Wednesday, July 24, 2013
Dilema balik kampung
Selamat tengahari...salam 15 Ramadhan 1434 Hijrah kpd semua. Sekejap je masa berlalu kan...dah masuk 15 hari kita berpuasa. Dah separuh Ramadhan kita tempuhi...semoga hari2 yg seterusnya dpt dilalui sehingga ke penghujungnya. Hari ni semua ceria je kannn?? Maklumlah pagi2 lagi mood raya dah mai...hahaha...seronok kot dengar lagu2 raya dah berkumandang di corong2 radio. Cam feeling tu lain sikit kannn...ke aku jer yg terlebey excited nih?? Aku dengar dlm keta time otw nak gi keje pagi tadi di radio Hot FM...rasa cam feeling2 balik kampung giteww...hehehe. Hati dah tak menahan nak balik kampung ni...adesss!!
Sebut bab kampung ni memang excited giler nak balik kampung awal tahun ni. Nak la rasa berpuasa kat kampung lelama sikit kononnya tapi tak tau la dapat ke idak ni...huhuhu. Payah pulak nak buat keputusan balik beraya tahun ni...mengalahkan laki bini yg bergaduh nak berebut balik beraya plak gaye nyer...hahaha. Ok! aku tak kawen lagi so takde nak gaduh2 balik umah sape tahun ni...cuma tak sependapat jer ngan my lil bro pasal tarikh utk balik kampung. Hajat di hati aku nak balik awal dalam 3hb macam tu tapi dia nak balik sehari sebelum raya katanye...nangesss...T_T
Selalu dia yg beria2 nak balik awal, tak sempat lagi si kakaknya ni mohon cuti dah bagi tahu siap2 nak balik sekian2 haribulan...tahun ni lain plak karenahnya si bongsu ini. Kejap cakap camtu, jap kata camni...aku pun pening mana satu nak ikut. Tertangguh lagi ni haaa nak mohon cuti...bos pun dah terbang outstation ke Terengganu semalam...wawawa!!
Keputusan muktamad belum termeterai lagi ni. Mudah2an semoga dia terbuka hati nak balik awal ikut perancangan aku. Tuhan tolong lembutkan hati dia...ehhh?? Masukkan elemen ombak rindu sikit dalam bab pujuk memujuk ni kalu tak jalan jugak ku pasrah la. Adat menumpang cenggini la kekdahnya...nak long ranger naik bas sah2 tiket bas dah sold out sebelum puasa lagi, so tak yah nak berangan majuk bawa diri balik naik bas...huhuhu.
Setiap tahun sejak aku merantau dok kat kotaraya ni kami memang balik bersama-sama. Konvoi ramai2 ngan sepupu sepapat dan kawan2. Sangat terasa jadi perantau sebenar tambah2 pulak dengar lagu balik kampung dan dendang perantau sepanjang perjalanan...syahdu kot!! Sebenarnya tak kisah pun balik awal ke lambat janji selamat sampai ke kampung halaman. Cuma teringin nak berpuasa dan berbuka dengan mak ayah dan family...ingin mengembalikan kemeriahan dan kenangan yg dulu. Nak bungkus tapai pulut ngan mak, nak buka daun palas ramai2 untuk buat ketupat. Rindu saat2 itu. Ok, tak nak ingat lebih2 dah nanti makin touching plak.
Selamat berpuasa untuk hari ini...babaiiii...:))
Friday, July 19, 2013
Penulis asal Nukilan Dayana bukan Dr. Dayana!!
Assalamualaikum...salam penuh keceriaan untuk semua...:)
Hari ini Jumaat yg kedua dalam bulan Ramadhan...alhamdulillah sudah sepuluh hari kita menempuhi bulan Ramadhan dan menjalani ibadah puasa. Sepuluh malam rahmat telah berlalu...sepuluh malam keampunan kini didamba. Semoga kita semua berkesempatan melalui Ramadhan ini sehingga ke penghujungnya...insyaAllah.
Hmmm...dua tiga hari ni kecoh cerita pasal perkahwinan kedua Ashraf Muslim di Thailand. Serius aku tak ambik port pun pasal perkahwinan Ashraf Muslim tu walaupun penuh newsfeed FB ngan cerita tu sehinggalah aku ternampak post kawan2 yg share luahan hati Dayana. Rasanya semua dah tau & baca Nukilan Dayana tu yg cepat tersebar luas kat FB tapi aku nak share gak kat sini sebab nukilan tu menarik...i like sejuta kali u. Sungguh..aku tertarik dengan bait2 kata yg diluahkan...sangat mendalam maknanya. Sape yg tak tau lagi ni aku copy paste dari FB yg berlambak2 org share.
^
^
^
NUKILAN DAYANA
Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah
Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah...mudah menyebut kun fa ya kun...
Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan
Tak usah bicara tentang tanggungjawab
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu
Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah
Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia
Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..
Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah...
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan...
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah
Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah...mudah menyebut kun fa ya kun...
Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan
Tak usah bicara tentang tanggungjawab
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu
Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah
Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia
Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..
Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah...
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan...
Sebagai seorang wanita aku memang tersentuh dgn luahan itu...touching beb...T_T. Sentap hingga ke jantung tuuuu. First time aku baca ingatkan nukilan tu betul2 luahan hati isteri pertama Ashraf Muslim, Dayana tetapi ternyata bukan. Rupa-rupanya tipah tertipu...ehh?? Sebenarnya luahan itu hasil nukilan salah seorang warga facebook yg bernama Ana Hawana yg saje2 jer update status ala2 puisi kat FB dia...cenggitu kisahnya.
Mati2 aku ingat tu betul2 luahan hati Dayana...huhuhu. Nasib baik la hari ni tergerak hati nak buka blog yg dah bersawang ni, dapatlah aku tau kisah sebenarnya drp blogger2 lain. Aku dapat tau pun baca dari blog Ben Ashaari & Lekat Lekit Story. Korang leh la gi skodeng blog dorang kalu nak tengok bukti2 yg lain...banyak yg dorang print screen drp FB Ana Hawana.
Inilah dia penulis sebenar dan nukilan asal yg menyentuh perasaan tu. Ayat last...May Allah bless u...Dayana yg hilang drp nukilan asal membuatkan org salah sangka. Walau siapa pun penulis asal nukilan ni tak kisah la, aku memang suka...bait2 kata yg cukup indah..tersurat & tersirat...deep!! See...hanya wanita yg memahami perasaan wanita yg lain.
Kemelut rumahtangga mereka biarlah diorang yg menyelesaikannya. Kita?? Ya kita...hanya mampu melihat dari kejauhan & meluahkan isi hati dr sudut pandangan yg tersendiri. Kita hanya melihat bukan merasa...merasa dan menanggung hanya tuan empunya badan dan mereka yg mengalaminya je yg tahu. Memang teruji...namun jika itulah ketentuan apalah yg boleh dikata.
Semoga barakah di bulan Ramadhan yg mulia ini membuka jalan kpd mereka utk meleraikan apa yg terkusut. Semoga kesabaran dan ketabahan mengiringi hidup Dayana dalam menempuhi dugaan ini. Mudah2an segalanya dipermudahkanNYA...amin.
# Jalan hidup mereka maybe tersurat begitu...tp jalan kisah hidupku masih belum pasti...??
Subscribe to:
Posts (Atom)