMA KASIH CIKGU



Tuesday, May 14, 2013

Bahagiamu deritaku...huhuhu


Assalamualaikum...:)

Rasa syahdu pulak petang2 ni walaupun panas terik membahang kat luar...
Mood jiwang da mai dah...hihihi
Jomm...layan lagu dari Hafiz ni...bestkan suara dia...:)





Bahagiamu deritaku

Ku dengar kau cinta sangat padanya
Ku dengar hatimu kini miliknya
Dia kan menjadi teman sehidup dan semati
Aku menjadi sahabatmu

Siksanya mengakui kau teman biasa
Terpaksa ku terima itu hakikatnya
Yang pasti aku tak mau lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama

Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan

Tinggalkanku, perlahan-lahan ku terima
Semakin ku sakit, semakin kau bahagia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu

Yang pasti aku tak mau lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama

Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan

Tinggalkanku, perlahan-lahan ku terima
Semakin ku sakit, semakin kau bahagia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu, bersamamu

Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu




Friday, April 26, 2013

Cerita rombongan Cik Kiah


Assalamualaikum...salam penuh keceriaan untuk semua...^_^

Hai hai hai...apa kabar mu di sana...lama sudah tak berjumpa...apa kabar mu di sana, sayangggg?? Ehhh!! terkeluar lak suaraku yg sumbang pepagi ni...tapi gaya cam Ramlah Ram dah ni...hahaha. Ada yg bagi pelempang kat aku karang sebab kadar kesumbangan suara itu boleh menyebabkan hujan turun dengan lebatnya mengakibatkan banjir kilat di sekitar KL...hamboiii over ko!! Fobia kot sebab KL asyik banjir kilat jer 2,3 hari ni.

Dah sebulan lebih kot aku tak jenguk blog sendiri, baru hari ni ada mood nak merepek kat sini. Macam la sibuk sangat berkempen untuk PRU13. Jom kita mengundi...undilah saya!! Tetiba...hahaha.

Finally aku muncul juga kat sini kannn...tau la korang rindu aku. Mesti korang ingat aku dah lupa ngan blog yg dah bersawang ni. Bukan lupa tapi tak ingat...errrkkk?? Baiklah sayang2 & laling2 semua..sebenarnya bukan lupakan blog ni pun, kadang2 angin bayu membawa diriku, sepintas lalu ku terkenangkan mu...oppsss!! termenyanyi lagi...maafkan saye...maafkan saye (sambil buat2 muka comel minta dicubit...ngeee~~).

Bukan lupa cuma masa tak mengizinkan aku selalu berjimba2 kat sini. Apatah lagi dengan keadaan diri takde laptop. Sesungguhnya aku rindu ngan my beloved lappy... waaaa... nangesss...T_T. Entah bila nak siap repair ntah...budak Hafiz tu repair laptop aku ke peram buat pekasam benda alah tu...sabo je la aku...huhuhu. Nasib baik selalu buat muka comel bila aku tanye, so tak jadi nak marah...lol (pssttt!! si Hafiz tu dah ada makwe...so takde peluang aku nak ngorat...melepassss lg...sob2).

Aku ada story nak cite ni. Hmmm...sebenarnya...sebenarnya...sebenarnya...dragon balls ada tujuh biji semuanya...hahaha. Jangan mareee nooo. Dah lama tak merepek kat sini kannn, so bertabah la korang semua menatap bait2 merapu meraban dari aku. Sila baca dari awal hingga ke noktah yg terakhir yea..no skip2 tau. Okey serius, sebenarnya saje nak bagitau aku bz tahap extravaganza semenjak dua menjak ni. Nak kata bz ngan keje2 opis tak kot...tapi tersangatlah bz melayan cinta baru...oppsss!! dah tercakap la pulak. Tangan ni memang tau tak bagi kerjasama langsung nak simpan rahsia..takleh kontrol tertaip jugak (statement minta penyepak laju2...hehehe). Dah2 lupakan soal cinta hatiku yg baru tu...meh sini aku share cite lain. Ok fine, nanti lain tahun aku cite pasal tu...(konpem ada yg tak puas hati tu...muahaha...saje nak dera perasaan ko).

