Saturday, March 31, 2012

Merentasi 'zon busy'

Salam penuh keceriaan untuk semua...:)

Aucakkk?? Salam rindu buat semua pembaca yang lama aku tinggalkan, yang lama tak aku fikirkan. Errrkkk!! bajet cam ramai bebeno pembaca yang berkunjung konon...hahaha. Apa pun harapanku semoga korang semua dalam keadaan baik2 saje. Aku?? Alhamdulillah sihat adanya, jangan risau okey aku tetap comel lote cam dulu jugak...keh3...jangan pengsan dulu yer tapi terimalah kenyataan ituuuu...:))

Errmmm...agak lama aku menyepi daripada dunia blogging...buat seketika aku terlupa ngan kewujudan blog ini...haishhh!! Kali terakhir aku menulis kat sini sebulan yang lepas kot. Lama juga tempoh aku bertapa tu tapi tak kisah la kan?? Yang penting saat ini aku kembali meluangkan masa dan fikiran di sini. Terasa janggal plak untuk memulakan bicara di ruangan ini. Agak kematu juga la jari jemari ku ini...almaklumlah dah lama benar jari jemari ini tidak menari2 di atas keyboard untuk menitipkan bicara cinta...opppsss!!

Actually, rasa bersalah pun ada juga kerana tak menunaikan kata, janjinya nak update...tapi dah berdate-date tak up-up pun. Adesss!! so soriiii guys...ke'bizi'an yang melanda diri. Cuti panjang tempoh hari pun tak sempat nak jenguk blog dek sibuk ngan kenduri kendara kat kampung. Hehehe...alasan lagi kannnn. Namun percayalahhhh bak kata Siti Nurhaliza itu...ini bukan alasan semata2 tau, yang sebenar2 nyer aku memang dilanda kesibukkan kebelakangan ini. Dengan itu diumumkan bahawasanya aku mempunyai masa yang sangat2 terhad untuk bersosial di alam maya ini buat sementara waktu sehingga keadaan kembali pulih...so harapnya terjawablah segala persoalan akan kehilanganku itu...ekekeke.

Rupa2 nyer ada juga yang terperasan kehilanganku di sini...ngeee. Bukan merajuk atau membawa diri cuma kekangan masa yang tak mengizinkan dan tuntutan tugas yang memerlukan tumpuan untuk diselesaikan dengan segera. Untuk pengetahuan semua,  aku betul2 berada dalam 'zon busy' sekarang ini sehingga end of April. Itu due date yang diberikan untuk finalize data jer...lum lagi nak keluarkan publication. Bukan satu dua yang nak kena semak tapi beribu ribu lemon kau. Aduhhh...betul2 stresss beb. Macam-macam perasaan yang bercampur-baur...ada penat, ada pening, ada tekanan (dah tentu la kannn), ada debaran, ada risau, ada muak, ada bosan dan bla bla bla... Pendek kata, macam-macam bentuk perasaanlah...tu belum lagi panjang kata...kalau ada tak tau nak kata la kannnn...

Tengok, hari minggu pun aku terpaksa datang date kat opis ni...betapa rajin nyer aku sejak kebelakangan ini kannn?? Apa boleh buat banyak lagi kerja2 yang belum disettlekan. Tambahan pula tarikh penyerahan kerja2 semakan ni telah diawalkan daripada yang sepatutnya, wajib disiapkan pada 20hb April pulak dah tapi masih ada 7000 lebih lagi data nak kena semak ni. Huwaaa!! camne nih...tolong aku wessss. Dah nak muntah hijau aku menengok nombor2 ni semua, namun terpaksa ku siapkan jugak...chaiyyokkk2!!

Tapi, dalam kesibukkan & kebuntuan itu, aku bersyukur kerana mempunyai dua orang bos yang sangat2 memahami dan sporting morting gitu u. Tq boss di atas tunjuk ajar kalian berdua...tunjuk ajarku sifu kan...hehehe. Walaupun berada dalam tekanan kami masih mampu berkerjasama dalam suasana yang enjoy...hahaha...hanya kami jer yang tau situasi yang sebenarnya. Apa pun you're the best...terbaekkk la boss. Tabik spring toink toink lagi ni...hahaha.

Aku berharap dalam situasi yang tidak menentu sekarang ini...aku akan menjadi seorang yang sabar dan tabah, miliki fizikal & mental yang kuat, punyai timbang rasa, yang punya disiplin, dan punya tanggungjawab. Dalam waktu yang sama, aku juga berharap aku diberikan kesihatan yang baik supaya aku dapat melaksanakan tanggungjawabku dengan dengan lancar...mudah mudahan segalanya dipermudahkan oleh Allah...amin...:)

Okeylah guys...aku tamatkan dulu catatanku sampai di sini. Nak sambung buat kerja lak ni...curi masa jap update entry sambil merehatkan mata daripada merenung nombor2 ini. Doaku bersama kalian yang sentiasa berhati mulia & bersih. Semoga kita bertemu lagi di waktu yang mendatang. Sehingga berjumpa lagi...peace...^_^


p/s : kalau lambat update tu tandanya aku sengaja memberi peluang dan ruang untuk kalian semua merindui ku...weeee~~



Positively 2012 Memo Pad Calendar : March




Life is good

Enjoy the little things....^_^





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...