Salam penuh keceriaan untuk semua...:)
Yeayyy!! Cuti2 Malaysia...mesti banyak plan kan sempena cuti ni?? Lama sudah tidak mencoret. Kepadatan dan kelapangan jadual hidup masih lagi sama. Tidak tahu apa yang disibukkan...haishh!! Cuti panjang sempena sambutan Aidilfitri baru2 ni semangat berkobar2 konon nyer nak update story morry tapi cam biasa ler semangat jer lebey buatnya tidak. Sudahnya tinggal angan2 Mat Jenin jer la...habuk pun tarak...hehehe. Tapi...dalam tempoh menyepi, banyak benda yang berlaku namun harus hadapi segalanya dengan tenang dan sabar..:).
Dah seminggu lebih kita beraya...sekarang ni pun masih dalam mood raya lagi kan2? Masuk opis pun cam lemau jer, mood memang kelaut...tak puas bercuti kat kampung lagi...huhuhu. Di bandar pulak semakin meriah dengan undangan rumah terbuka sana sini...tak kurang juga undangan kenduri kendara. Hmmm...hujung minggu ni saja aku dah dapat 3 undangan majlis perkahwinan. InsyaAllah...yang dekat tu dapat la menghadirkan diri, yang jauh tu mohon maaf la yea kerana tidak dapat hadir maklumlah baru lepas bercuti panjang. Hari ini berlangsungnya majlis perkahwinan salah seorang teman di Kelate...selamat pengantin baru Dira & suami. Semoga segalanya berjalan lancar, walau tidak hadir di majlis bersejarah korang namun doa aku sentiasa mengiringi kalian semua semoga jodoh dan kebahagiaan itu berkekalan sehingga akhir hayat...amin.
MERDEKA !
MERDEKA !
MERDEKA !
"SELAMAT HARI KEBANGSAAN YANG KE-55 TAHUN"
Selamat ulangtahun kemerdekaan wahai Malaysiaku yang tercinta...semoga keamanan dan kesejahteraan yang dikecapi akan berkekalan & dapat dinikmati oleh generasi yang akan datang. Alhamdulillah...negara kita telah mencapai kemerdekaan selama 55 tahun. Semoga negara kita MALAYSIA terus aman, makmur dan diberkati oleh Allah SWT. Sama-samalah kita hayatilah erti kemerdekaan yang sebenar2nya dan hargailah sebuah kemerdekaan yang dikecapi. Salam kemerdekaan untuk semua...^_^