Okey berbalik kepada cite yg aku nak sampaikan tadi...banyak cite yg nak dikongsikan sebenarnya tapi tak tau nak tepek cite mana dulu kat sini....kononnnn la...hahaha. Aku share dulu la cite rombongan cik kiah memenuhi undangan walimatul urus salah seorang rakan sekerja kami. Majlis perkahwinan Kak Aida & pasangannya Hafizan yang berlangsung kat umah Kak Aida di Felda Sungai Behrang.

Rombongan Cik Kiah disertai oleh dua buah kereta, konvoi sama2 dari Putrajaya. Masing2 diwakili oleh tiga orang anak dara & tiga orang mak dara. Geng2 anak dara satu kereta, ahli2nya haruslah ada aku kan dan diikuti oleh Hasni & Mahani. Sementara geng2 mak dara plak terdiri daripada Kak Ani, Kak Sabariah dan Kak Ramnah. Bergilir2 keta Hasni ngan Kak Ramnah membuat aksi cilok mencilok kat atas jalanraya...rasa cam sertai F1 plak...hahaha. Kami bertiga dalam keta memang kecoh...ada2 jer bahan nak dibualkan, nasib baik la budak macho (katanya la) si Ray tu tak jadi ikut. Kalau tak mau nyer pengsan dalam keta ngan gelagat kami semua...hihihi.




Sempat snap kad undangan dalam keta...wajib bawa kad tu bersama2 sebagai penunjuk jalan. Karang makan buah langsat tak ke haru biru jadi nyer kan. Menangis tak berlagu jawabnya...kenduri ke mana, kami ke mana. Jap2...buah langsat tu bukan buah2an tempatan tu tau tp maksud aku sesat...karang ada lak yg salah faham makan buah langsat jadi haru biru...huhuhu. Aiseyymann...gambar hadiah untuk pengantin lupa lak nak snap, kalut sangat sebab depan umah pengantin baru nak tulis kad ucapan bagai...hahaha.

Masa kami tiba kat majlis tu pengantin sedang makan beradap...so kami lambai2 tangan dari jauh je la. Ramai gak jumpa geng2 opis yg turut bertandang. Sempat juga bertemu pegawai2 yg dah pindah dan bertukar ke tempat lain sepanjang berada kat majlis tu. Sementara menunggu pengantin habis makan...kami semua soru dulu. Jauh2 datang nak makan nasi minyak kan...haruslah isi perut dulu lagipun ngam2 sampai time lunch hour.





Tu diaaa...ni pinggan nasi aku...hahaha. Aku suka lauk daging tu...sedappp!! Tapi kat sini takde la gulai kawah cam kat Kelate tu. Lepas pulun nasi...makan lak bubur pulut hitam...pastu pekena lak ais batu campur. Amekk kau...makan tak hengat...hahaha. Air sirap usah cakap la bergelas2 bertambah...maklumlah cuaca tersangat la panas terik...membahang jer dok bawah khemah.





Ni pose aweks2 yg dah kenyang perut makan nasi minyak...hehehe. Masing2 senyum manis aje...haruslah kannn hepi...gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati...hihihi. 




Ni gambar pengantin nyer...comey sangat2 bagai pinang dibelah dua. Warna baju pengantin tu i like sejuta kali u...sweet sesangat, nak pilih warna ni jugak la time aku kawen nanti..cam time tu jugak nak naik pelamin...(mood gatai dah mai...hahaha). Sori yea pic pengantin tak ready...time org nak snap gambar dorang time tu la nak panggil2 kami ambik gambar sama. Rasa nyer ada gambar ramai2 bersama pengantin tapi dok dalam kamera Hasni. 

Tak banyak pun gambar yg diambil maklumlah pengantin bz...jenuh nak tunggu turn jumpa pengantin...huhuhu. Kalu dah dapat nanti aku tepek la kat sini lain kali. Jumpa pengantin jap, salam2 ucap tahniah dan snap pic 2,3 keping kami mohon diri dari tuan umah untuk pulang. Apa pun tahniah kpd kedua2 mempelai...selamat pengantin baru kepada Kak Aida dan suami semoga kekal bahagia hingga ke hujung nyawa.





 Uikkk...apesal tetiba muncul gambar petai lak?? Haaaa...ni la dia hasil tangkapan rombongan cik kiah ni dalam perjalanan pulang. Singgah membeli petai di tepi jalan. Petai yg dipegang tu la yg dibeli oleh dorang, aku tak nak sebab takde org makan kat umah. Aku sorang jer makan mana best tapi Mahani ada bagi aku sekeping. Harga satu ikat tu RM30 tapi aku tawar menawar ngan pakcik tu dapat la RM25...dorang semua gelak jer kat aku sebab dok tawar menawar harga petai ngan pakcik tuh...hampeh jer. Dorang semua jeles tu sebab aku tawar dapat diskaun 5 hengget sedangkan dorang minta tak dapat...muahaha.





Buah mangga ni pun banyak dijual kat gerai pakcik tu. Tapi ni eksyen jer tayang gambar kat korang...sorang pun tak beli sebab sibuk membelek petai. Balik2 umah rasa menyesal lak tak beli...cicah kuah rojak mak bie sedap ni. 


 
Tengokkkk...hepy nyer dorang kan...seronok dapat beli petai...dapat diskaun 5 hengget lagi tu...hahaha.




Ni la pakcik tuan punya gerai petai dan buah-buahan tepi jalan tu. Ramah sangat orangnya. Pakcik ni pun seronok tengok gelagat kami nih...siap tanye lagi asal dari mana. Kesimpulannya program kami hari tu berjalan lancar dan happening.

Amboiii...dah panjang lebar rupa nyer celoteh aku...mentang2 la dah lama tak merapu meraban kan...amek kau!! Tak sedar lak sebab syok sangat menaip...keh3. Ok la setakat ini dulu la catatan untuk kali ini...tak tau bila pula aku dapat hupdate nanti...sayang korang ketat2.

Sehingga berjumpa lagi...babaiiiii !!





Friday, March 15, 2013

Daftar Haji~~


Assalamualaikum...salam penuh keceriaan untuk semua...:)

Alhamdulillah...minggu ni banyak urusan tertangguh yg dapat aku clearkan...sempat curi2 masa utk selesaikan apa yg patut. Lunch time jer mesti ada agenda nak buat...hehehe. Fuhhh!! Lega rasanya bila semua urusan tergendala dah clear.

Dannn...salah satunya aku dah berjaya daftar haji uols...yeayyy!! Akhirnya, tertunai jua hasrat yg sekian lama tertangguh. Sebenarnya lama dah nak buat tapi tu la asyik bertangguh jer keje nyer...ada jer alasannya...haishhh!! Jangan amalkan tau keje bertangguh ni...huhuhu.

Aku dah buka akaun sejak 2010 lagi...tapi tengok la berapa banyak masa yg aku ambik baru nak gi daftar...iskhh2...apa nak jadi la ngan ini budak. Tu pun semangat balik sebab dok sembang2 ngan pak sedara masa balik bercuti tempoh hari, balik2 dok remind suruh pi daftar segera. Kebetulan pulak ada geng opis buat rombongan cik kiah gi Tabung Haji reramai dua hari lepas, boleh la aku tumpang sekaki. Kalau tak lama lgi kot masa yg aku ambik....hahaha.

Tak memakan masa yg lama pun nak daftar tu...aku buat tak sampai 5 minit pun...tadaaa!! dah siap. Aku puji servis kat Tabung Haji di Putrajaya...staf yg ramah & sentiasa tersenyum...terbaekkk!! Bila dah selesai pendaftaran, staf Tabung Haji akan hulurkan surat cinta warna pink. Pastu konpem korang terkejut beruk menatap surat cinta tersebut...hahaha.

Haaaaa?? Biar betul ni?? Tapi itulah kenyataannya...sila percaya okey!! Tahun giliran aku dijangka menunaikan ibadah haji pada tahun 2059 (siap highlight lg ko). Waaaa!! lambat lagi tuuuu...congak2 dalam kepala time tu umur aku dah lebih 70 tahun...huhuhu. Nampaknya lagi 46 tahun terpaksa menunggu giliran. Nahhh! amekaw...tangguh2 lagi kannn...sape suruh. Tapi tu sekadar tahun rujukan jer...kalau korang rasa dah bersedia dan nak pergi lebih awal boleh buat rayuan...dan sudah semestinya bergantung kepada kuota dan kekosongan yg ada.

So, pada kengkawan semua yg belum berdaftar tu disarankan korang pergi la daftar dengan segera...jangan tangguh2 lagi. Kalau lagi lambat kita daftar, lagi lama la tarikh nak gi haji tu. Proses nak daftar tu tak susah pun...yg penting ada akaun tabung haji dengan jumlah simpanan RM1300. Selain daftar menerusi Tabung Haji...boleh juga mendaftar menggunakan akaun KWSP atau pun daftar secara online pun boleh. Pilih jer la mana2 saluran yg korang rasa senang...:) 

Doa dan harapan aku semoga Allah panjangkan umurku supaya dapat menjadi tetamunya lebih awal dan mudah-mudahan pada masa itu, aku masih kuat untuk mengerjakan ibadahnya. Semoga urusan kita nak menunaikan Rukun Islam yg kelima dipermudahkan oleh Allah s.w.t....amin....:)





Wednesday, March 6, 2013

The reality in our life









** forward email yg aku terima daripada my mr. boss...reality or fantasy?? 
hehehe ^_^




Wednesday, February 27, 2013

Hadiah Harijadi


Assalamualaikum...salam penuh keceriaan untuk semua...:)

Yeayyy!! aku dapat hadiah besday...excited giler kan...hahaha. Sebenarnya besday aku dah lepas lebih kurang 2 minggu yg lalu, tak sangka lak dapat hadiah kali ni. Dah bertahun2 gak la tak dapat hadiah besday ni, jadi rasa terharu lak tetiba ada org yg kirim hadiah...by pos lagi tu.


Semalam, sebelum balik tetiba ada org letak kotak yg berbalut cantik kat atas meja kerja. Teruja dapat bungkusan cantik dan tak sabar nak buka...tp terpaksa tahan keinginan sehingga balik umah...hehehe. Kiriman hadiah tu aku terima daripada si budak comey Ana a.k.a Hana Montelna (panggilan manja aku utk dia...dak montel). Thanks my dear for the lovely presents...really love it!! <3

Sampai umah apa lagi terus bersila mengadap kotak tu dalam bilik sensorang...hahaha. Rasa sayang pulak nak buka balutan yg comey tu, tp hati tak sabar nak tau isi dalamnya. So, dengan penuh berhati2 aku buka balutan yg berwarna biru bercorak teddy bear ngan cupcake nyer yg sangat comeyyy. Dah terbuka bungkusan luar...tadaaaa!! terbentang depan mata kotak hadiah pinky colour yg super duper cute...sekali lagi aku teruja uols...hahaha...nasib baik tak pengsan dgn kecomelan benda2 itu semua...hihihi. Nak tau apa ada dalam kotak comel tu?? Jeng3......



Gambar sekadar hiasan drp pakcik google...:P




Aku dapat iphone uols....

Takde la aku tipu jer...dalam mimpi la kan dapat iphone...hahaha!!



Dalam kotak comel tu terdapat sehelai tudung, sepasang kerongsang, sekotak coklat dan sekeping kad ucapan love2 lagi...owhh!! so sweet of you la dear. Tq so much di atas ingatan dan doa itu yer dik. Pandai plak dia pilih...my pebret color gitu, cam matching plak ngan baju kurungku  yg baru siap dijahit. Kerongsang tu pun berwarna hijau...simple tp cute...tau2 aje dak montel ni ngan citarasa akak dia yg simple ni...huhuhu.
 

Dannnn...coklat adalah kesukaanku jua tapi masih berbalut elok dalam kotaknya...tak sampai hati lak nak buka bungkusan yg cute tu. Alahaiii...aku ni memang alah ckit ngan segala macam benda yg kiut miut nih...kalu boleh semua nak kumpul & simpan jadi kenang2an...hehehe. Sayangnya aku tak dapat nak tayang semua hadiah tu kat sini, maklumlah kamera dah rosak...henpon pun tak canggih, takde kamera bagai tu semua...:P

Pada tanggal 14 Februari yg lalu banyak aku terima ucapan daripada rakan taulan, sahabat handai dari jauh mahupun dekat. Tq so much di atas ucapan dan doa yg kalian titipkan. Semoga Allah jua merahmati kalian...amin.





Thursday, February 21, 2013

Entri pertama di tahun baru


Assalamualaikum...salam penuh keceriaan untuk semua...:)

Aucakkk?? Entri pertama di tahun baru...hehehe...dah hampir 2 bulan  tahun 2013 berlalu baru terkedek2 nak update. Lama nyer aku tak jenguk blog ni & blog blogger2 yg lain...dari tahun lepas hingga la ke tahun ni...ehhh?? Rindu giler u kat blog ni...dan korang jugak walaupun sah2 la korang tak rindu aku kan?? (rasa nak bawa diri jer sebab takde org rindu...huhuhu).

Mesti ramai yg. tertanya2 ke mana hilangnya tuan blog ni kannn...ada ke?? Kalau takde orang tanya pun aku tetap nak war2kan sebab musabab kehilangan aku. Terima kasih la pada mereka yg sudi jenguk & follow blog aku walaupun tak updated...:)

Antara sebab2nya adalahhhh....my beloved lappy rosak...wawawa!! Itulah sebab utama yg. menyebabkan aku hilang buat seketika. Sehingga ke saat ini lappy tu masih rosak. Balik bercuti di kampung sempena Tahun Baru Cina baru2 ini aku sempat hantar lappy tu untuk dibaiki, minta tolong adik kpd. kawan sekolah aku dulu. Ingatkan kena reformated seperti biasa jer tapi rupa2 nyer hard disk yg. rosak...adesss!! Malangnya kat kedai tu takde plak spare part hard disk utk lappy tu sebab model camtu susah nak dapat da skrang katanya...lappy model lama la katakan...huhuhu. Dah lama pun lappy tu dgn. aku...kalau ada problem pun takde la teruk sangat pun, paling2 pun kena reformated je. Sayang giler kot ngan lappy tu...ada sentimental value bersamanya, semoga ada jodoh kami utk terus bersama...:)

So, buat masa ni lappy tu dok diam2 dalam begnya. Konpem aku jarang2 online dah lepas ni...maklumlah lappy dah tak boleh guna, maxis berukband pun aku terminated dah. Tak tau lepas ni bila pula aku dapat update...ni pun update kat opis sementara free, bukan sengaja curi tulang tau...ekeke. Buat masa sekarang aku tak tau lagi nak buat apa ngan lappy tu...nak beli laptop baru memang tiada dalam perancangan.

Oklah...nanti ada kesempatan aku update lagi yer...bila tu tak tau la...hehehe. Sehingga bersua lagi...^_^




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...